Followers

Thursday, June 18, 2009

Ustaz Idris minta ahli PAS bertenang dan tunggu arahan rasmi

Idris Ahmad

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Sumber: HarakahDaily.net

Sudahlah wahai pemimpin-pemimpin ku, jangan bergaduh lagi !

Bermesyuarat berbincang isu Tok Guru Nik Aziz menggesa Ustaz Nasa letak jawatan pada Isnin ini bukan satu langkah yang bijak. Malah ia akan menjadikan PAS lebih hodoh lagi pada pandangan umum.

Langkah yang terbaik ialah semua pemimpin PAS perlu berbincang apakah perkara yang boleh meredakan kemarahan Tok Guru.

Dan kalau punca kemarahan Tok Guru adalah Kerajaan Perpaduan ( sama ada konsep Kerajaan Perpaduan itu dengan UMNO atau dengan semua parti yang ada dalam Malaysia ini - tak kiralah bagaimana konsepnya), maka seluruh pemimpin PAS jangan lagi menyentuh dan bercakap soal itu kepada sesiapapun terutama wartawan. Dah...dah...jangan cakap !

Saya nak ajar pemimpin-pemimpin PAS jika ditanya wartawan tentang Kerajaan Perpaduan jawab " No Komen !".

Saya bukan hendak katakan konsep Kerajaan Perpaduan Tok Guru Haji Hadi tidak betul , tetapi masalahnya isu ini sensitif kepada Mursidul Am dan sebilangan besar ahli-ahli PAS.

Dah jangan cakap, jangan ulas, ! Orang yang paling tak usah mengulas ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha parti. Asal dua ini bercakap dan mengulas sahaja, tidak akan berkesudahan kecuh parti kita.

Selepas ini sebarang provokasi dan mainan UMNO terhadap isu Kerajaan Perpaduan biarkan Presiden, Mursyidul Am dan tiga orang Naib Presiden jawab. Timbalan Presiden dan Setiausaha jangan kata apa-apa. Mereka berdua bercakap sahaja isu lain !

Apa yang penting sekarang, seluruh kepimpinan, Presiden, Timb. Presiden, Naib2, AJK-AJK, Dewan-dewan, tak usahlah fikir canggih-canggih dan terlalu hendak berseni politik, pergi bermesyuarah dengan Mursyidul Am. Kalau setelah diberi penerangan, Mursyidul Am tetap tidak setuju, akur sajalah dengan pandangan Mursyidul Am, seluruh kepimpinan dan parti tidak akan rugi. Kita tidak rugi jika kita tidak dapat berdakwah melalui Kerajaan Perpaduan tetapi kita akan rugi jika parti kita lemah dan berpecah lalu tidak disokong orang. Lagi banyak kerja-kerja dakwah kita menjadi tidak berkesan.

Sudahlah wahai pemimpin-pemimpin ku, jangan bergaduh lagi !

Ada lagi pemimpin PAS tidak cerdik ?

Nampaknya ada lagi pemimpin-pemimpin PAS tak gheti berpolitik. Dah tahu isu Kerajaan Perpaduan begitu sensitif dan menimbulkan kemarahan Mursyidul Am, gatal mulut lagi pergi sambut kenyataan Najib.

Sama ada pandangan peribadi ke, pandagan apa ke, dah diarah jangan bangkit-bangkit lagi isu Kerajaan Perpaduan, masih juga mahu menyambut kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO. Bahasa pemimpin tak cerdik !

Tengok apa dah jadi sekarang? Hah... berperanglah dengan Mursyidul Am ! Kami di bawah diarah menjaga parti demi Islam tapi di atas ? Malu !

Monday, June 15, 2009

Selagi UBAN memerintah

Datuk Najib memberi jaminan bahawa:

"gagasan Satu Malaysia tidak akan melenyapkan identiti mana-mana kaum di negara ini."

Tidak ada orang tidak yakin bahawa:

"gagasan Satu Malaysia akan lenyap apabila Datuk Najib tidak Perdana Menteri lagi. " Macam Islam Hadhari !

Itulah cara Perdana Menteri UMNO/ Barisan Nasional (UBAN). Enam PM enam slogan.

Padan berslogan ajelah rakyat Malaysia selagi UBAN memerintah !

Sunday, June 14, 2009

UMNO hendak lebih aggresif bagi penerangan


Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan memberitahu bahawa beliau akan menggerakkan semula hampir 60,000 jentera penerangan UMNO seluruh negara bagi menerangkan isu yang berlegar di kalangan masyarakat akan umbi.

Ahmad Maslan menggerakkan semula, maknanya teruk kerja 'Mike Tyson' dulu. Unit penerangan UMNO tak bergerak rupanya. Patutlah disingkir Najib.

Ahmad memberitahu, ada 20,000 pegawai penerangan Umno di peringkat cawangan, 18,000 ketua penerangan wanita, 15,000 pemuda dan 7,000 pegawai penerangan puteri Umno.

Kesemua mereka dijangka akan digerakkan dengan lebih agresif dan dibekalkan dengan maklumat benar sebagai menangkis isu-isu yang berlaku di peringkat akar umbi.

Ahmad hendak bekalkan maklumat benar ! Adakah maklumat benar pada UMNO, sebab UMNO rasanya jarang sangat bercakap benar !

Dulu kata Malaysia tidak terjejas dengan krisis ekonomi dunia tapi akhirnya gelabah sendiri.

Kata prestasi diutamakan, tapi rasuah banyak, bangunan runtuh pun menjadi-jadi.
Cakap aje !

Kata rakyat didahulukan, PPSMI tak mansuh-mansuh lagi dah nak wajibkan pula Bahasa Inggeris dalam SPM.
Rakyat semakin ramai jadi penghutang terutama pelajar. Dahulukan rakyat apa kalau apa yang rakyat tak mahu dipaksa juga untuk rakyat.

Kata dah tak mahu bagi projek mee segera sewaktu PRK, bohong terang-terang!


Tertanya-tanya apakah maklumat benar yang UMNO hendak terangkan pada rakyat ?

Antara dua darjat



Begini rupanya gaya hidup orang yang kalah ! Ini orang kalah ni !
Orang yang menang macam mana agaknya ? Fuh !





Sudah enam Perdana Menteri dan Perdana Menteri yang ke 6 pula berkata, kata-kata yang serupa; rakyat miskin akan tetap dibela.
Tahniah Perdana Menteri!

Kita yakin kalau keturunan parti ini terus memerintah, fenomena seperti di bawah akan terus diwujudkan kerana inilah rakyat penyambung hayat mereka dan Perdana Menteri (selagi UBN) yang ke 20 pun akan ulang kata-kata yang sama; orang miskin akan terus dibela!
Caknanya mereka kepada orang miskin ! Konon !
Melayu mudah lupa !