Followers

Friday, May 01, 2009

Sivakumar kata lebih baik BN letak keldai sebagai Speaker Perak

( Nampaknya UMNO semakin mengarut di Perak. Demi gilakan kuasa UMNO sudah tidak pedulikan Pengasingan Kuasa. UMNO mahu menguasai semuanya. Semuanya mesti berada di bawak ketiak busuk UMNO. Persoalannya apakah rakyat Perak buta dengan apa yang UMNO lakukan sekarang ? Apakah semua yang UMNO lakukan itu akan mendapat endorsement rakyat pada Pilihanraya ke 13 nanti ? UMNO semakin mengarut tahap kritikal dan kronik kini !)

Sivakumar: "Lebih baik BN letak keldai di kerusi Speaker"

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyifatkan tindakan kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir membelakangi hak dan bidang kuasa beliau menentukan sidang DUN sebagai bukti keangkuhan Umno dan Barisan Nasional.

"Jika Speaker Dewan Negeri tidak berhak dan mempunyai kuasa untuk menentukan agenda persidangan, apa gunanya jawatan Speaker ini?

"Jika jawatan Speaker sudah tidak dihormati lagi, bawa dan letakkan seekor keldai di kerusi Speaker supaya Zambry boleh membuat apa jua kehendak hatinya," kata Sivakumar dalam blognya, suaraperak.

Kerajaan kudeta pimpinan Dr Zambry Abd Kadir berkeras mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri mulai 7 Mei depan walaupun masih banyak persoalan perundangan berhubung keabsahan beliau sebagai Menteri Besar dan lain-lain isu masih belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Persoalan sama ada tarikh memanggil sidang DUN tersebut sudah diperkenan oleh Sultan Perak juga masih diawang-awangan. Apatah lagi prosedur memanggil mesyuarat juga tidak mengikut peraturan yang lazim diikuti kerana tiada perbincangan dengan Speaker, V. Sivakumar diadakan.

Malah dalam agenda yang disiarkan dalam blog beliau, suaraperak, calon pilihan umno/BN sudah pun ada iaitu Datuk R.Ganesan, bekas Ahli Dewan Undangan Sungkai.

Media pun menjadi mangsa dengan disekat memasuki DUN untuk membuat liputan perjalanan persidangan kecuali beberapa "media utama" (baca: media pro-Umno/Barisan Nasional) sahaja dibenarkan masuk.

Semua peraturan dan norma yang berkaitan rancangan memanggil sidang DUN dilanggar dan dicerobohi Umno dan BN lantas menunjukkan sikap sebenar kerajaan kudeta kepada rakyat yang akhirnya akan menilai dan memberi hukuman setimpal kepada mereka.

Sivakumar dalam blognya menyiarkan agenda sidang DUN Perak yang dibuat tanpa rundingan dengan beliau seperti berikut:

Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan (Pada Hari

Khamis, 7 Mei 2009, Jam 10.00 pagi)

URUSAN MESYUARAT

I) Doa

II) Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Kedua, Dewan Negeri yang ke-12 Perak Darul Ridzuan.

III) Persidangan ditangguhkan selama 15 minit dan selepas itu disambung semula.

IV) Pengumuman Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

V) Usul-usul yang telah diberi notis:

1) Usul perlucutan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

2) Usul perlantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan baru.

VI) Penangguhan

NikHassanAzmi



Thursday, April 30, 2009

PAS, apa dah jadi ni ?

Saya terlalu kerdil untuk turut serta memperkatakan isu ini. Saya nun di bawah...jauh di bawah. Namun sebagai ahli jemaah saya berhak untuk risau memikirkan apa yang sedang di olimikkan sekarang ini. Mengapakah di saat-saat terlalu hampir dengan muktamar yang di sana ada pertandingan masing-masing bersuara tegar menyatakan pandangan masing-masing dengan seolah-olah diri itulah yang benar. Kenapa begitu kelam-kabut kepimpinan atasan jemaah Islam PAS sehari dua ini?

Mungkin ada pemimpin bijak pandai PAS di atas akan berkata, ini bukan kelam-kabut tapi ini adalah demokrasi yang sedia wujud dalam PAS. Itu kata pemimpin-pemimpin PAS yang bijak pandai dan cerdik-cerdik, tetapi apa pula perasaan dan andaian ahli-ahli PAS yang berada di bawah ini yang terdiri dari pelbagai lapisan latar belakang, gaya dan cara berfikir ?

Saya tak pandai berpolitik, namun apa yang saya lihat sama ada kumpulan Nik Abduh mahupun kumpulan yang dituduh, kedua-duanya sedang berpolitik untuk mencari sesuatu. Apakah kita sudah mahu berpolitik dan berkempen seperti mana UMNO berpolitik dan berkempen? Di manakah kaedah dan mekanisma kritikan kita ? Di manakah adab sopan kita ? Besar benarkah masalah ini atau kita sebenarnya telah berada di atas landasan polimik yang musuh kita mahukan ? Kata Islam ada cara menyelesaikan masalah. Apakah cara 'menyelak kain' ini satu cara menyelesaikan masalah kita ? Di manakah kesabaran, di manakah tempat yang sesuai dan berkesan ? Apakah dengan apa yang terjadi ini sesuai dan berkesan ?

Saya pelik semakin cerdik kelihatan kita , semakin bodoh kita berpolitik! Maaf terlalu kasar bunyinya tapi itulah realitinya !

Ini, persoalan biarkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS ulama, satu lagi cara berpolitik yang membuang masa. Saya tidak pernah menentang parti saya diterajui oleh ulama bagi kedua-dua jawatan tersebut malah itulah yang saya mahu tetapi apakah peruntukan itu termaktub dalam perlembagaan parti.

Dan apakah begitu yang dikatakan Kepimpinan Ulama? Apakah kita terlupa bahawa Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa veto terhadap Presiden parti, jika tindakan Presiden bercanggah dengan syarak dan dasar parti? Siapakah ahli Dewan ulamak itu ? Tentulah ulamak.

Pada saya, tidak perlu timbul soal Timbalan Presiden dan Presiden parti, ulama, kerana ahli-ahli PAS faham dasar partinya. Ahli-ahli PAS tahu PAS ialah Parti Islam Semalaysia. Apakah sudah ada kepimpinan di atas tidak mempercayai kebijaksanaan ahli-ahli parti sendiri ? Sudah jadi macam UMNO nampak ?

Melainkan dibuat pindaan perlembagaan dengan mengatakan Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah ulama, maka itu okaylah. Selagi tidak begitu tidak perlu bising soal itu hingga bertengkar tanpa faedah di mana-mana media dan blog. Tak perlu hambur polimik sia-sia secara terbuka soal ulama atau pun tidak, Presiden dan Timbalan Presiden itu. Biarkan sesiapa yang dicalonkan oleh kawasan bertanding jika mereka merasakan dirinya layak dan mampu. Ahli-ahli parti buat pilihan yang secucuk dengan dasar parti. Itulah PAS dan "PAS for all".Wallahuaklam.

Wednesday, April 29, 2009

Inilah kerja parti yang Presidennya kununnya sedang berusaha memahami denyut nadi rakyat !?

- Merampas kerajaan sah pilihan rakyat secara haram !
- Membentuk kerajaan haram yang bertentangan dengan undang-undang dan semangat
perlembagaan!
- Menuduh parti-parti pembangkang menderhaka kepada raja seolah-oleh partinya tidak
pernah menderhaka!
- Menculik ADUN Pembangkang !
- Melanggar undang-undang secara luar biasa terutama dalam banyak kes di Perak. Punah
ranah perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.
- Berlagak macam 'malaikat'... parti dia sahaja yang betul dan benar seolah-olah tidak pernah
buat salah. Apa dia cakap semua betul walaupun majoriti kata tak betul.
Usul Lucut Jawatan Sivakumar Sebagai Speaker Tidak Sah

Posted by Addin | 4/29/2009 |


Pejabat SUK Perak hari ini telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker DUN Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman. Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan. Jikalau usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat.


Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker dan ia merupakan tindakan luar biasa. Surat usul Speaker letak jawatan adalah tidak sah kerana dikeluarkan oleh Setiausaha DUN , Abdullah Antong yang di gantung tugas. Bagaimana seorang Setiausaha DUN yang di gantung tugas boleh mengeluarkan surat usul letak jawatan letak jawatan kepada Speaker? Ia sangat melucukan dan tidak boleh masuk diakal. Tindakan Zambry telah itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan MB Perak yang sah masih belum selesai. Ternyata UMNO BN sanggup membelakangi undang-undang yang mereka cipta sendiri, apatah lagi undang-undang Islam. Puak-puak ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka untuk selama-lamanya. Tetapi sampai bila? Adakah mereka fikir mereka tidak akan MATI? Sungguh dangkal dan jelek pemikiran puak-puak ini...

Dari blog: http://addin77.blogspot.com

Pengerusi baru Petronas. Siapaa ? JJ ?

(Saya terbaca dari blog Fudzail tentang desas-desus perlantikan Pengerusi baru Petronas. Kalau betul YB JJ yang menjadi bakalnya seperti khabar angin yang bertiup kencang, alamat adalah yang akan kena jual nanti. Minta dijauhkan...... ! )

Kabar angin bertiup kencang mengatakan YB JJ akan dilantik sebagai pengerusi baru Petronas menggantikan Tun Det.

Beliau yang pernah terpalit dengan kes rabaan itu merupakan ahli parlimen Rompin sejak empat penggal lalu. Pernah menjadi menteri dan namanya tidak senarai kembali walau rapat dengan Najib.


Kalau benar beliau menjadi pengerusi Petronas yang baru, mungkin salah satu langkah berani najib kerana mengenepikan Tun Det yang kini menjadi penasihat Najib.

Kalau tidak benar kabar angin ini, maka ramailah kawan-kawan saya di Rompin yang keciwa kerana melepaslah banyak projek.

fudzail

SPRM boleh pantau PAS, tetapi selesaikan dahulu rasuah Umno

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - PAS berpendirian terbuka seandainya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menjalankan pemantauan terhadap pemimpin yang bertanding sempena Muktamar PAS tahun ini.

Sebaliknya PAS juga menyarankan agar SPRM menyelesaikan dahulu kes-kes rasuah dalam Umno yang sehingga kini masih belum diambil tindakan sepenuhnya oleh badan itu, kata Ketua Penerangannya, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui dalam penyerahan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu di sini semalam.

Secara umumnya kata Mahfuz, SPRM berhak menjalankan sebarang siasatan yang sewajarnya ke atas pemimpin PAS kerana SPRM sememangnya bertanggungjawab untuk menyiasat hal-hal melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Namun siasatan itu katanya, tidak boleh dijadikan SPRM untuk mempunyai persepsi negatif terhadap parti politik lain hanya disebabkan parti Umno yang sudah sinonim dengan kes rasuah dan penyelewengan.

SPRM dinasihatkan terlebih dahulu perlu mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Umno yang didapati terlibat dalam kes politik wang seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin; dan Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Mahfuz turut meminta penjelasan daripada pihak SPRM berhubung pendakwaan kes rasuah ke atas bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang belum diketahui statusnya.

Mahfuz yakin dengan contoh pemerintahan bersih yang diamalkan kerajaan PAS Kelantan, dan pemilihan yang berjalan baik sebelum ini, akan diteruskan.

Beliau juga amat yakin pemimpin PAS bersih daripada sebarang kes penyelewengan mahupun gejala politik wang. - wann /mks. _

Sumber Harakahdaily.

Monday, April 27, 2009

Apakah 'Islam Glokal @ Global' mulai menampakkan wajah ? ?

KUALA LUMPUR, 27 Apr : - Mereka yang berhasrat untuk memeluk agama Islam mungkin akan membatalkan niat kerana takutkan keputusan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai status anak mereka, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Kabinet Najib memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

"Tidak ada ibu bapa yang mahu terpisah walau dalam apa jua cara dengan anak-anak mereka. Berpisah agama tentulah lebih menakutkan lagi.

"Sebab itulah keputusan kabinet Najib itu membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka," tegas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menolak tanggapan bahawa Umno dan BN cuba bersikap demokratik apabila memutuskan anak-anak tersebut dibesarkan dalam agama asal dan membiarkan mereka membuat pilihan agama mereka apabila sudah cukup umur.

"Ia tidak demokratik kerana merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka. Merampas hak rakyat adalah perbuatan paling tercela dan tidak demokratik!" tegas beliau.

Mahfuz juga melihat keputusan itu bertujuan melakukan provokasi terhadap orang-orang Islam.

"Bila orang-orang Islam marah, Umno dan BN berharap orang-orang bukan Islam merasa bahawa mereka terpaksa berada di bawah kerajaan Umno dan BN juga demi kepentingan kepercayaan mereka.

"Perkara itu tidak benar kerana orang-orang bukan Islam juga turut menjadi mangsa keputusan itu," kata beliau yang menyifatkan Umno dan BN kini begitu terdesak dan begitu kemaruk kepadsa sokongan pengundi bukan Melayu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat baru-baru ini turut memutuskan mana-mana pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.

Katanya, langkah itu selaras dengan pendirian Kabinet bahawa undang-undang syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

"Kita juga memutuskan bahawa perkahwinan individu yang memeluk Islam yang dibuat menerusi proses sivil tidak akan terbatal secara automatik.

"Ini bagi memastikan tiada mana-mana pihak yang tidak bersalah diperlakukan secara tidak adil dan mengelak pasangan menggunakan alasan memeluk Islam untuk lari daripada tanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran. Harakahdaily.


DRS. KHALIL IDHAM LIM

PRK DUN Penanti menanti 31 Mei ini.

Nampaknya siri Pilihanraya Kecil akan terus berlaku di negara kita. Pilihanraya Kecil yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini ialah PRK DUN Penanti. Menariknya PRK DUN Penanti ialah buat pertama kalinya seorang Perdana Menteri tawar hati untuk meletakkan calon partinya bertanding di DUN tersebut sehinggalah disergah oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Kini PM baru menjadi serba salah; tidak mahu meletak calon mentornya Tun Mahathir telah menegurnya agar meletakkan calon. Jika meletak calon pula beliau yakin partinya akan kalah teruk.Antara mahu mendengar arahan Mahathir dengan mahu membuat keputusan sendiri sebagai Perdana Menteri atau Pengerusi BN, ianya menjadi terlalu berat dan payah bagi beliau.

Jelas kini Tun Mahathir menjadi beban kepada Najib dalam setiap tindakan yang dilakukannya. UMNO kian tersepit dan terdesak dalam menentukan hidup mati perjuangannya yang kian tidak relevan pada mata rakyat terbanyak.

Berita dari mStar:

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti - pilihan raya kecil keenam sejak Mac 2008, akan diadakan 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding ketika hari penamaan calon.

Tempoh berkempen adalah selama lapan hari.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini hari ini.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulau Pinang.

Dengan keputusan itu, ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan menetapkan jumlah penyokong yang boleh dibawa setiap parti yang bertanding pada hari penamaan calon selepas pihaknya melawat pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.


MAKLUMAT SEPINTAS LALU:

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam

Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran

Jumlah petugas: 242 orang

Jumlah pemilih berdaftar: 15,384 orang (15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos)

Pecahan pengundi mengikut kaum: Melayu (72.68%), Cina (24.22%), India (2.39%) dan lain-lain (0.71%)


"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya.

Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).