Followers

Saturday, May 09, 2009

PM begitu fobia dengan PRK-Malaysiakini

Datuk Seri Najib Perdana Menteri baru kita, benar-benar fobia dengan pilihanraya. Seboleh-bolehnya pilihanraya akan cuba dielak kerana beliau tahu kesan dari keputusan pilihanraya-pilihanraya tersebut akan memberi imej yang buruk kepada beliau selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO Baru juga kepada UMNO/BN itu sendiri. Sudah pasti alasan popular ialah untuk menghadapi tekanan ekonomi global dan untuk berbakti kepada rakyat!

Itulah sikap anih para pemimpin BN terutama Najib sejak akhir-akhir ini. Tidak suka pilihanraya ! Pada hal semua pilihanraya tersebut kecuali Kuala Trengganu adalah kawasan pembangkang, itulah masanya untuk merampas kawasan pembangkang tersebut. Tak berani juga !

Fairus ADUN Penanti dulu dituduh macam-macam hingga Fairus bersedia meletak jawatan untuk membersihkan namanya, SPRM serta merta memaklumkan tidak cukup bukti untuk menuduh Fairus. Namun Fairus tetap meletak jawatan dan Najib terpaksa juga menghadapi pilihanraya kecil Penanti. Tidak pernah ada PRK yang paling sukar untuk UMNO meletakkan calonnya melainkan di Penanti nanti. Sehingga kini masih belum ada keputusan untuk bertanding atau tidak dan calon pun tidak tahu hujung pangkal.

Kes Elizeberth Wong juga merenyahkan Datuk Seri Najib. Isunya sedap untuk dimainkan tetapi Eli telah bersedia untuk meletak jawatan, akhirnya UMNO tidak sanggup untuk memainkan isu tersebut. Datuk Najib lega kerana Eli tidak jadi letak jawatan.

Tiba pulak giliran YB Manoharan. YB ini merintih kecewa kerana masih ditahan ISA membuatkan dia tidak mampu memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyat di DUNnya. YB Manoharan sedang berkira-kira mahu meletakkan jawatan. Tiba-tiba sepupu Najib mengumumkan 13 tahanan ISA termasuk mungkin Manohana dibebaskan.

Benarlah pilihanraya kecil benar-benar menghantui Perdana Menteri baru kita. Kenapa ? Entahlah ? Dan apakah selepas isu Eli dan Manoharan akan tiada lagi PRK ? Macam mana dengan DUN Trengganu? Nampaknya Ahmad Said MB Trengganu dah mula pergi beli kambing dengan Dr Harun Taib! Sama-samalah kita tunggu !

Polis cabul sidang Dun Perak , Sivakumar masih Speaker

Debra Chong
Sat | May 09, 09 | 5:00:15 am MYT

SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosidur diragui

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan- ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

Bila sidang bermula?

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

Cara salah pilih Speaker

"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perak membubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah

"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.

"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"

"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.

----

Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _

Meningitis di negeri Ali Rustam !

Seluruh dunia bersibuk dengan selsema babi tiba-tiba negeri Ali Rustam, Melake, disinggahi meningitis. Utusan melaporkan 1 mati, 3 masuk icu dan 85 dikuarantin. Mana Ali Rustam ?

Laporan dari utusan:

Meningitis: 1 mati, 3 masuk icu, 85 dikuarantin

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 8 Mei – Seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua, di sini, mati, tiga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) manakala 85 lagi terpaksa dikuarantin akibat radang selaput otak (meningitis).

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Othman berkata, dalam kejadian 4 Mei lalu, pelatih tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Katanya, sehingga malam ini, tiga lagi pelatih terpaksa dimasukkan ke ICU Hospital Melaka akibat dijangkiti demam tersebut.

‘‘Semalam, seorang pelatih terpaksa dimasukkan ke ICU dan meningkat kepada dua orang hari ini.

‘‘Keadaan mereka ketika dibawa mempunyai tekanan darah rendah tetapi seorang kembali stabil manakala dua lagi sedang diberikan rawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Friday, May 08, 2009

Zambry kata rakyat memberi sokongan padu kepadanya...so bubarkan DUN !

Ketika dalam sidang akhbarnya Dr Zambry menuduh pembangkang (maksudnya ADUN Pakatan Rakyat) 'menyerang' beliau dan rakan-rakan beliau. Dengar dari bunyi dakwaan tersebut, habis lebam biji mata semuanya ADUN BN dan ADUN Bebas yang tiga ekor itu kena 'belasah' oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Patutlah sampai ke hari ini lebam seluruh muka Dr Zambry, rupanya kesan dari 'serangan' ADUN Pakatan Rakyat !

Yang YB Sivakumar kena cekik, kena hela dan kena angkut oleh orang-orang yang tidak dikenali kemudian kena kurang satu jam dalam stor tu apa pulak ? Itu hanya gurauan bagi Dr Zambry ! Saja hendak bergurau dengan Sivakumar!

Zambry kata tindakan ADUN Pakatan Rakyat tidak bertamadun, biadap serta memalukan. Yang kamu pergi langgar semua undang-undang itu apa pulak ? Bertamadun, tak biadap serta tak pun memalukan ?

Bila kamu terkena, tidak bertamadun. Bila kamu mengena, bertamadun ! PIIIIRAH !

Dr Zambry juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat seluruh rakyat Perak kerana memberi sokongan padu kepada kerajaannya. He...he....nak tergelak ! Rakyat Peghak mana yang sokong ni ? Adalah kot seorang dua rakyat Perak yang sedang mengigau dan jalu tu.

Kalau dah seluruh rakyat Perak memberi sokongan padu kenapa takut bubarkan DUN. Bukankah kamu sudah mendapat sokongan padu rakyat Perak?

UMNO/BN parti pelampau

Apa yang berlaku pada 7 Mei 2009 yang lalu di Dewan Undangan Negeri Perak telah membuktikan dengan sejelas-jelasnya bahawa UMNO dan Barisan Nasional adalah parti yang ekstreme (pelampau ) yang sangat membahayakan bukan sahaja kepada masyarakat berbilang kaum malah membahayakan ketenteraman dan kestabilan negara ini .

Amat malang jika masih ada lagi rakyat Malaysia yang ingin bertongkat dengan parti yang ekstrimis ini. Parti ini wajar dihadapi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ia telah banyak mengotorkan lanskap politik negara. Para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sudah hilang pedoman berfikir baik mereka menteri mahupun penyangak.

Seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kaum wajar menjauhkan diri dari UMNO/BN kerana UMNO/BN adalah parti politik pelampau yang nyata .

Thursday, May 07, 2009

Warga dunia pasti...pasti mentertawakan apa yang UMNO/BN lakukan dalam DUN Perak sepanjang hari ini.

Stubborn , tidak beretika dan bodoh sombong. Itulah yang boleh dikatakan kepada Geng Zamry di dalam DUN Perak. Jika itulah yang berlaku buangkan sahaja buku undang-undang. Tak payah pakai undang-undang sebagai rujukan. Pakaikan sahaja nasfu gila yang bertahta dihati mereka itu.

Warga dunia yang melihat adegan dalam DUN Perak sepanjang hari ini pasti mentertawakan Geng Zamry dan puak-puak yang bersekutu dengannya kerana merekalah sebenarnya yang melaksanakan undang-undang rimba dan mereka kelihatan begitu tidak bertamadun. Orang yang tidak bertamadun memang muka tidak tahu malu.

Semuanya kelihatan "bertuhankan" UMNO yang seolah-olah tidak akan runtuh menyembah bumi. Apa yang UMNO lakukan dan arah untuk dilakukan semuanya itu adalah betul. UMNO arah putar belitkan pengertian dan tafsiran undang-undang juga adalah betul. Kuasa rakyat telah dicerobohi dan undang-undang ditafsir sesuka hati.

Keputusan Mahkamah yang akan menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sebenarnya seolah-olah telahpun diketahui. Bolehkah diharap kepada keputusan itu ? Semuanya kian punah ?

Kerana apa yang berlaku di DUN Perak ini, pelabur asing memang pasti tidak akan masuk ke negara ini kerana memang sukar untuk diyakini mereka, untuk mendapat keadilan jika berada di negara ini. Tak payahlah suruh pelabur masuk kerana hanya pelabur bodoh sahaja yang akan berbuat demikian.

Malaysia khususnya Perak nampaknya akan terus merana. 1 Malaysia gelap, UMNO/BN dipuja, kuasa rakyat ditendang terajang ! Sedih !

Tuesday, May 05, 2009

5 sasterawan negara tolak PPSMI, Pak Samad bagi amaran kepada Muhyiddin !



Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya.


Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini.

Alasan-alasan itu, antaranya:

Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.

bullet buttonKegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

bullet buttonPenggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan.

Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan sains teknologi dan kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial - bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya. [Baca teks penuh di sini]

Sebagai menguatkan bantahan mereka, dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan".

"Oh, memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad.

Sementara Muhammad (foto kiri) pula berkata: "Kalau diperlukan saya akan sampai ke sini juga, ditempat yang diperlukan. Saya merasakan tragedi ini bukan tragedi orang lain, tetapi tragedi (kepada) saya."

"Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh bahasa Perancis misalnya.

"Cuba sentuh bahasa Inggeris, bahasa Scotland misalnya, apa akan berlaku?" soalnya.

"Dalam satu dunia tamadun, menteri tak ada hak menukar bahasa. Hanya bangsa itu sahaja berkumpulan mempunyai hak menukar bahasa itu. Orang lain tidak ada hak menukar bahasa itu."

Muhammad juga menafikan dakwaan beliau lambat tampil memperjuangkan pemansuhan PPSMI, berbeza dengan A Samad sebelum ini yang lebih ke depan.

"Pertamanya, kalau tidak di depan televisyen atau suratkhabar, saya ini tidak berapa terpilih. Tetapi hal ini telah kita kerjakan dari awal lagi.

"Saya pernah siapkan surat kepada (bekas perdana menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), kejar beliau di Putrajaya, beri surat itu.

"Tidak ada apa-apa (tindakan). Sewaktu saya di Tokyo, (saya) faks dari Tokyo. Lepas itu, macam-macam (tindakan) yang dikerjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menurut jejak A Samad untuk berkempen di pentas politik dan pada pilihanraya kecil demi memperjuangkan pemansuhan PPSMI, Muhammad berkata:

"Boleh kempen, tetapi saya bukan orang politik. Intelektual juga ada tempatnya. Biarlah kita profesional. Yang pandai berpolitik itu, silakan," katanya, seorang penulis terkenal dengan esei budaya.

Tiga lagi sasterawan negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.

A Samad (foto kanan) menambah, kesemua sasterawan negara "akan terus berlawan" memperjuangkan pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing.

"Kita tidak boleh harap semua sasterawan negara membuat kerja yang sama. Tujuan dan matlamat sama, tetapi caranya lain.

"Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," kata pengarang itu yang terkenal dengan novel Salina.

Sementara itu, mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI.

"Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut.

"Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."

Muhammad pula berkata, ruang perbincangan dengan menteri terbabit masih terbuka. Bagaimanapun keputusan yang dibuat hendaklah melibatkan kehendak rakyat terbanyak.

Muhyiddin semalam berkata kajian badan bebas mendapat hasil berlainan dengan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya kerana pesertanya tidak bercakap berdasarkan fakta dan bukti.

Mengulas kenyataan menteri itu, Muhammad mempertikaikan kesimpulan yang dibuat oleh kementerian tidak sama dengan butiran perbincangan meja bulat.

"Waktu saya menghadirinya, hampir 80 peratus tak bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Tetapi akhirnya disimpulkan bahawa orang bersetuju.

"Saya masih ingat, yang bersetuju (ketika) itu hanyalah pegawai bank yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan dan seorang lagi ibu kepada anak yang sedang bersekolah.

"Yang lain semua tidak bersetuju. (Wakil masyarakat) India dan Cina pun semua tidak bersetuju. Jadi, macam mana kesimpulan (boleh) jadi begini?" katanya.

Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera Melayu dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.

Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003.

Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.

Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.

Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor.



Sivakumar mohon Sultan Perak tangguh sidang DUN Khamis ini

Sumber berita: mStar online

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar menangguhkan sidang Dewan sehingga satu tarikh yang lain.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam blognya hari ini.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat tersebut ke pejabat Istana Kinta pada pukul 11 pagi tadi.

"Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan DUN Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian," katanya.

Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula Khamis ini.

Jelasnya, permohonan itu dibuat kerana kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,"katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu itu Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh berkata, beliau juga bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.

"Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.

Monday, May 04, 2009

Dr Zambry kata Drs Khalil Idham Lim ADUN yang menjijikkkan ! Sampai gitu sekali...

Nampaknya marah sungguh Datuk Seri Dr Zambry MB kerajaan rampasan kuasa UMNO/BN kepada Drs Khalil Idham ADUN Titi Serong. Tergamak dikatakannya jijik, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama hanya kerana Drs Khalil Idham mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.


Nampaknya sensitif benar Dr Zambry pasal bomoh-bomoh ni. Pantang dia ! Kalau tidak...apalah yang nak dimarah-marahkan, benda tidak dibuat ! Agak-agaknya termakan bomoh ke Sivakumar tu ?


Sehari dua sebelum Pak Lah letak jawatan, pernah terdengar berita polis terjumpa macam kertas jampi bawah meja Pak Lah di Pejabat UMNO. Dr Zambry tak tahu agaknya. Kalau dia tahu pasti dia juga mual dengan orang yang meletakkan kertas tu kat bawah meja Pak Lah ! Pasti !


Laporan dari Malaysiakini:


Menteri besar Perak membuat laporan polis dan berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan BN.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com, lapor Bernama.

"Ini sikap seorang ADUN yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.

"Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan.

"Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," beliau dilaporkan berkata di kediamannya malam tadi.

Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog berkenaan.

Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.

Menurut agensi berita itu lagi, Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Kampung Rapat, Ipoh.

Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.

"Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap ADUN tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.

"Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak
bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang 'Yang Berhormat' ditambah lagi 'orang agama' yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama," kata Zambry.

Sunday, May 03, 2009

Ibrahim Ali kata Pemimpin UMNO serah tanah kepada Singapura ?

(Apabila membaca tulisan di bawah ini seluruh orang-orang Melayu yang mencintai UMNO harus berbangga akan perjuangan parti itu dalam memperjuangkan hak-hak bangsa mereka. Betapa prihatinnya Ibrahim Ali sebagai pejuang bangsanya kerana selama menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan selama 13 tahun menjadi ketua bahagian UMNO tidak tahu bahawa perkara itu telah berlaku lama. Aku yang diduduk di hulu dunia ni pun dah tahu lama dahh....! Memang itulah kerja UMNO! )


Sumber berita:

http://anakcucunabiadam.blogspot.com/


Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar. Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

Blogger Tinta HIjau




Ulamak Vs Erdogan : Label Keluaran UMNO

Dipetik dari :

http://ourglobal.wordpress.com


Gambaran yang di paparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama di dalam Pas, khususnya golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya beberapa pertandingan di peringkat kawasan serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi didalam Pas.

Dua persoalan utama yang sering di perdebatkan serta dilemparkan kepada umum adalah; pertamanya, apakah Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama di dalam Pakatan bersama PKR dan DAP? Dan keduanya, apakah benar-benar wujud golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’?

Namun saya lebih berminat untuk mengulas kenyataan dua orang ‘tokoh akademik’ yang bergelar Profesor yang sering di beri liputan meluas untuk menyerang Pas terutama di saat adanya pilihanraya Umum, pilihanraya kecil maupun pemilihan parti Pas. Saya ingin merujuk kenyataan Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling mantan pensyarah Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya dan Prof. Dr. Mohamad Mustafa pensyarah Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian minggu lepas.

Pertamanya Dr. Zainal Kling, seorang profesor yang terkenal dengan sikap ultra nasionalis serta sentiasa dilihat sebagai pembela Melayu/UMNO sejak sekian lama beliau menjadi pensyarah di Univeristi Malaya lagi. Beliau menyatakan bahawa keadaan kontradiksi antara dua puak didalam Pas iaitu golongan ulama dan golongan professional menjadikan suasana dalaman Pas sentiasa ‘tegang’ demi memenuhi cita-cita masing-masing.

Beliau menambah lagi bahawa “Pas terpaksa berlagak sekular dengan mengenepikan ideologi ketuhanan dalam Islam. Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah akui akan kerjasama dengan syaitan. Ini dapat di buktikan dengan jelas. Pas tidak lagi bercakap tentang negara islam tetapi hanya mempertahankan gagasan kemanusiaan dan kebajikan”.

Bagi beliau disebabkan pertentangan dalaman ini, Pas terpaksa berhadapan dengan tuduhan ‘hamba kepada idealogi sekular’ di semping terpaksa berkorban untuk mencairkan ideology Islam pada asalnya. Malah beliau menyatakan lagi bahawa; “Jika golongan ulama gagal menerajui kepimpinan tertinggi Pas bermakna ia akan merubah parti tersebut menjadi semakin secular. Pas juga akan dilihat sebagai sebuah parti ‘pelakon politik’ yang menggunakan islam sahaja”.

Manakala pandangan seorang lagi pensyarah, Dr. Mohamad Mustafa seorang profesor Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) juga dirujuk. Beliau juga terkenal sebagai seorang penganalisis politik tanahair yang lebih barsifat menjadi pembela Melayu/UMNO. Beliau menyatakan bahawa Pas akan mudah mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) satelah kumpulan yang menyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim berjaya menyingkirkan kumpulan Presidan Pas Datuk Sri Abdul Hadi Awang. Tambahnya lagi kewujudan puak yang menyokong Anwar ini akan menyebabkan Pas terbahagi kepada dua kumpulan dan berpuak-puak.

Malah beliau menyatakan bahawa; “mereka (PKR) telahpun menguasai Mursyidul Am Pas, Datuk Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan menjatuhkan Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa kerana tidak bersependapat dalam isu gabungan Pas-UMNO pada Muktamar nanti. Tujuan utama golongan tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Pas dan PKR, golongan itu berusaha untuk menguasai Pas demi kepentingan PKR dan seterusnya menuruti telunjuk PKR”.

Bagi saya adalah tidak mengejutkan sama sekali apabila kenyataan terbuka Datuk Dr. Zainal Kling seakan-akan senada dengan Dr. Mohamad Mustafa terhadap Pas. Bagi saya, memberi pendapat kedua-dua tokoh akademik pro-UMNO ini adalah lebih berbentuk kecaman negatif terhadap Pas. Adalah tidak sedikitpun menghairankan kerana mereka ini sudah sejak sekian lama membuat pelbagai ‘analisa akademik’ (?) dan melihat peranan Pas di dalam kancah politik tanahair dengan penuh sinis dan negatif. Kedua-duanya terkenal dengan sikap ‘ultra nasionalis’ dan sentiasa berpandangan ‘pro-UMNO’ hatta di dalam kajian akademik mereka sendiri.

Namum bagi saya adalah amat memualkan apabila kedua-duanya ada bergelar profesor boleh membuat kenyataan sedemikian rupa. Di manakah etika akademik yang mereka pakai apabila pandangan mereka ini lebih berbentuk ‘emosi kebencian’ terhadap Pas, begitu cetek dan tidak mempunyai daya akademik (scholarly) langsung. Apakah mereka mahu meletakkan daya pemikiran politik mereka setaraf dengan JKKK kampong dan tidak di hormati oleh masyarakat umum?

Amat malang jika seseorang profesor masih dalam kotak pemikiran lamanya mengenai perkembang semasa dan gagal memahami perubahan politik tanahair. Terlalu dangkal daya pemikiran Dr. Zainal Kling apabila menyatakan bahawa di manakah daya pemikiran mahasiswa yang mereka pimpin di menara gading selama ini yang sejak sekian lama di kongkong bagaikan anak-anak sekolah oleh AUKU dan pentadbir Universiti sendiri?

Yang nyata, Pas bukan sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Pas mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada displin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. - YB Dr Syed Azman