Followers

Saturday, April 04, 2009

Itu bukan petanda keterbukaan....

Perdana Menteri baru telah memulakan langkah apa yang dikatakannya sebagai perubahan yang berpaksikan rakyat. Membebaskan sebilangan tahanan ISA, membantalkan penggantungan dua buah akhbar pembangkang.

Semua rakyat menyambut baik tindakan tersebut tetapi semua rakyat tidak percaya bahawa itu satu polisi Perdana Menteri baru. Rata-rata di kedai-kedai kopi dan gerai-gerai di serata ceruk tanah air, rakyat membuat analisa tersendiri bahawa itu bukan satu polisi tapi itu satu kempen pilihanraya kecil.

Ada segelintir yang masih sentimental dengan UMNO, cuba meyakinkan bahawa itu satu polisi baru. Namun semakin kuat usaha itu dilakukan, semakin kuat rakyat ramai yang menjueh mulut bahawa itu sebenarnya perangkap yang sangat mengancam demokrasi di negara ini.

Ada yang berkata jika Perdana Menteru baru mengumumkan polisi politik barunya, dia bukan sahaja melakukan dua perkara tersebut tetapi seharusnya mengambil tindakan berani dengan menghapuskan ISA itu sendiri, di samping membenarkan Harakah dan Suara Keadilan menjadi akhbar harian untuk bersaing dengan Berita Harian, NST dan Utusan Malaysia dan lain-lain. Ini tidak pun berlaku dan jangan harap akan berlaku !

Seterusnya, analisis kedai kopi menyatakan, jika sekiranya itu merupakan petanda sikap terbuka Perdana Menteri baru dari UMNO Baru, Perdana Menteri baru harus mengarahkan KDN untuk tidak menghalang isu Perak dan isu Althantuya disebarkan kepada rakyat dalam kempen-kempen di ketiga-tiga PRK tersebut. Tetapi itu semua tidak berlaku.

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri baru bukanlah perkara baru yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Walaupun kita menghargai tindakan yang dilakukan tetapi sesungguhnya ia bukanlah satu polisi baru atau satu reformasi. Ia cuma tindakan untuk membaiki imej diri.

Isunya apakah tindakan itu berkesan ? Pakar analisa politik kedai kopi menyatakan, rakyat tidak mungkin tertipu berkali-kali !!

Friday, April 03, 2009

Kalau UMNO buat tak apa ....!!




Sumber:http://silembiks.blogspot.com

UMNO POLITIKKAN KHUTBAH JUMAAT DIBUKIT GANTANG

Khutbah Jumaat ...sokong calon BN!!

Umno betui-betui haprak!! Hari tu...depa kata Nizar rampas mikrofon masjid. Tapi bila kita siarkan pengakuan imam yang bertugas yang menceritakan hal yang sebenar...Zamry ubah cakap. Tapi tak mengaku dia berbohong!! Orang macam ni hangpa nak pilih jadi wakil hangpa?

Awal pagi tadi...aku post satu suratkhabaq lama. Tu yang berlaku tahun 1996...maka adalah puak-puak yang menyalak mengatakan yang tu cerita basi.

Hari ni..aku post pulak yang terbaru..baru dapat semalam. hangpa tengok sendiri macam mana Umno berlindung disebalik Raja untuk menyalahgunakan mimbar Jumaat untuk berkempen pilihanraya. Sapa yang menyalahgunakan masjid? Hangpa tengok sendiri.Posted by matsamankati | 17:36 | khutbah umno |



Satu salinan teks khutbah Jumaat telah diedarkan kepada semua Imam masjid didalam kawasan Bukit Gantang...untuk dibacakan ketika sembahyang Jumaat hari ini. (3/4/09)

Boleh dikatakan hampir semua orang-orang yang memegang jawatan dalam masjid dah meluat dengan perangai pemimpin Umno. Bila tiba pilihanraya...semuanya nak guna masjid. Habis pilihanraya...tak nampak muka.

Hari tu...Imam masjid Simpang pun dah meluat kat pemimpin Umno...sampai sanggup kedepan untuk bercakap perkara yang sebenar...walaupun dia tau, dia mungkin akan dikenakan tindakan macam Ramlang Porigi.

Hari ni...sorang lagi imam tampil kedepan untuk memberitahu kebobrokan Umno...sampai sanggup mengeluarkan arahan untuk membaca khutbah Jumaat yang meminta orang ramai menyokong calon Umno. Awat la teruk sampai lagu tu?

Tadi...kami semua pi sembahyang Jumaat di masjid berlainan...tapi tak ada satu pun imam yang baca khutbah yang diarahkan oleh Umno. Tapi bila habis sembahyang Jumaat..kami tanya kat imam.

Jawapannya hampir sama...."Tak kebuloq!!!"

Bila kami tanya pasai apa....rupa-rupanya depa dapat arahan dari JAIP supaya jangan baca khutbah Umno. ha..ha..ha... baru ada akai! Dulu masa Jumry jadi Pengarah JAIP...boleh la hangpa katuk kepala imam. La ni Ust. Mohd. Nor Mansor...

Bagi yang tak boleh nak baca jawi...aku salin balik dalam rumi.


Muka depan.

Khutbah Jumaat.

Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Kesetiaan kepada raja dan negara.

7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009

Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

Muka 1.

Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

Muka 2.

Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

Muka 3.

Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

Muka 4.

Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......

(Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

AKU ambik di blog Politik Banjar

p/s : time nak pilihanraya barula puak2 UMNO ingat surau n ingat Islam...celaka punye orang.....sah, memang UMNO dah terdesak kat sana......tunggu nak pupus je....teori RAHMAN dah lengkap...pasni, PRU 13 hancur leburla UMENO


http://silembiks.blogspot.com




Wednesday, April 01, 2009

Tahniah Datuk Shahril

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Shahril Samad. Bagi saya Datuk Shahril hanya satu-satu pemimpin tertinggi UMNO yang ada selepas era Tun Hussein Onn yang berprinsip. Yang lain kalau kita hendak bincangkan soal prinsip mereka, semuanya hampas, termasuklah Presiden baru UMNO Baru.

Soal saya bersetuju atau tidak dengan kerja buat Datuk Shahril sebagai Menteri UMNO tidak timbul. Soal yang saya hendak bangkitkan hanyalah Datuk Shahril satu-satunya spesies pemimpin UMNO yang ada prinsip. Sejarah dia menentang Mahathir dulupun memperlihatkan dia memang seorang pemimpin UMNO yang berprinsip. Hari ini dia sekali lagi menunjukkan dia memang ada prinsip. Dia telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai menteri kerana kalah dalam pertandingan MT UMNO. Pendek kata kalau Datuk Shahril bercakap soal prinsip perjuangan dan pegangan politik UMNOnya bolehlah kita pakai juga. Dia lebih sanggup menjaga kedai dobi semula dari menggadai prinsip UMNOnya.

Saya pernah terfikir empat lima bulan dahulu sebelum pertandingan UMNO dan apabila ada ura-ura dan kehendak mahu mencalonkan Datuk Shahril sebagai Timbalan Presiden UMNO saya agak susah hati. Saya agak susah hati kerana Datuk Shahril kelihatannya ada prinsip. Tetapi apabila pencalonan kepada beliau tidak menjadi saya kembali rasa gembira. Dan apabila Mahyuddin menjadi Timbalan Presiden UMNO lagilah saya suka hati kerana percayalah UMNO tidak akan berubah apa-apa pun. Seperti kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Harun Din, UMNO selepas pertandingan baru-baru ini hanya berubah dari teruk sedikit kepada semakin teruk.

Walaupun saya bukan orang UMNO dan tak 'hingin' pun hendak menjadi ahli UMNO, bagi saya UMNO akan mampu kembali kepada perjuangan asal bangsa Melayunya dan lebih berintegriti apabila Tengku Razaleigh dan Datuk Shahril menjadi pemimpin tertinggi UMNO. Yang lain-lain memang tidak boleh hanya mampu beretorik sepanjang masa termasuklah Syed Hamid Albar.

Tapi itulah UMNO dan perwakilan UMNO, mereka tidak akan pilih pemimpin-pemimpin mereka yang berintegriti dan berprinsip. Bagi mereka memilih pemimpin-pemimpin begini dalam UMNO tidak pulang modal bagi mereka !

PAS tidak akan dibenarkan menggunakan mulut sewaktu berceramah ?

Dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai ini nampaknya pelbagai syarat dan peraturan kempen yang mengarut mulai dikeluarkan. Apakah tujuan peraturan-peraturan seumpama ini dikeluarkan? Adalah jelas peraturan-peraturan seumpama ini dikeluarkan adalah untuk menyusahkan kempen Pakatan Rakyat. Menyekat maklumat yang benar dari sampai kepada khalayak rakyat jelata .

Hari ini tersembur satu lagi larangan dari PDRM agak mana-mana parti tidak menggunakan isu Sultan Perak dan Isu Altanthuya. Menurut mStar isu Sultan Perak. Apa itu Sultan Perak itu ? Apa yang kita tahu tiada isu Sultan Perak.

Yang menjadi isu ialah Najib dengan gerombolannya menggunakan cara yang salah untuk menguasai kerajaan Perak. Dan UMNO/BN telah menggunakan isu Sultan Perak sebagai pelindung bagi membentengi diri mereka dalam berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Dalam soal ini UMNO kelihatannya biadap kerana mengheret istana Perak dalam mainan politik machiavellinya.

Kenapa Syed Hami melarang Pakatan Rakyat menyebut isu Althanthuya ? Apakah Syed Hamid berharap beliau akan dilantik terus menjadi menteri dan dilantik juga menduduki AMT UMNO oleh Najib ? Mungkin ?

PAS pula dilarang berceramah sehingga pukul 12.00 tgh malam sebagaimana biasa. Kali ini PAS hanya dibenarkan berceramah hanya setakat pukul 11 malam. Mengarut sungguh ! Dia UMNO /BN menggunaka semua media pagi petang siang malam, PAS hanya menggunakan ceramah sebagai media utama kempen dipendekkan tempoh Lagi mengarut, kehadiran ceramah PAS tidak boleh ramai , jika melimpah dari kawasan yang dibenarkan, polis akan bertindak. Sakit sungguh hendak melaksanakan demokrasi di Malaysia.

Nampaknya pelbagai lagi larangan akan dikeluarkan selepas ini jika UMNO/BN terus tertekan. Apakah nanti PAS akan dilarang dari menggunakan mulut sewaktu berkempen dan berceramah?

Monday, March 30, 2009

Wanita UMNO di bawah Shahrizat dah isytihar jihad di Bukit Selambau.

(Tu dia....wanita UMNO di bawah pimpinan 'ustazah' Shahrizat dah mula isytihar jihad....)


SUNGAI PETANI: Wanita Barisan Nasional (BN) akan memperhebatkan gerak kerjanya untuk memastikan kemenangan calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya sudah menggerakkan jentera pilihan raya

yang dianggotai ahli peringkat cawangan dan bahagian serta Wanita Umno negeri dari seluruh negara.

"Kita sudah mengatur dan mengagihkan kerja bagi memastikan calon BN mencapai kemenangan," katanya selepas

mengadakan perjumpaan bersama kira-kira 300 petugas Wanita BN DUN Bukit Selambau di sini.

Hadir sama, Ketua Wanita MIC, Datin Paduka P Komala Devi.

Beliau berkata, Wanita BN akan menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk mempertahankan diri, keluarga dan tanah air daripada ancaman yang dikhuatiri hadir bersama parti dan individu berkenaan.

"Kami Wanita Umno menganggap ia sebagai jihad untuk menentukan tidak ada mana-mana individu diberi peluang menghancurkan kestabilan dan kemajuan negara.

"Rakan wanita komponen BN berasa pilihan raya kecil ini amat mustahak dan kami berikrar bahawa negara ini tidak akan dihancurkan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah petugas Wanita BN pada pilihan raya kecil kali ini.

Shahrizat berkata, pihaknya akan membantu sedaya upaya dengan strategi yang lebih berkesan daripada apa yang dilaksanakan pada pilihan raya kecil sebelum ini.

"Kaum wanita tidak suka politiking. Baginya, paling penting ialah menjalani kehidupan dengan lebih baik dalam

sebuah negara yang aman dan stabil," katanya.
(BeritaHarian)

Bukit Selambau - 'Perang' telah bermula...

Sumber: Kedah Lanie


oleh JIN BRABUS


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah telah selesainya penamaan calun pada 29hb mac lalu. Tiada calun utama yang ditolak kertas pencalunannya. Bagai diramal awalnya bahawa inilah PRK yang akan memecahkan rekod pilihanraya di Malaysia bahkan di dunia bila mana calunnya seramai 15 nama telah diterima oleh SPR. Saya meramalkan hanya 12 orang yang akan bertanding pada artikel yang lalu tapi ternyata tersasar dan melebehi dari yang dijangka. Di pagi hari penamaan calun di pihak Pakatan Rakyat cukup meriah dengan kehadiran pengiring2 calun yang menjangkau 19 ribu orang dari berbagai kaum dan bangsa dan ini melebehi dari pengiring calon gerombolan BN sendiri.Tapi biasalah media BN akan mengwar warkan pengiring calun mereka yang diangkut dengan bas2 sekolah dan pesiaran sentiasa melebehi angka dari Pakatan Rakyat. Begitu juga khabarnya di Bt Gantang. Bagi calun bebas mereka datang bersama 20 hingga 30 pengiring mereka dan ada yang datang hanya dengan pencadang dan penyokong mereka didalam borang pencalunan. Begitu juga dengan lambang2 calon yang akan bertanding beraneka bentuk. Bak kata seorang nenek yang ditemui berkata "jadi rambang mata untuk memilih". Tapi saya berkata " Apa susahnya, pangkah bulan sabit pecah dua(PKR) aje".

Selamat Tinggal PKR

Bila adanya pilihanraya maka adalah program keluar parti. Kalau PKR bertanding maka adalah berbondong bondong ahli PKR akan mengistiharkan keluar dari partinya dan kalau PAS yang bertanding maka berseleraklah ahli2nya berlari keluar dari partinya. Semuanya atas alasan yang sama. Tak puas hati dengan pimpinan dan perjuangan parti yang telah menyimpang dari asalnya. Inilah modal lapuk yang sentiasa diputarkan oleh parti gerombolan Ameno. Padahal hakikat yang sebenarnya mereka yang berpecah belah kerana perebutan kuasa, Ameno Bt Selambau dan Bahagian Merbok sendiri pun berpecah belah. Alasan Pakatan Rakyat berpecah hanyalah untuk menutup pekung yang ada pada mereka sendiri. Adakalanya semua ini adalah lakunan semula ahli2 terutama PKR yang memang telah pun keluar parti atau bukan ahli tetapi menyamar sebagai kononnya ahli PKR yang mana skripnya telah pun dibuat terlebih dulu untuk dilakonkan.

Hari ini kita dikejutkan pengistiharan keluar parti oleh Kalaivanar dengan alasan kononnya DSAI lebih zalim dan Mahafiraun dari Mahafiraun yang dulu(TM). Dan kononnya pimpinan atasan tidak berlaku adil tetapi ironinya marahlah dia adalah kerana keinginan dan bernafsunya dia untuk menjadi calun PRK kali ini ditolak. Siapa Kalaivanar dihati pengundi di Bt Selambau?,,,,,bertanding di Gurun pun kalah dan ini setaraf dengan calun BN MIC... Kandas di Lunas tapi nak tunjuk hebat dan kononnya akan membela rakyat BT Selambau. Di Lunas pun masyarakat india tolak ganesan mentah2. Kalaivanar ni kalau caramah akan sentiasa memaki hamun pemimpin BN terutamanya MIC tetapi bila tidak dipilih menjadi calum PKR keadaan sebaliknya. Tak ada jiwa perjuangan lansung........tapi kalau dipilih pun pengundi BT selambau terutama kaum India pun akan menolak si Kalai ni. Seperti kesnya yang didedahkan oleh TV3 dulu. Rasanya akan ada lagi program selamat tinggal PKR lagi selepas ini dan anehnya semua dibuat di KELAB CINTA SAYANG...

Calon Bebas.


Di Bt Selambau khabarnya ada yang dari pertubuhan PEKIDA sama seperti di Bt Gantang. Kalau di penamaan calun Bt Gantang calon bebas tersebut hadir dengan 50 penyokong bebadan sasa dan berbaju hitam lagak panglima. Cuba pembaca perhatikan disongkok tinggi calon tersebut, ada lambang 3 biji butang besi seperti bintang yang melambangkan pertubuhan tersebut. Khabarnya ia ditaja oleh pihak gerobolan Ameno untuk memecahkan undi melayu baik di Bt Selambau mau pun di Bt Gantang. Maka turunlah Ayahanda, abang long dan ahli2 pertubuhan tersebut kedua PRK kali ini yang kononnya untuk mempertahankan ketuanan melayu.. Jadi awaslah petugas2 pakatan Rakyat. Yang penting usah dilayan segala provokasi yang akan dibuat tapi teruskan kempen hingga kesetiap pengundi. Bagi calon bebas cap kerusi pula Radhi Mat Lazam seorang kerani pejabat lawyer di Baling telah di pecat dari PKR kerana pengkianatannya pada PKR Kedah bersama sahabatnya Hidhir yang dulunya seorang reformis tegar menghebahkan nereka akan menang kerana orang melayu terutama dari Ahli2 Pas di Bt Selambau akan mengundi beliau. Tengoklah berapa liciknya propaganda murahan yang dibuat untuk menimbulkan rasa resah di kalangan pengundi Bt Selambau. Padahal para pengundi sendiri tidak lansung mengenali beliau. Bagi pimpinan dan Ketua markas Pakatan Rakyat terutamanya di Markas Induk awasilah anda kerana ada musuh dalam selimut dikalangan petugas di Markas tersebut. Orang ini akan melapurkan segala aktiviti dan maklumat bilik gerakan secara terus dengan pengkianat yang berpusat di Kelab Cinta Sayang. Nanti akan didedahkan petualang ini...........

Wassalam.....jumpa lagi


http://kedahlanie.blogspot.com/


Gagahnya dan gahnya UMNO ?

Bagaimana kelihatan UMNO dalam kempen di kedua-dua pilihanraya kecil di Semenanjung ini ? Kelihatan gagah atau kelihatan huduh dan jelik ?

Saya ingin membuat kesimpulan mudah. Bagi yang tak tahu, UMNO kelihatannya gagah. Bagi mereka yang tahu UMNO sebenarnya tidak bermaya, huduh, jelik dan pembuli besar.

Lihatlah sepanjang kempen ini, UMNO yang kelihatan gagah, di semua saluran TV ada muka UMNO sedang berkempen. UMNO gagah membelasah cukup-cukup musuh politiknya dengan menggunakan bala tentera yang ada; semua saluran TV, PDRM, SPR dan pelbagai agensi kerajaan yang lain.

UMNO tunjuk kononnya dia gagah dengan menggunakan 'bala tentera' membelasah musuh politiknya yang sedang diikat kaki dan tangan dan disumbat mulutnya ! Gagahnya UMNO !!!!

Siapa menggunakan masjid untuk tujuan politik ?

Tidak salah berpolitik di masjid kerana masjid bukan sahaja sebuah institusi agama tetapi juga merupakan institusi masyarakat yang mampu menjana ilmu, sosial. politik dan agama rakyat. Tetapi oleh kerana UMNO parti yang mengamalkan pegangan; agama suku politik suku, maka berpolitik dalam masjid menjadi salah. Serentak itu sentiasalah timbul isu yang menjadi jajaan UMNO ia itu menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Riuh sekarang UMNO, Mahyuddin, Zamry dan Ketua kampung mana entah, dalam TV 9 tadi menuduh ir Nizar menggunakan masjid untuk tujuan politik. Esok pasti mantan Presiden UMNO akan ditanya pemberita sukusakat UMNO. Presiden UMNO baru pun akan memberi komen esok. Merah-merah bibirlah dia komen esok.

Siapa menggunakan masjid untuk berpolitik ?

Zamry, Mahyuddin anak Yasin dan puak-puak UMNO berada dalam masjid itu untuk tujuan apa ? Yang Mahyuddin Yassin ada di situ buat apa? Yang Zamry kata, " kita telah atur program khusus di situ yang telah disusun awal" untuk apa ? Buat program itu sewaktu dalam tempoh kempen kenapa ? Tidak ada orang waras yang tidak akan kata, itu sebenarnya kempen politik ! Menggunakan masjid untuk berpolitiklah tu !!

Ir Nizar, masuk ke masjid waktu maghrib dan dipelawa menjadi imam, tak kan sebagai pemimpin dia hendak menolak. Dalam Islam memang pemimpin yang lebih aula jadi imam. Bila dia dipelawa jadi imam sembahyang maghrib itu, tak kan dia teragak-agak untuk ke depan kerana menjadi imam solat memang lumrah bagi Nizar.

Setelah selesai solat, Nizar dijemput untuk menyampaikan tazkirah kemudian dia dihalang oleh pencacai UMNO dan dia mengundur diri dengan hormat, berpolitik dalam masjidkah itu ? Atau orang yang menghalang itulah berpolitik dalam masjid sebenarnya ?

Salahkah Nizar masuk ke masjid yang kebetulan ada Zamri dan Mahyuddin untuk bersolat maghrib. Kenapa pula bila ada Zamri dan Mahyuddin maka Nizar tidak boleh masuk untuk bersolat di masjid tersebut. Siapakah yang sebenarnya menggunakan masjid untuk berpolitik ni?

Dalam TV 9 tadi, Zamry dan Mahyuddin telah mulai mengguna isu ini dengan memburuk-buruk peribadi Nizar secara tidak bertanggungjawab.

Lihatlah wahai orang-orang UMNO berapa huduhnya parti anda, menuduh orang lain menggunakan masjid untuk tujuan politik dalam keadaan UMNO sendiri yang melakukannya. Nampanya dua kali lima dengan yang dulu, dengan Mahyuddin menjadi Timbalan Presiden UMNO, UMNO jelas kian tenat ! Patutlah, seorang sahabat UMNO dari Johor memberitahu, Mahyuddin sebenarnya tidak disukai oleh orang Johor sendiri. Apakah orang Perak pulak akan suka ?