Followers

Tuesday, May 26, 2009

Pergi periksa mental, kata Karveas

Dalam menjawab kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, Dr Zambry menyatakan konon hendak memperbetulkan kenyataan Tok Guru. Kata Zambry, sebenarnya Nizar lah MB Mahkamah.

Hah....nasib baik tidak ada pemimpin Pakatan yang secelupar Karveas terhadap Murugiah, kalau tidak sudah pasti pemimpin itu akan meminta Zambry pergi periksa mental sebagaimana Karveas suruh Murugiah periksa mental kerana tiba-tiba sahaja menjadi Presiden PPP.

Realitinya; sebaik menang dalam pilihanraya ke 12 di Perak, Nizar dilantik menjadi MB Perak bagi memimpin kerajaan majoriti Pakatan Rakyat. Setelah lebih kurang 10 bulan memerintah dengan tiba-tiba hilang dua orang ADUN Pakatan Rakyat yang kemudian katanya pergi berjumpa bomoh besar di Pekan Pahang (berubat sakit !) termasuk Nasa Bota yang baru masuk Keadilan juga tidak dapat dikesan.


Tak semena-mena muncul puak-puak ini dalam sidang akhbar bersama Najib, sihat dan segar bugar. Bermula dari situlah terlantiknya Zambry oleh Paduka Sultan untuk menjadikan Perak mempunyai 2 orang MB sampailah ke tarikh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan bahawa sesungguhnya Ir Nizar adalah MB yang sah bagi Perak mengikut undang-undang.


Datang pulak Mahkamah Rayuan dengan keputusan yang dipertikai banyak orang termasuk pakar undang-undang dalam dan luar negara, mengatakan pula Zambry Kadir adalah sah sebagai MB Perak. Maka Nizar pun pulangkan Camry kepada Zambry seperti mana prinsip yang dipegang, dan kata yang dijanjikan sebelum ini.


Nizar terlantik setelah menang pilihanraya ke 12. Dan disahkan lagi Nizar sebagai MB Perak apabila rakyat Bukit Gantang yang mewakili seluruh rakyat Perak memenangkan Nizar sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.


Zambry yang berada di pihak yang minoriti memang tak layak jadi Menteri Besar. Perletakan jawatan tiga ADUN yang diselamatkan oleh 'parti komponen' UMNO/BN iaitu SPR tidak pernah memberi majoriti kepada Zambry dari segi undang-undang hingga ke hari ini. Dan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Nizar sebagai MB sah bagi Perak telah mengesahkan Nizar tidak pernah terhenti sebagai MB sah Perak


Alih-alih Mahkamah Rayuan memberi jawatan MB Perak kepada Zambry dan dengan tidak malunya Zambry kata Nizar MB Mahkamah!


Nasib baik Nizar tidak seperti Karveas kalau tidak disuruhnya pergi periksa mental sepertimana Karveas suruh Murugiah! Zambry....Zambry !!

Sunday, May 24, 2009

Selepas Manik Urai, agaknya PRK kat mana pulak ?

Barisan Nasional sudah semakin tenat. Pelbagai krisis dalaman telah melanda parti-parti dalam ganbungan BN tersebut. Di samping mereka bertelagah sesama parti mereka juga berantakan sesama ahli dalam setiap parti.

PPP Karveas pecat Murugiah. PPP Murugiah pecat Karveas. PPP sudah ada dua Presiden ! Musim dua kepala nampaknya berlanjutan. Perak dua MB, satu halal satu haram! Dun Perak dua Speaker. Satu halal satu haram. PPP pun nak dua juga....dua Presiden ! Yang masing-masing akan dakwa aku halal engkau haram. Hentamlah labu ! Choi Soi Lek dengan Tee Kiat pun nampaknya masih belum selesai bersilat dan Samy Velu terus 'kelu' dan buntu. UMNO tak usah cakaplah...depan pemimpin semua angguk belakang pemimpin semua kerja mahu melingkupkan klik-klik lawan.

Itulah BN.

Dan hari ini Perdana Menteri telah memberi peringatan yang membimbangkan jiwa raganya agar tiada pihak menggunakan konsep Satu Malaysia untuk membuat tuntutan yang melampau. PM sendiri sudah kelam kabut dengan Satu Malaysianya. Persoalan apakah perpaduan antara berbilang kaum akan semakin kukuh melalui cara BN yang penuh dengan perjuangan perkauman sejak lebih 50 tahun mereka ?

Nampaknya BN dan parti-parti yang mendokongnya terutama UMNO semakin tenat. Belum selesai PRK Penanti, datang pula PRK Manik Urai. Rasanya selepas PRK Manik Urai akan ada lagi agaknya PRK demi PRK sehingga Pilihanraya ke 13. Setakat ini Datuk Najib masih lega kerana kebanyakan PRK kecuali Kuala Trengganu berlaku di kawasan Pakatan Rakyat. Bagaimana pula jika sekiranya selepas Manik Urai, tsunami PRK akan melanda kawasan-kawasan BN pula. Fuu...sesak nafas !

Nampaknya 'sesak nafas' Datuk Seri Najib tidak akan mudah sembuh kerana fobia dengan pilihanraya tetapi PRK tetap mendatang.

Anwar Ridhwan pun tolak PPSMI

dari Malaysiakini

Lagi tokoh sastera tolak PPSMI


Jimadie Shah Othman


Walaupun tersohor dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan mungkin mengalami laluan sukar mencapainya.

Beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu.

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.

"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa – menyampaikan ucapannya berjudul 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Melaka pagi ini.

Dalam ucapannya kira-kira sejam, beliau menegur ahli politik Melayu dalam kerajaan yang menjadi pencetus utama timbulnya rasa tidak yakin terhadap bahasa mereka sendiri.

"Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa," katanya.

Anwar berkata, sikap pemimpin tersebut digambarkan melalui penggunanan bahasa Inggeris dalam majlis rasmi dan tidak bersungguh-sungguh membina jati diri kolektif pelajar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

"Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya," katanya.

Teks ucapannya juga boleh diperolehi di blognya.

Kritikan Anwar hari ini yang pertama dilontar di depan khalayak sebesar itu, selain wawancara di sebuah tabloid politik dan dialog-dialog kumpulan kecil masyarakat sastera.

Walaupun pelbagai pihak dan tokoh budaya sebelum ini lantang menuntut pemansuhan dasar kontroversi itu – sehingga membawa kepada demonstrasi besar 7 Mac lalu – Anwar dilihat tidak lantang sebelum ini.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

Selain Anwar, tokoh-tokoh lain yang disebut layak untuk Sasterawan Negara penyair Datuk Baharuddin Zainal dan novelis Zaharah Nawawi.

Malaysiakini difahamkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 selama tiga hari sejak pagi tadi akan merumuskan satu resolusi membantah dasar PPSMI.

Awal bulan ini, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup termasuk Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolak dasar kontroversi itu - pertama kali gabungan tokoh besar budayawan Melayu secara terbuka dan berani menentang dasar kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pelajaran dijangka akan mencapai keputusan berhubung PPSMI dalam tempoh enam bulan lagi, lapor laman web The Star petang ini.

Timbalan menterinya Dr Puad Zarkashi berkata keputusan itu diambil bagi memastikan para pelajar tidak mengalami keadaan rugi semuanya, apabila gagal menguasai Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


Kuasa rakyat disepak ke longkang !

Sekali lagi zaman kegelapan berlaku dalam mempertahankan keluhuran perlembagaan. Keputusan mahkamah rayuan melahirkan pertikaian yang pelbagai dalam persoalan menegakkan keadilan melalui sistem mahkamah. Apakah benar dengan keputusan tersebut kemelut di Perak telah boleh dianggap selesai ?

Apakah keputusan tersebut tidak mampu membangkitkan rasa kecewa rakyat terhadap sistem kehakiman dan Menteri Besar yang terlantik oleh mahkamah. Kelihatannya begitu mudah untuk melantik Menteri Besar, pedulikan kuasa rakyat asalkan mampu berpaut kepada pagar Istana maka mahkamah akan membuat keputusan untuk menghalalkan segala.

Apakah kuasa rakyat melalui sistem demokrasi yang sering dibangga-banggakan oleh pemimpin UMNO/BN telah disepak oleh UMNO/BN ke dalam longkang kegelojohan para pemimpin mereka?

Seharusnya setiap keputusan undang-undang bukan sahaja perlu dirasai adil oleh kedua-dua pihak malah yang lebih awal lagi perlu kelihatan adil dan berintegriti. Apakah dalam kes Nizar- Zambry ini, ianya kelihatan begitu ?

Harapan tinggi diberikan kepada Mahkamah Persekutuan dalam rayuan Nizar tetapi adakah ianya mampu menghasilkan keputusan yang berintegriti ? Saya rasa jauh panggang dari api !