Followers

Friday, April 10, 2009

Islam Hadhari ganti Islam Glokal ?

Sebaik sahaja Pak Lah dilantik menjadi PM, Pak Lah serta merta digelar Mr Clean. Sebagai Mr Clean, Pak Lah bersama dengan Menteri Agamanya pada waktu itu Abdullah Md Zin mengistiharkan Islam Hadhari sebagai pegangan kepimpinannya. Islam Hadhari dengan 10 rukun (prinsip) itu dicipta untuk menolak Islam Badawi (mundur) yang diamalkan oleh golongan yang bukan UMNO kononnya. Untuk menjana kejayaan kepada Malaysia, Islam Hadhari mesti diamalkan. Itulah antara seruan yang sering dilaungkan.

Malangnya Islam Hadhari ditolak secara terang-terangan oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini kecuali oleh puak-puak SIS. Kini Pak Lah sudah pergi dan bertambah sayup perginya dengan tiadanya menantu kesayangan di dalam kabinet. Persoalan sekarang di bawah kepimpinan baru ini apakah yang akan terjadi kepada Islam Hadhari ?

Rasanya terlalu mudah untuk dijangka Islam Hadhari akan juga hanyut pergi bersama Pak Lah. Najib dengan Menteri Agama yang baru MJ (B) Jamil Khir sudah tentu tidak berminat untuk menerima pakai legasi Abdullah. Kalau Khairy satu-satunya legasi Abdullah telah ditiadakan , Islam Hadhari juga akan perlahan-perlahan ditiadakan.

Melihat kepada cara hidup Perdana Menteri baru, tidak terkejut kita jika Najib akan mengisytiharkan pula Konsep Islam Glokal atau mungkin Islam Global ? Pening pula kepala Jamil Khir untuk merancang konsep Islam Glokal tersebut.

Kita tidak pelik UMNO hendak keluarkan Islam Hadharikah, Islam Glokalkah atau Islam Global kerana memang itulah cara UMNO dan memang begitulah UMNO. Sesat memanjang!

Yang kita amat bimbang nanti jika dilancarkan Islam Glokal atau Islam Global maka atas dasar hak asasi manusia, dalam satu rumah keluarga Islam apabila sudah akil baligh boleh memilih mahu menjadi Ali atau Ramasami atau Ah Chong ? Macam Indonesia !Na'uzubillah ! Semoga tidak berlaku.

Datuk Seri, Kembali kepada Islam yang Syumul !

Thursday, April 09, 2009

PPSMI tidak akan dimansuhkan ?


Kabinet baru di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib telahpun diumumkan. Tiada apa yang memeranjatkan kecuali persoalan keterciciran Khairy Jamaluddin. Orang yang Khairy tewaskan dan ditewaskan pula oleh Khir Toyo akhirnya dilantik (mungkin secara ajaib) sebagai Timbalan Menteri MITI. Perlantikan Razali Ibrahim adalah biasa.

Begitulah UMNO/BN. Kabinet yang kelihatan semput ini terpaksa dilakukan atas cadangan dan pandangan yang pernah diberikan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat. Kecilkan kabinet agar tiada ruang untuk budak Ketua Tingkat 4 itu menjadi menteri.

Namun bagi Khairy dia tidak kecewa kerana katanya Perdana Menteri memberi tugas menarik golongan muda untuk menyertai UMNO. Apakah agaknya yang akan Khairy lakukan untuk menarik golongan muda menyertai UMNO nanti. Apakah Khairy join mat rempit sekali lagi ?

Kepada pejuang-pejuang bahasa, mereka mungkin akan bernasib malang untuk melihat Bahasa Melayu perkasa sebagai bahasa ilmu. Apakah Mahyuddin yang begitu kamcing dengan Mahathir sejak dua menjak ini akan memansuhkan PPSMI ? Apakah Mahyuddin tidak kecut dengan jerkahan Mahathir ?

Nampaknya Pak Samad dan Datuk Hassan Ahmad akan terus nanti bermandi air pancutan kimia FRU demi untuk memperjuangkan bahasa sendiri. Kabinet ini begitu rapat dengan Mahathir. Batuk Mahathir akan membatalkan hasrat pemansuhan PPSMI.

Kita tengok nanti apakah GMP akan terus berjuang secara tegar dan konsisten atau kecut dengan gertakan kabinet baru. Untuk mengharapkan kepada Fuad Zarkashi rasanya mustahil kerana biasanya setiap yang menyertai kabinet UMNO/BN akan cepat berubah sikap dan sifat! Tak percaya, tengok !

Khairy berputih mata, Mukhriz cerah biji mata...

Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri

Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah (sen)

Menteri Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)

Menteri Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat


Menteri Dalam negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Joseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri Pembangunan luar bandar dan wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal
Hassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri Pengajian tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Menteri Pelancongan

Datuk Dr Ng Yen Yen

Menteri Pertanian dan perniagaan asas tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Menteri Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Kerja raya

Datuk Shaziman Mansur

Menteri Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Menteri Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Mneteri Perumahan dan kerajaan tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Menteri Wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Mnetri Luar

Datuk Anifah Aman

Mneteri Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


Apakah kepimpinan Perdana Menteri baru akan gagal lagi petang ini ?

Amat malang bagi seorang Perdana Menteri apabila di awal-awal pemerintahannya telah diwarnai dengan kekalahan yang agak besar. Tiada apa gelaran yang mampu diberikan seperti mana gelaran Mr Clean diberikan kepada Pak Lah dulu. Semuanya ini memberi erti bahawa rakyat masih tidak yakin dengan iltizam dan keazaman Perdana Menteri dalam melonjakkan visi dan misi pemerintahannya.

Kelihatannya, awal-awal segala tindakan Perdana Menteri masih tidak menceriakan rakyat. Suasana ini meliputi analisis politik semasa negara. Para penganalisis berharap segala janji pembaharuan bukan retorik tetapi sebuah iltizam yang padu dan telus.

Persoalannya apakah Datuk Seri Najib mampu bersikap telus yang diyakini dan dipuji oleh majoriti rakyat ? Hari ini rakyat terbanyak bukan menilai Datuk Seri Najib dari tulisan dan siaran media perdana lagi. Tetapi rakyat mempunyai pelbagai sumber maklumat yang diyakini sebagai bahan sokongan untuk tujuan menilai iltizam Najib. Mereka akan cepat tahu dan cepat membuat bacaan politik sama ada Datuk Seri Najib benar telus dalam mentadbir negara ini.

Seperti mana yang dicatat lebih awal. Najib telah mula menunjukkan kegagalan beliau satu demi satu sebaik menjawat jawatan Perdana Menteri. Membiarkan Tun Dr Mahathir terlalu hampir dengan beliau telah menimbulkan syak yang tidak baik terhadap beliau. Seorang rakan UMNo mengulas apabila melihat kekamcingan Najib-Mahathir, "Kepimpinan Najib akan semakin lemah dan punah apabila orang tua itu hampir dengannya."

Selepas itu kekalahan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang cukup memalukan kepimpinan baru ini. Lebih memalukan mengikut bacaan politik umum kehadiran Dr Mahathir berkempen di kedua-dua Bukit menjadikan kepimpinan Najib kalah besar dalam PRK kali ini.

Hari ini Najib akan mengumumkan Kabinet baru baliau. Sekali lagi rakyat akan menilai Najib yang telah begitu sukar untuk menyusun angggota kabinetnya tanpa 'air tangan' Tun Mahathir. Rakyat sedang menunggu, siapakah orangnya yang akan membarisi Karbinet Najib. Selepas pengumuman itu nanti kita akan tahu siapakah yang dianggap bersih dan berintegriti. Rakyat kenal sangat semua anggota kabinet zaman Pak Lah dan Mahathir. Jika yang rakyat kenal itu terus dilantik erti bukan integriti dicari tetapi pasti akan dinyah pergi apabila sampai masanya nanti.

UMNO/BN telah gagal teruk di Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kepimpinan Najib dan sentuhan tidak relevan Mahathir, apakah sekali lagi Najib akan gagal selepas rakyat tahu anggota kabinetnya nanti ?



Wednesday, April 08, 2009

Bung Mukhtar Menteri Pertanian ?

Disaat-saat sekarang sepatutnya Najib banyak mendampingi dan berbisik atau merujuk kepada Pak Lah tetapi nampaknya Najib banyak mendampingi , berbisik-bisik dan merujuk kepada Mahathir.

Pak Lah senyap sunyi entah di mana ? Kelibat Mahathir kelihatan di mana-mana sambil tersenyum melambai-lambaikan tangan. Gembira benar Mahathir ! Macam dia pulak Perdana Menteri Malaysia keenam ?

Jika itulah senarionya, sah esok Khairy Jamaluddin tidak akan termasuk dalam kabinet Najib. Kalau Najib lantik Khairy jadi anggota kabinetnya berkemungkinan besar Mahathir akan mengecam tindakan Najib itu.

Apakah Najib sanggup menegur Mahathir yang banyak berjasa kepada dia, antaranya hari-hari tolong 'belasah' dan mempercepatkan Pak Lah turun 'tahta'. Atau apakah Najib sanggup melihat Mahathir akan keluar balik UMNO ? Najib pasti tidak sanggup!

Jadi siapakah di kalangan Pemuda UMNO yang bernasib baik ? Siapa lagi kalau tidak Mukhriz yang dulunya, sewaktu mula -mula bercadang menjadi calon Ketua Pemuda pernah memberitahu tidak mahu jawatan Kabinet kalau dia menang. Rupanya dia kalah kepada Khairy maka itu kalau dia dilantik, dia akan terimalah. Anak bbapaaak....eermmmc !

Dan antara orang yang akan tertolak esok dari kabinet Najib ialah Nazri Aziz kerana Nazri ini terlalu lantang menyerang Mahathir dulu, sewaktu Mahathir menyerang Pak Lah. Sabri Cheek juga saya jangka akan terpelanting dari kabinet kerana kegagalannya berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim musuh nombor wahid Mahathir.

Walaupun Datuk Dr JJ dikatakan rapat dengan Najib namun beliau tidak akan berada dalam kebinet esok kerana Najib lebih terpaksa memilih Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. Saifuddin dari Temerloh itu hanya sekadar Timbalan Menteri sahaja esok.

Yang dijangka akan menjadi Menteri Pelajaran esok ialah Datuk Pa. Manakala Menteri Pertanian ialah Bung Mukhtar kerana dialah penolong ketua lawatan ke Taiwan tempoh hari sebaik Anwar gertak hendak bentuk kerajaan. Dengan ilmu pertanian yang dipelajari di Taiwan pasti Bung Muktar orang yang paling layak dalam pilihan Najib.

Apa-apapun tunggulah pengumuman pada pukul 3 petang esok. Selepas itu rakyat pasti akan tahu sama ada cakap-cakap Najib untuk membuat pembaharuan dalam UMNO dan kerajaan hanya dongeng politik semata-mata. Orang kata, acah-acah aje.

Acah-acahlah...Pilihanraya Ke 13 sedia menunggu. Acah... acah !!

Bukit Gantang: Sah pungutan suara rakyat...


Kemenangan dengan majoriti memberansangkan Pakatan Rakyat dalam PRK Parlimen Bukit Gantang telah benar-benar mengesahkan kepimpinan Najib tidak diterima oleh majoriti rakyat. Kemenangan Ir Nizar juga juga mengesahkan bahawa beliau masih dianggap sebagai Menteri Besar Perak bukan Dr Zamry. Jika rakyat Perak tidak mengakui Nizar sebagai pemimpin mereka sudah pasti cakap dan kempen Dr Zamry akan mudah diterima tetapi sebaliknya cakap dan kempen Ir Nizar lebih diterima .

Tan Sri Mahuyudin cuba menafikan bahawa keputusan PRK Bukit Gantang sebagai bukan pungutan suara rakyat terhadap kepimpinan Najib. Apa yang terbukti ialah slogan Barisan Nasional/UMNO di banner dan poster semasa kempen pilihanraya Bukit Gantang ialah "MOHON RESTU RAKYAT" dengan terpampang gambar Najib . Satu slogan yang secara sedar dan diam-diam disediakan UMNO sebagai usaha mahu mengesahkan sokongan kepada kepimpinan baru UMNO. UMNO melaungkan slogan itu diserata ceruk Bukit Gantang. Keputusan yang diumumkan, UMNO kalah.

Logiknya apakah UMNO akan kalah jika rakyat memberi restu setelah UMNO secara sedar MOHON RESTU RAKYAT ?

Oleh yang demikian keputusan PRK Bukit Gantang ini mengesahkan bahawa pungutan suara rakyat sebenarnya tidak memberi restu atau menolak kepimpinan Najib dan kerajaan haram Perak yang berketuakan Dr Zamry Kadir. Dalam ertikata lain benarlah, ia merupakan satu referendum penolakan UMNO/BN di bawah kepimpinan Najib oleh rakyat.

Itulah hakikat sebenarnya.

Apakah ada pihak masih berdegil untuk tidak mahu membubarkan DUN Perak setelah rakyat memberi isyarat yang jelas ? Apakah Najib akan main-main atau mempersendakan penolakan rakyat terhadap kepimpinan beliau dengan melantik individu rasuah dan buruk moral dalam kabinetnya ? Kita saksikan nanti !

Tuesday, April 07, 2009

Pakatan menang dua 'bukit', BN menang di Batang Ai

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

sumber berita: http://malaysiakini.com/bm

Pakatan Rakyat mendahului

Pakatan Rakyat bergerak ke arah kejayaan. Berjaya di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau tetapi tewas di DUN Batang Ai.

PAS sedang mendahului di Bukit Gantang

Sumber berita dari Blog CINA ISLAM

Dari 21.66 pratus pengiraan kertas undi pas menang majoriti 2624

Pengiraan setakat ini

PAS 7294
BN 4670
Bebas 17
Rosak 55
Majoriti 2624
Pratus sudah dikira 21.66y pratus
Saluran menang 23
UPU 8

DRS. KHALIL IDHAM LIM


Teruknya pilihanraya di Malaysia buat Pakatan Rakyat

Sumber berita dari Malaysiakini


Senario 1 mengikut rentetan masa:


Video saat terkena pemedih mata Apr 7, 09 8:15am

4.15pm Mafrel melaporkan berlaku kekecohan di SJK Chung Hua di Sungai Lalang, kira-kira setengah jam lalu apabila Karpal Singh dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak yang melewati sekolah tersebut dibaling dengan botol air oleh oleh ahli-ahli MIC. Orang ramai yang lalu di situ juga terkena botol yang dibaling itu.

3.40pm SPR mengumumkan, jumlah keluar mengundi di DUN Bukit Selambau meningkat kepada 61 peratus setakat jam 3 petang.

Jumlah ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang penutupan pusat-pusat pengundian pada jam 5 petang nanti.

3.25pm Penulis blog Anil Netto memuatkan klip video yang menunjukkan kumpulan penyokong PAS mengalami keperitan sewaktu terkena gas pemedih mata yang dilepaskan di luar pusat mengundi SMK Pengkalan Aur di Bukit Gantang pagi tadi.

3.20pm Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis terhadap seorang ketua tempat mengundi di SM Sains Sultan Muhammad Jiwa yang didakwa enggan menandatangani borang bantahan ejen tempat mengundi calon PKR di DUN Bukit Selambau.

Laporan polis itu akan dibuat oleh ketua AMK Batu, Rozan Azen.

3.05pm Dua penyokong BN ditegur oleh anggota polis apabila mereka menunjukkan isyarat lucah terhadap penyokong PAS di luar SK Panglima Bukit Gantang di parlimen Bukit Gantang.

3.00pm Sehingga jam 2 petang ini, seramai 55 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi.

Contohnya, di tiga daerah yang ramai pengundi - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - mereka keluar mengundi sejak awal pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai berkaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat.

Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan akan menang.

1.50pm Laman web Mafrel mendakwa pemerhatinya, di sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula membuang undi beberapa kali ke pusat tersebut di Para Petani, Bukit Gantang.

Senario 2:

Kecoh gara-gara 'pengundi hantu' Apr 7, 09 3:24pm Kekecohan tercetus apabila penyokong PAS menghalang penumpang turun dari sebuah bas yang berhenti di SK Panglima Bukit Gantang kerana mengesyaki mereka pengundi hantu.

Menurut saksi, bas dengan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu tiba kira-kira jam 1.15 tengahari tadi, penuh dengan penumpang wanita.

Bas tersebut berhenti di depan sekolah tersebut - yang dijadikan pusat pembuangan undi bagi pilihanraya Bukit Gantang - dan ketika penumpang turun, mereka dihalang oleh kumpulan penyokong pembangkang itu.

Saksi itu berkata, apabila penumpang bas ditanya sama ada hendak pergi mengundi, mereka berkata "tidak tahu".

Susulan itu, kata saksi lagi, berlaku kekecohan antara penyokong PAS dan BN. Bas tersebut kemudian beredar dari situ tetapi beberapa penyokong PAS kelihatan mengekorinya.

Sewaktu kekecohan itu berlaku, seorang penyokong BN kelihatan membaling botol air ke arah penyokong PAS.

Empat trak anggota polis pencegah rusuhan FRU tiba pada kira-kira jam 1.30 tengahari dan bas tersebut dipandu masuk ke kawasan bilik gerakan Umno.


Senario 3:


Petugas PKR DUN Bukit Selambau menahan dan membawa sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gurun kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Naib ketua AMK, Feriz Musa berkata, petugas PKR mengesan kehadiran bas tersebut tetapi tidak tahu ke mana ia pergi.

Bagaiamanpun, katanya, bas itu dikesan semula di Kampung Bukit Lembu pagi tadi.

Katanya, selepas diperiksa petugas mendapati penumpang bukan orang tempatan.

"Berikutan itu kita mengsyaki mereka adalah pengundi hantu dan membuat keputusan menghantarnya ke IPD Gurun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Feriz berkata, beliau dimaklumkan bas berkenaan telah mula dikesan masuk ke Bukit Selambau tengah malam tadi.

Katanya, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengesan kemungkinan ada bas lain yang membawa pengundi hantu ke Bukit Selambau.

Polis tahan dua lelaki

Sementara itu, Berita Harian melaporkan, dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas BN.

Petugas-petugas berkenaan - semuanya lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun - dalam perjalanan ke tempat bertugas di sekitar DUN Bukit Selambau dari rumah sewa mereka di Bukit Lembu.

Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Supt Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan.

Menurut laman web akhbar itu, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.

"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit.

"Mereka kini ditahan di balai polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di Gurun.

Bkt Selambau: 40 peratus mengundi Apr 7, 09 8:15am

Perkembangan terkini PRK, petikan dari mStar.

12.08am Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.

Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.

11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.

Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.

Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.

Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

11.42am Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan.

Sementara 21.92 peratus (7,700) pengundi DUN Bukit Selambau dan 32.41 peratus (2,581 orang) di DUN Batang Ai telah membuang undi.

Setakat jam 11 pagi, 32 peratus pengundi DUN Bukit Selambau telah berbuat demikian. Tiada maklumat terbaru di dua kawasan pilihanraya lain.

11.38am Masih ramai pengundi muda di DUN Bukit Selambau belum keluar membuang undi. Setakat ini, hanya 20 peratus berbuat demikian setakat jam 11 pagi, kata seorang ADUN PKR Sim Tze Tzin.

Wakil rakyat Pantai Jerejak, yang kini berada di kawasan pilihanraya tersebut, berkata PKR akan cuba mengajak lebih ramai pengundi muda - dipercayai cenderung menyokong parti itu - sewaktu makan tengah hari ini.

11.20am Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata jumlah pengundi yang keluar mengundi di pusat pengundian SJKC Simpang di Bukit Gantang mencecahkan 50 peratus selepas dua jam setengah pengundian berjalan.

Di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau, 32 peratus daripada 5,122 pengundi sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

11.00am Penyokong BN dan PAS hampir bergaduh jika anggota polis pencegah rusuhan FRU lambat bertindak di luar SK Ayer Putih di Bukit Gantang.

Penyokong BN didakwa menggoncangkan dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin melawat pusat pembuangan undi tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi sehingga menghalangnya turun di situ.

Rasa tidak puas hati penyokong PAS mendorong mereka marah pada penyokong BN sehingga mencetuskan suasana tegang.

Beberapa puluh anggota FRU berjaya menyelamatkan keadaan dengan memisahkan dua kumpulan penyokong parti-parti tersebut.

10.22am Penyokong BN dan PKR bertengkar di luar SJK (Tamil) Palanisamy Kumaran di DUN Bukit Selambau.

Menurut pemantau pilihanraya Mafrel, mereka tidak puas hati kerana lokasi khemah BN terletak di atas jalan tar manakala kemah PKR diletakkan di jalan yang kotor.

Beberapa anggota PKR masuk ke kemah BN dan bertengkar dengan anggota BN di situ. Polis cuba meleraikan mereka dan mengawasi keadaan.

10.18am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel melaporkan, tiada garisan kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menandakan kawasan larangan 50 meter di luar SMK Aman Jaya, dalam DUN Bukit Selambau.

10.15am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan SK Changkat Jering di Bukit Gantang bersama beberapa penyokong untuk merayu undi dan bertemu petugas di tempat-tempat pembuangan undi yang lain.

Penyokongnya melaungkan "Hidup Nizar, Hancur Umno", sementara penyokong BN menjerit "penderhaka" sewaktu bekas menteri besar itu berjalan ke keretanya.

Menyifatkan peluangnya "cerah", Mohammad Nizar memberitahu Malaysiakini, "alhamdulillah, ada harapan besar."

10.01am Calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di SK Changkat Jering di Bukit Gantang untuk merayu undi dan bertemu petugas parti. Beliau disambut dengan jeritan "boo" daripada penyokong BN.

10.01am Pemantau bebas pilihanraya Mafrel mendakwa kertas undi yang besar dalam DUN Bukit Selambau melambatkan proses membuang undi di SK Sungai Lalang (foto bawah, kanan).

Kertas itu dibuat bagi menampung kesemua 15 calon - termasuk 13 bebas - di kawasan pilihanraya kecil itu yang mencipta rekod calon teramai dalam sejarah Malaysia.

9.48am Kumpulan penyokong PAS di luar SK Changkat Jering, Bukit Gantang "Altantuya, Mongolia", penyokong BN diam.

Pondok PAS kedua-dua parti menarik jumlah pengundi yang sama besar.

9.35am Seorang penyokong PAS - yang memakai topeng mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu - dikejar polis dekat SK Changkat Jering, Bukit Gantang. Lelaki itu melarikan diri dan gagal ditahan polis.

Kira-kira 300 penyokong PAS dan 100 BN saling jerit-menjerit melaungkan slogan. Kumpulan PAS melaungkan "Hancur BN, Hancur", manakala BN pula "PAS munafik."

9.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.

9.15am Calon BN Ismail Saffian di Bukit Gantang menyifatkan pertandingan hari ini dengan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin " persaingan sengit" tetapi yakin akan dapat mengalahkan bekas menteri besar itu dengan majoriti tipis.

Kemenangannya, kata Ismail, satu tanda sokongan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dilantik perdana menteri 3 April lalu.

Sementara para penyokong kedua-dua pihak terus melaungkan sokongan kepada calon dan parti masing-masing bagi merayu pengundi di saat-saat akhir.

9.05am Calon parlimen BN Ismail Saffian selesai membuang undi SK Datuk Panglima Gantang. Beliau disambut laungan "Hidup BN" sewaktu tiba di pusat pembuangan undi itu jam 8.55am.

8.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya, Bukit Selambau. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pagi.

Dengan menyifatkan pengundian itu "hari bersejarah", Manikumar yakin menang dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.

8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.

Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.

Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).

Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.

Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.

Monday, April 06, 2009

Apaalah Mahathir ni....

Sewaktu berucap berkempen di Bukit Gantang pagi tadi, secara langsung di TV lagi ,(SPRM mana ? Tak nampakke penyalahgunaan harta kerajaan untuk kempen UMNO/BN?)Tun Mahathir yang mengaku dia sebagai kuda tua UMNO telah memperli dengan mengatakan di Bukit Gantang ada orang derhaka kepada raja. Kata-kata perli dari orang yang mengaku sebagai kuda tua UMNO itu tidak sukar untuk difahami, ianya sudah pasti ditujukan kepada ir Nizar Jamaluddin.

Istilah 'patik mohon sembah derhaka' Nizar, menjadi hujah orang yang mengaku sebagai kuda tua UMNO itu sebagai benar-benar derhaka kepada Raja. Mudahnya Mahathir berkata-kata tetapi jelas dari kata-katanya walaupun seorang yang boleh dianggap 'negarawan' namun tidak cerdik bunyinya. Kalau bahasa kasarnya b......... nak tulis tak tergamak.

Betullah agaknya Mahathir ini seorang yang jauh dengan jiwa Melayu maka itu dia tidak faham laras bahasa istana raja-raja Melayu. Istilah yang Nizar gunakan telah diketahui oleh semua orang sebagai bahasa beradab seorang rakyat terhadap rajanya apabila rakyat itu secara sopan dan penuh hurmat kepada raja mahu berbeza pendapat dengan raja maka istilah ' patik mohon sembah derhaka ' digunakan. Tak kanlah Nizar akan kata kepada raja , 'patik tidak bersetuju dengan tuanku dan patik tidak akan ikut cakap tuanku' seperti mana Mahathir bercakap dahulu sewaktu mahu menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Di serata tempat kempen menghapuskan imuniti raja-raja Melayu, Mahathir menganggah raja-raja Melayu seperti mana dia menyanggah ahli politik pembangkang. Begitulah Mahathir pada waktu itu. Tidak derhaka pula Mahathir ?

Saya kata Mahathir semenjak menjadi si kuda tua UMNO (dia sendiri yang mengaku) semakin tidak cerdik kerana gagal memahami bahasa istana. Rakyat sering kali menggunakan kata-kata " Ampun tuanku sembah patik harap diampun", bila pulak rakyat buat salah dengan tuanku sehingga beria-ia meminta ampun ?

Itulah tidak cerdiknya Mahathir....rakyat bercakap dengan raja begitu, kerana minta maaf awal-awal secara beradab dengan raja, kalau-kalau percakapan yang akan diperkatakan kepada raja nanti tidak baik bahasanya, mungkin tidak beradab atau mungkin akan menyinggung perasaan raja, atau mungkin akan menimbulkan kemarahan raja. Jadi minta maaflah awal-awal. Itu je bendanya bukan kerana rakyat itu derhaka.

Apalah Mahathir ni !!

Apakah UMNO mempunyai 2 Naib Presiden yang penakut ?

Mengikut blog albanjari online, http://politikbanjar.blogspot.com/ dianggarkan 15 ribu telah hadir ke kawasan yang dijangka diadakan debat antara Datuk Husam dengan Zahid Hamidi pada malam ini. Persoalannya, datangkah Zahid Hamidi untuk berdebat dengan Datuk Husam ?

Sudah hampir pukul 10.30 malam, debat masih belum bermula. Apakah itu petanda majlis sedang menunggu kehadiran Zahid Hamidi ? Datangkah Menteri Agama Islam Hadhari? Rasanya orang ramai pasti kecewa untuk mendengar hujah debat dan bidas antara Datuk Husam dengan Menteri Agama Islam Hadhari itu ? Kalau Khairy saya percaya dia akan datang kerana dia pernah membukti dirinya berani hadir untuk berentap dengan Naib Presiden Pas itu.

Jika Datuk Seri Zahid gagal datang dengan pelbagai alasan yang diciptanya maka lengkapkan UMNO pimpinan baru ini mempunyai 2 orang NaibPresiden yang terbukti penakut dan pengecut atau memang tidak pandai berdebat.

Dulu YB Salehuddin Ayub Ketua Pemuda PAS mencabar Hishamuddin penderhaka bahasa Melayu untuk berdebat mengenai isu PPSMI, mati balik hidup Hishamuddin tidak berani. Senyap kelu Hishamuddin dengan cabaran debat itu.

Kini jika Zahid Hamidi tidak hadir untuk berdebat maka jelas, Zahid Hamidi juga penakut untuk berhadapan dengan realiti isu-isu yang bakal diperdebatkan. Maka Zahid Hamidi juga serupa dengan Hisahmuddin. UMNO mempunyai dua orang Naib Presiden yang penakut atau memang gagap untuk berdebat !

Yang belum teruji hanyalah Shafie Afdal. Kita lihat nanti apakah Shafie Afdal juga seperti Hisham dan Zahid ! Tunggu masanya akan tiba jua.

Teruk betul puak-puak ni..Srikandi keadilan dilondehnya !

Monday, April 6, 2009

(132) ABO @ Bukit Gantang - Srikandi di londeh seluar 18SXG (update)

Kes seorang srikandi Keadilan dilondeh seluar di Bilik Gerakan BN benar2 memalukan. Petugas srikandi yang berumur 20 tahun itu dan masih gadis telah ditarik masuk ke dalam Bilik Gerakan tersebut ketika sedang menjalankan tugas parti. Difahamkan srikandi itu ditarik masuk ketika lalu dihadapan Bilik Gerakan BN.

Walaubagaimanapun, usaha melondehkan srikandi yang berasal dari Pekan Simpang, Taiping itu sedikit gagal, kerana seluar yang dipakai telah ketat diikat dengan tali pinggang, londehan itu hanya berjaya ditarik oleh ahli gerombolan separas pinggul sahaja. Satu percubaan cabul yg gagal dilakukan oleh gerombolan. Ini adalah kerana ahli2 gerombolan telah merasakan bahang kalah yang langsung tidak memihak kepada BN. Dan itulah langkah terbaik mampu mereka pamerkan atas kekecewaan yang bakal mereka terima esok.

Gadis srikandi bersama bloggers masih berada di Balai Polis Simpang, kerana proses laporan Polis masih belum selesai lagi. Sumber sahih ini wak terima dari bloggers di Balai Polis Simpang.


albanjari0 comments Links to this post


sumber berita dari blog:

http://politikbanjar.blogspot.com/

Matilah UMNO...AJK Bahagian keluar UMNO masuk PAS !


Oleh: Saidah Hairan

KUALA SEPETANG, 6 April (Hrkh) - AJK Wanita Umno Bahagian Matang Gelugur Tun binti Harun mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PAS kerana menjemput muslimat PAS membaca yasin di rumahnya.

Beliau berkata, tindakan keluar Umno disebabkan rasa tidak puashati dengan sikap Umno Bahagian yang menyingkirkannya daripada menjalankan tugas dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang.

Penyingkiran itu disebabkan beliau mengikuti kumpulan Muslimat PAS membaca yasin di rumahnya dan tindakan itu tidak disenangi oleh pihak Umno.

Menurutnya, selepas ini ahli keluarga akan mengikut jejak langkah untuk keluar daripada Umno.

Pengisytiharan itu dibuat di rumahnya dan disaksikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta isteri; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Pesuruhjaya; Ustaz Ahmad Awang serta pimpinan PAS negeri.

Beliau turut berceramah bersama-sama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumahnya malam tadi. _

Sumber berita : Harakahdaily

Bermula malam ini sehingga diumumkan keputusan, hati-hati !


Mengikut pelbagai laporan dan ulasan sama ada dari yang berkecuali dan dari yang condong Pakatan Rakyat, trend pengundi lebih kepada calon Pakatan Rakyat. Isu-isu yang didedahkan kepada khalayak pengundi lebih meyakinkan berbanding tiada isu yang meyakin di pihak BN. Hal ini nampaknya diakui sendiri oleh Chua Soi Lek Timbalan Presiden MCA.

Nampaknya gelombang kemenangan Pakatan Rakyat telah kelihatan dengan jelas di saat-saat akhir kempen ini. Namun demikian petugas-petugas Pakatan yang berada di medan perjuangan harus sentiasa berhati-hati kerana senjata yang mungkin tidak diduga akan digunakan oleh kempimpinan baru UMNO/BN untuk memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil ini bagi menaikkan kembali imej Perdana Menteri baru yang kian tercemar dan sukar diyakini integritinya.

Kita tidak bimbang langsung dengan kempen yang mengaku sebagai si kuda tua itu tetapi kita cukup bimbang dengan bas-bas pelancong yang mungkin diiringi oleh pasukan pengawal keselamatan tiba-tiba mula menjadi banyak bermula malam ini. Kita bimbang kereta-kereta mewah yang bercermin gelap yang akan masuk terus hampir dengan pintu pagar tempat mengundi. Kita bimbang kehadiran peti-peti undi ajaib yang entah dari mana datangnya.

Kita bimbang akan ada mayat-mayat yang telah lama terkubur bangkit kembali sebagai pengundi pada hari esok. Kita bimbang Pegawai pengurus pilihanraya tersalah umum nama pemenang dan terus diterima pakai dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana Perdana Menteri kita hari ini ialah Najib Tun Razak, bukan lagi Abdullah Badawi !

Kita perlu sedar orang yang paling hampir dengan Perdana Menteri hari ini ialah isterinya !!!

Sunday, April 05, 2009

UMNO masih berpolitik cara lama

Bukit Gantang – UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah terlalu terdesak dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang (PRK Bukit Gantang) sehingga terpaksa berpakat dengan ‘kongsi gelap’ bagi mengugut dan menakut-nakutkan pengundi (Gambar-Seorang pengundi membaca risalah yang diedarkan oleh petugas Pakatan Rakyat di Par Minggu Simpang)


“Satu pertemuan telah diadakan antara Dato’ Zahid Hamidi dengan satu kumpulan kongsi gelap di sebuah hotel di Taiping baru-baru ini,

“ia bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi terutamanya dari kaum Cina, supaya tidak turun mengundi,

“ia satu tindakan yang tidak beretika, tidak bermoral dan merupakan ‘politik lama’ yang masih diamalkan oleh UMNO/BN,” kata Pengarah Operasi Pilihanraya PAS bagi PRK Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi.

Beliau berkata pihaknya ada perincian pertemuan Dato’ Zahid dengan kongsi gelap tersebut masa dan tarikh serta individu yang ditemui.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak UMNO/BN dan Dato’ Zahid sendiri untuk membuat penafian secara terbuka sekiranya perkara tersebut adalah sesuatu yang tidak benar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata PAS telah menyatakan persetujuan menyahut seruan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jamaie untuk menyertai satu debat terbuka mengenai isu “derhaka kepada raja-raja Melayu”.

“Salah seorang speaker PAS insyaAllah Datuk Paduka Husam Musa, setakat ini, UMNO masih belum menyatakan komitmen menyertai debat tersebut,

“ini membuktikan UMNO tidak berani berdepan dengan rakyat bagi membuktikan siapakah sebenarnya yang derhaka,”katanya dalam sidang media yang diadakan di Markaz Air Kuning hari ini.

Hj Asmuni turut menyatakan keyakinan rakyat dan pengundi Bukit Gantang bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya usaha kempen akan ditingkatkan dalam tempoh 72 jam akan datang menjelang hari mengundi pada 7 April, selasa ini.

“Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) akan melipatgandakan majlis ceramah dan penerangan 30 siri secara serentak di seluruh Parlimen Bukit Gantang mulai hari ini,

“kita yakin, rakyat akan mengundi kita dengan pakej kempen ‘politik baru’ yang menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa,

“dan (rakyat) akan menolak UMNO/BN dengan politik lama yang mengugut dan menakut-nakutkan pengundi serta fitnah dan perkauman yang sempit,”jelasnya.

sumber: http://www.buletinonline.net

Antara kawalan seorang negarawan dengan queen control...

Antara Mahathir's control dan Queen control yang mana yang akan lebih mencelarukan Najib. Kini memang sukar disangkal bahawa pemerintahan Malaysia di era terkini akan berada di bawah dua kawalan tersebut. Tidak pelik selepas ini jika, rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan generasi akan ditentukan masa depan mereka oleh kedua-dua pengaruh kawalan tersebut.

Tiada siapa menafikan keupayaan Najib sehingga berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Namun tiada siapa juga yang tidak akan percaya bahawa kedua-dua pengaruh kawalan tersebut akan mempengaruhi keputusan petadbiran Najib. Apakah peristiwa Tingkat 4 akan berulang di zaman Najib ?

Sebagai seorang ahli politik yang licik, Dr Mahathir telah menggunakan segala kesempatan yang ada kini untuk memasang alat kawalannya. Jika alat kawalannya gagal dipasang Najib pasti akan menerima nasib seperti Pak Lah. Hari-hari dia akan mengecam Najib. Untuk menyelamat dari kecaman Mahathir alat kawalan Mahathir harus diterima pakai oleh Najib. Apakah ianya akan begitu. Kita saksikan !