Followers

Friday, April 24, 2009

Fenomena Tingkat 4 versi baru Najib

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

SEMENJAK beberapa tahun kebelakangan ini, orang-orang Umno begitu fobia dengan istilah Tingkat Empat (4), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Istilah Tingkat 4, dipopularkan mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Ketika mana beliau merujuk kepada kebobrokan dan kerakusan kuasa kroni-kroni Abdullah Ahmad Badawi yang diketuai menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tingkat 4 dikaitkan dengan perhimpunan suatu kuasa stail baru, orang baru dan anak-anak muda di sekeliling Abdullah (ketika itu) yang menguasai serta menentukan masa depan negara dan parti (Umno-BN).

Golongan Tingkat 4 bukan sahaja tidak disenangi Mahathir, tetapi juga oleh kebanyakan orang-orang Umno kerana, dengan kedudukan mereka sebagai kumpulan lingkaran PM (PM's circle), seolah-olahnya kuasa mutlak terletak di tangan mereka.

Mereka tidak menjalankan tugas-tugas pentadbiran (administratif), tetapi dengan kuasa yang diberikan PM, mereka adalah perangka dan pelaksana hala tuju dasar-dasar negara, kerajaan dan Umno-BN.

Mereka juga bertindak sebagai spin-doctor, mengawal dan memanipulasi media untuk kepentingan politik PM dan Umno-BN.

Besarnya kuasa mereka yang berada di Tingkat 4 ini jugalah yang menentukan apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan pegawai kerajaan, orang-orang Umno dan media arus perdana.

Mereka ini sebenarnya berada di luar circle kerajaan dan parti, tetapi membuat tugasan-tugasan, yang kebanyakannya dilihat sebagai redundant atau mengambil alih tugas pegawai kerajaan dan parti.

Pegawai-pegawai yang menjadi PM's circle ini terlalu kebal kuasa mereka. Jika mahu sebarang urusan dengan PM, cadangan atau apa sahaja hajat, harus menembusi mereka terlebih dahulu.

Dengan kata lain, jika mereka tidak berjaya diyakinkan sama ada dalam bentuk pujukan atau rasuah, jangan haraplah hendak berjumpa dengan PM.

Penguasaan mutlak mereka menyebabkan Mahathir begitu marah kerana, pada zaman pemerintahannya, tidak wujud pegawai-pegawai Tingkat 4 yang berkuasa. Semua kuasa dan penentu dipusatkannya ke bilik pejabat PM, sehingga beliau dilabel sebagai diktator.

Selepas Abdullah diundurkan, Mahathir tidak berhenti-henti bersuara dan pernah menyuarakan kebimbangannya, bahawa fenomena Tingkat 4 ini, akan berulang pada zaman Mohd Najib Tun Razak.

Khabarnya fenomena ini sudah berulang. Apa yang dibimbangi dan ditakuti Mahathir dan orang-orang Umno seolah-olahnya sudah berulang kembali, sebaik sahaja Najib mula berkuasa.

Khabarnya ada 'kuasa baru' yang diwujudkan, berada disekeliling Najib sekarang ini. Kuasa baru ini bertindak sebagaimana pegawai Tingkat 4 di zaman Abdullah.

Pegawai-pegawai inilah yang mengetengahkan gagasan One Malaysia seperti yang dicanangkan Najib.

Malangnya buat Najib, ialah kerana, gagasan ini tidak disenangi kebanyakan orang Umno. Bagi mereka gagasan One Malaysia ini besar implikasinya.

Tidak jelas kata mereka. Tidak diberi penjelasan atau tidak mendapat persetujuan dari kalangan Majlis Tertinggi Umno.

Malah, tatkala akhbar Utusan Malaysia yang begitu pro Najib dan dianggap sebagai pelopor chauvanisme Melayu membuat tajuk 'Bangkitlah Melayu', khabarnya mereka dikecam hebat oleh kumpulan Tingkat 4 JPM kerana dianggap sebagai bercanggah dengan One Malaysia.

Khabarnya ramai editor-editor akhbar arus perdana diberi amaran. Malah ada yang menyiarkan temubual 'pihak-pihak tertentu', walaupun bertujuan positif untuk Najib, tetapi diberi amaran kerana tidak disenangi pihak yang rapat dengan Najib.

Malah lebih obvious (ketara) lagi apabila ada orang Umno mendakwa, khabarnya dilantik tiga orang pegawai khas untuk Rosmah Mansor. Mereka terdiri dari seorang Melayu, Cina dan India.

Perkara ini tidak pernah berlaku pada zaman Dr Mahathir atau zaman Abdullah. Tiada pegawai khas untuk Hasmah Mohd Ali atau Endon Mahmood (allahyarham) atau pun Jeanne Abdullah.

Jika dakwaan ini betul, peruntukan mana digunakan untuk membayar gaji mereka bertiga? Kenapa perlu sampai tiga orang? Jika dakwaan ini benar, ianya harus disiasat kalau-kalau wujud penyalahgunaan kuasa PM atau isteri.

Namun, untuk bersangka baik dengan Rosmah, kemungkinan ketiga-tiga pegawai ini dibayar untuk menggunakan wang poket beliau sendiri.

Namun, apa pun yang diperkatakan, baru tiga minggu Najib berkuasa, sudah macam-macam cerita negatif yang ditimbulkan oleh orang-orang Umno.

Lebih buruk lagi ialah apabila kuasa besar yang diberikan kepada PM's circle ini, telah mengetepikan peranan pegawai-pegawai yang sedia ada, yang lama bertugas dengan penuh setia terhadap Najib.

Barangkali akibat khayal di kemaruk kuasa, Najib terlepas pandang tentang hal-hal ini semua.

Harus juga diingatkan kepada Najib tentang fengshui orang-orang Cina terhadap angka 4 (empat) ini. Bagi orang-orang Cina angka 4 merupakan angka 'sial' kerana disebut sebagai 'sei' yang membawa erti mati.

Bukan apa, silap haribulan, kuasa yang terlampau diberikan kepada pegawai Tingkat 4 JPM, akan menyebabkan orang Umno-BN semakin marah dan rakyat semakin meluat dengan kerajaan.

Jika semua ini tidak dibendung dan diatasi, kebarangkalian untuk Najib menjadi penjawat jawatan PM terpendek dalam sejarah politik Malaysia, akan menjadi realiti.

NOTA EDITOR - Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh mempercayai tuah atau sial angka. Catatan penulis tentang angka 4 itu hanyalah semata-mata sindiran kerana banyak tindakan Najib akhir-akhir ini seperti One Malaysia, penghapusan Kementerian Usahawan, penghapusan kuota 30 peratus bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam, dilihat semata-mata kerana hendak memenangi hati pengundi Cina dan bercanggah dengan perjuangan Melayu Umno)._

Sumber: Harakahdaily.net

Thursday, April 23, 2009

Penanti tak usah dinanti...!

Tidak usahlah dinanti-nanti kerana kemungkinan besar tidak akan ada Pilihanraya Kecil di Penanti. Mustahil !.

Tiada apa yang mustahil selagi UMNO yang masih memerintah Malaysia. Apatah lagi jika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Semua telah menjadi porak peranda. Keluhuran perlembagaan tak perlu diperkatakan lagi kerana undang-undang negara kian hilang keluhurannya apatah lagi kedaulatannya.

Semua institusi negara menjadi caca-marba, lintang pukang kerana semuanya berkerja untuk mempertahankan UMNO yang sudah tua dan uzur. Demi mempertahankan UMNO apa sahaja perlu dilakukan walaupun perkara yang memalukan dan menjahanamkan integriti dan kedaulatan negara. Apa dah nak jadi dengan semuanya? Kenapa semua menjadi bingung kerana mempertahankan UMNO?

SPR terus berdrama. Menangguh pengistiharan PRK DUN Penanti. Kenapa ? Mungkin kerana menunggu keputusan mesyuarat MT UMNO ? Apakah isyarat yang akan SPR terima ? Tak perlu adakan pilihanraya kerana perletakan jawatan Fairuz tidak sah ! Demi UMNO begitulah negaraku .... hara-huru!

Tuesday, April 21, 2009

Nizar dedah perbincangan dengan Sultan

Hafiz Yatim | Apr 21, 09 4:40pm


Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ianya terkandung dalam satu afidavit yang difailkan oleh menteri besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.

Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah "meletak jawatan".

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran "Innallaha maa Sobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan DUN.


Sumber Malaysiakini

Sunday, April 19, 2009

Semoga SPR tidak membuat kerja karut lagi !

Pemikiran PM baru kita semakin berserabut. Tiba-tiba sahaja apabila DUN Penanti di kosongkan, PM baru kita menjadi resah lantas memberi isyarat kepada UMNO/BN agar berkira-kira untuk tidak meletakkan calon.

Tiba-tiba Perdana Menteri berkata:

".........dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya. (Menculik 3 ADUN Perak dulu bukan mainan politik! Merampas kerajaan Perak dari pintu belakang bukan mainan politik! Tidak mahu membubar DUN Perka setelah rakyat memberi isyarat agar DUN Perak dibubarkan, bukan mainan politik !)

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya. (Merampas kerajaan Perak secara menculik DUN Perak adalah sebab peruntukan Perlembagaan Negara !)

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Begitulah antara kata-kata Perdana Menteri. Kata-kata tersebut walau bagaimana bunyinya sangat mudah untuk difahami. Datuk Seri Najib takut kalah lagi dan kemungkinan besar memang akan kalah. Datuk Seri Najib mula terasa stress sebagai Perdana Menteri untuk menghadapi satu lagi kekalahan dalam PRK.

Biasanya UMNO/BN lah orang yang sangat 'galak' jika sekiranya ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang meninggal dunia atau letak jawatan sebagai YB. Peluang untuk mereka merampas dan menambah kerusi, tetapi kali ini UMNO/BN menjadi alim dengan PRK. Mereka telah hilang ghairah dengan PRK kerana trend pemilihan rakyat hari ini ialah mengecewakan UMNO/ BN. Dicabar agar DUN Perak dibubar, mati balik hidup UMNO/BN itu tidak akan bubar kerana pasti kerajaan haram UMNO/BN akan pendek umur.

Tiba-tiba sahaja Datuk Najib kata PRK membazir. Soal membazir ini sebenarnya bagi UMNO/BN, bukan bagi Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat tidak mengumpan projek mee segera dan tidak pernah membayar pengundi untuk mengundi mereka, tidak membawa langsung bas-bas persiaran yang membawa begitu ramai "petugas parti" sewaktu hari pilihanraya ! Mereka yang melakukan semua kerja-kerja tersebutlah yang rasa membazir apatah lagi jika mereka itu puak yang kalah.Siapa yang selalu buat begitu ?

Punya gelojoh dan tertekannya UMNO pada hari ini, tidak kira lagi majlis parti atau majlis rasmi kerajaan, kempen UMNO tetap disebut secara terang-terangan, menyeru rakyat sokong UMNO/BN. Apakah dengan apa yang berlaku pada hari ini rakyat menjadi semakin bodoh ? Rasanya tidak...rakyat tidak bodoh lagi !

Kes Penanti, bagus juga sekiranya UMNO/BN tidak bertanding kerana ini akan memberi laluan yang lebih mudah kepada Pakatan Rakyat. Tetapi percayakah kita UMNO/BN tidak akan bertanding melalui proxy-proxynya. ? Senario Bukit Selambau pasti akan berlaku ! Saya tetap menjangkakan bahawa UMNO akan bertanding kerana Tun Mahathir sudah berbunyi tidak bersetuju UMNO/BN tidak bertanding. Bukankah Tun Mahathir mentor PM kita ?

Jika UMNO tidak bertanding, agaknya inilah kes pertama parti pemerintah awal-awal menyerah kalah sebelum masuk gelanggang dalam keadaan ‘bala tenteranya’ katanya cukup canggih dan melata. Namun apa yang dirisaukan SPR tidak akan mengadakan PRK Penanti kerana bersetuju dengan pendapat (arahan) Perdana Menteri. Zaman pemerintahan PM baru ini tiada apa yang mustahil ...Speaker DUN Perak boleh menjadi hilang kuasa setelah diputuskan oleh Mahkamah begitu ! Karut !