Followers

Friday, March 27, 2009

Mereka tidak layak menentukan nasib kita....

Tiada apa perubahan berlaku kepada UMNO melainkan berubah orang yang mendokong parti itu sahaja. Seluruh rakyat yang berintegriti yang mungkin masih ada harapan untuk melihat UMNO yang bersih, murni dan mulia dari aspek perjuangan menaikkan imej kerajaan Malaysia dan mendaulatkan bangsa, agama dan negara tercinta hanya akan terus mendengar retorik demi retorik yang serupa dan memenyampahkan.

Retorik yang pertama ialah UMNO akan membuat perubahan yang secucuk dengan kehendak akar umbi rakyat. Kita lihatlah nanti apakah kenyataan ini akan bernar-benar menjadi realiti atau hanya retorik membosankan semata-mata.

Bolehkah 22 juta rakyat Malaysia percaya dan yakin serta meletakkan harapan, kepada wajah dan rupa, yang serupa UMNO itu, 2500 ahli UMNO, yang mengundi yang kononnya menentu nasib seluruh rakyat Malaysia? Pengundi-pengundi persidangan UMNO yang telah hilang integriti, yang setiap hari sebelum persidangan UMNO berkubang dalam lubuk politik wang tidak layak sama sekali untuk menentu nasib dan masa depan Malaysia.

Tanpa menyentuh Presiden UMNO yang baru, bolehkah kita yakin pemilihan mereka betul apabila KJ yang menang, apabila Noh Omar menang, apabila Hamzah Zainuddin menang, apabila Senator Norhayati Onn menang, apabila JJ menang, apabila Bung menang, apabila Mahathir Khir menang, apabila Shahril Samad kalah dan banyak lagi apabila yang menghairankan kita bila melihat wajah-wajah mereka yang menang itu?

Jika kita membuat penilaian yang jujur dan ikhlas jelas pengundi-pengundi UMNO tersebut tidak lulus, malah tidak layak untuk menentukan nasib dan masa depan kita semua.

Gantung Harakah, Suara Keadilan macam hantu takut kukur kelapa

Sumber: Harakahdaily

Ustaz Idris Ahmad | Tue | Mar 24, 09 | 3:03:09 pm MYT

* Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri menggantung Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan mulai 23 Mac 2009.
Itu memang sudah dijangka. Ini mukadimah kepada pemerintahan diktator Najib Razak yang akan mengambil alih negara.

* Alasannya kerana fakta dan berita menyeleweng. Itu tafisran mereka. Menyeleweng kerana fakta yang dikemukakan adalah tepat dan tidak ikut skrip pembohongan mereka.

* Mereka takut isu Altantuya, pendedahan secara terperinci pembunuhan wanita Mongolia itu oleh akhbar Perancis, gejala rasuah dalam parti perasuah Umno yang bersidang 24-28 Mac 2009 dan penyelewengan dan ketirisan dalam projek kerajaan didedahkan oleh akbar popular ini.

* Sepatutnya Umno jangan takut, kerana mereka ada TV1, 2, 3, 7 dan 9. Ditambah pula dengan Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain lagi. Jawablah dengan hujah dan menolak dakwaan yang dikatakan tidak betul dalam media kamu.

* Rakyat hendak dengar juga ulasan daripada media kamu mengenai pendedahan pembunuhan Altantuya di akhbar Perancis. Kenapa tidak saman akhbar tersebut supaya supaya senang rakyat dapat penjelasan dan penerangan.

* Sebenarnya Umno-BN tahu bahwa sekarang rakyat tidak percaya apa yang pemimpin Umno-BN cakap walaupun apa yang mereka cakap itu betul. Kerana pemimpin BN lebih banyak bohong daripada betul.

* Tndakan yang kerajaan buat sudah terlambat dan silap perhitungan. Sekarang bukan zaman Raja Bersiong dan Zaman Batu. Sekarang zaman langit terbuka. Sebenarnya tindakan yang dibuat ini bagus untuk Pakatan Rakyat kerana rakyat akan bertambah marah kepda Umno-BN.

* Hakikatnya mereka yang membeli Harakah dan Suara Keadilan, mereka yang celik IT yang sentiasa mendapat maklumat di hujung jari. Mereka inilah yang sentiasa buat perubahan dalam masyarakat. Mengajak dan menyebarkan fikrah perjuangan kepada masyarakat untuk menentang Umno-BN di negara ini. Walaupun kamu gantung Harakah dan Suara Keadilan tidak menjadi halangan untuk kami ajak rakyat untuk tolak BN

* Insya-Allah dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan BN akan lebih memberi semangat lagi kepada rakyat untuk bangkit tolak BN di dua Bukit dan Batang Air, Sarawak.

* Pergantungan ini tidak ubah seperti orang tua-tua kata hantu takut kepada kukur kelapa. Macamlah juga dengan pemimpin Umno yang takut dengan Harakah dan Suara Keadilan. Insya-Allah ini satu lagi syarat tanda Umno sudah berada di penghujung hayat dan akan dikebumikan tanpa batu nesan. Takbir. - lanh

Tuesday, March 24, 2009

Pakatan Rakyat akan kalah di 2 Bukit ? - Malaysiakini

Melihat kepada keadaan yang berlaku sehari dua ini, belum tentu Pakatan Rakyat akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau. 'Kuku tajam' Najib sudah mulai mencengkam. UMNO akan berusaha hanya untuk menang walau apa cara sekalipun. UMNO akan buat apa sahaja. UMNO akan guna apa sahaja. UMNO akan pasti langgar apa sahaja.

UMNO sudah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak. UMNO sudah melanggar Perlembagaan Malaysia. Siapa percaya UMNO tidak akan melanggar peraturan SPR dan peraturan apa sahaja yang ada. UMNO yang ada kini bukan berwajah Pak Lah dan Jeane lagi tapi UMNO sekarang UMNO berwajah Najib dan Rosmah.

Akan berlaku krisis perlembagaan ? UMNO mana yang akan bimbang jika berlaku krisis perlembagaan ? UMNO mana yang akan serabut jika imej di mata dunia menjadi teruk. UMNO bukan parti yang bimbang itu semua. Kalah mempertahankan Batu Putih pun UMNO tidak pernah merintih dan hiba.

Di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, pasti UMNO akan buat apa sahaja....apa sahaja untuk menang.

UMNO membuat apa sahaja telahpun bermula.... Permit Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan. Ceramah Anwar disembur gas. Ceramah pengisytiharan calon PAS dipendekkan. Ramai penyokong Pakatan Rakyat ditahan polis. Pada pukul 8 malam tadi semua rangkaian TV melaporkan persidangan UMNO !

Apakah tidak mungkin UMNO akan mengarah PDRM tidak membenarkan ceramah dan kempen Pakatan Rakyat dilakukan disepanjang tempoh berkempen atas alasan keselamatan awam. Mustahil ? Tidak ada yang mustahil jika UMNO mahu melakukannya. Itu UMNO kan !

Dalam keadaan ir Nizar masih Menteri Besar, UMNO lantik Dr Zamry jadi Menteri Besar Perak.
Penggantungan sesuatu penerbitan akhbar, biasanya dengan alasan tetapi penggantungan Harakah dan Suara Keadilan tanpa alasan sepatah pun.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat perlu mencari majoriti paling besar agar segala hantu jembalang, pontianak dan jerangkung yang dibawa masuk hantu raya UMNO tidak akan membawa makna apa-apa kepada UMNO. Jika tidak Pakatan Rakyat akan kalah !

Sunday, March 22, 2009

UMNO mulai hendak rebah

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung. Pertandingan antara mereka juga akan berlangsung kecuali Ali Rustam monyok terpelesuk dicelah pemainan politik Najib dan Mahyuddin.

Tidak pasal-pasal orang lain yang buat rasuah, Ali yang kena hukum. Lembaga Disiplin kata Ali tidak terlibat cuma orang bawah dia sahaja yang melakukannya jadi Ali mesti dihukum. Kata LD UMNO Alilah yang bertanggungjawab. Apa punya undang-undang macam tu ?

Bagi umum pula alasan LD UMNO itu tidak munasabah. Orang bawahan Ali buat rasuah politik itu mestilah ada apa-apa kaitan dengan Ali. Ada pula tidak ada kaitan ! Najib lagilah menghina orang bawahan UMNO yang tidak pernah sedar sentiasa dihina oleh pemimpin mereka. Dalam berita TV 3 Najib kata lebih kurang, kadang-kadang kita pemimpin ini tidak buat pun tapi orang bawahan kita oleh kerana terlalu ghairah berpolitik telah melakukan ini semua. Padan muka ahli-ahli UMNO apabila pemimpin yang buat salah, orang bahawan juga yang dipersalahkan.

Khairy pula seperti cacing kepanasan sekarang. Sibuk buat laporan polis terhadap penulis buku politik Yahya Ismail, "Tuah & Sial Khairy". Khairy kata penulis buku itu memberitahu dia orang-orang UMNO sendiri merancang buku itu untuk memburuk dan memfitnah dia. Itulah Khairy berlagak cerdik tapi b.......h, bukan dia tak tahu yang UMNO tu memang macam tu sejak dari dulu lagi dah. Memburuk dan memfitnahkan orang sama ada betul atau tidak, memang kerja UMNO terutama semasa hendak berlaku pertandingan sesama sendiri.

Hari ini Ibrahim Ali dengan mentor dia Mahathir berusaha membantu Najib melalui Perkasanya. Menjerit mereka soal ketuanan Melayu. Hairan sungguh masih ada lagi orang-orang Melayu yang percayakan Mahathir dan Ibrahim katak ini pasal ketuanan Melayu ? Mereka ini sedang berusaha gigih memujuk orang Melayu di Bukit Gantang khususnya untuk mengundi calon UMNO. Jika calon UMNO menang kerana peranan mereka maka adalah harapanlah dibuat majlis besar-besaran kembalinya Mahathir dan Ibrahim katak dalam UMNO. Bijak...bijak !

Nampaknya pengaruh Mahathir kembali mencengkam UMNO dan selepas perhimpunan Agung UMNo nanti sudah pasti UMNO akan berpecah untuk akhirnya rebah. Tanda perpecahan sudah jelas dan tanda-tanda akan rebah mulai kelihatan. Kita tunggu !