Kepada Datuk Paduka Husam Musa tahniah kerana berjaya memantapkan dan memperjelaskan lagi pendirian ustaz Nasa dalam kerja politik dalam hubungan dengan Pakatan Rakyat. Ustaz Nasa telah menyebut dengan jelas bahawa PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO malah akan terus menjayakan Pakatan Rakyat. Pendirian ini merupakan kejayaan besar Datuk Paduka Husam. Adalah diyakini bahawa Datuk Paduka Husam akan diberi peranan yang lebih berkesan dalam menjayakan gagasan politik PAS selepas ini.
Kepada Tuan Haji Mat Sabu tahniah kerana berusaha memberitahu bahawa ada polisi politik yang tidak kemas dalam amalan PAS sebelum ini.
Sesungguhnya ketiga-tiga pejuang besar PAS ini akan terus memainkan peranan masing-masing dalam meletakkan parti Islam ini untuk menerajui kepimpinan politik di tanah air selepas ini. Mereka semuanya bukan pejuang yang berjiwa kecil dan mereka adalah kebanggaan PAS.