Followers

Saturday, March 21, 2009

Nama UMNO tidak mencerminkan Melayu ?


Sumber: Harakahdaily

Syuaib Zakaria
Wed | Mar 18, 09 | 5:43:28 am MYT

Dalam negara Malaysia, dan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu dirujuk sebagai orang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan berbahasa Melayu.

Tapi, hari ini ketika adat resam mula terpinggir, agama pun terabai, maka yang tinggal cuma bahasa Melayu.

Sehingga ada orang yang berjenaka, sekarang ini yang masih Melayu adalah Keretapi Tanah Melayu sahaja. Nama Tanah Melayu di keretapi itu masih belum ditukar kepada Malaysia. Sesekali difikirkan, ada juga kebenarannya.

Oleh kerana eratnya hubungan Melayu dan Islam dalam negara ini, maka nama-nama insan Melayu kita pun berubah daripada Damak, Daeng kepada Najib dan Khairy. Gelaran India seperti 'Kutty' mungkin boleh berubah menjadi Mahathir.

Itu contoh sahaja. Tiada kena-mengena sama ada dengan mereka yang masih hidup atau mati. Jika terjadi pun, kemungkinan besar contoh itu disengajakan.. ada kemungkinan besar juga.

Kalau perempuan, nama Kenanga ditukar Rafidah dan sebagainya. Malahan nama-nama Islam itu masih dilihat sebagai Melayu pula. Tetapi, bagaimanakah pula dengan nama parti 'Melayu', iaitu Umno?

Umno belum menjadi Melayu?
Dalam hal ini, Tan Sri Khalid Abdullah, 87, salah seorang veteran Umno baru-baru ini mengangkat isu menarik ketika mengulas kelemahan Umno, khasnya yang membabitkan hal ketuanan Melayu.

Isu tersebut adalah hal penggunaan nama Umno (United Malay National Organization) dalam bahasa Inggeris. Menurut Khalid, nama Umno sendiri perlu diubah agar sama pengertiannya sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam bahasa Melayu.

"Kenapa kita perlu memanggil pertubuhan yang menjaga kepentingan Melayu dengan nama Inggeris iaitu Umno (United Malay National Organisation).

"Kenapa tidak kita balik kepada nama asal Umno pada era penubuhannya iaitu Pekembar? Ia ibarat orang Melayu bernama Johan, tetapi kita kini memanggilnya sebagai John? Di mana semangat Melayu?

"Jadi, bagaimana kalau terasnya sudah tidak menampakkan Melayu, kemudian kita mahu perjuangkan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu?

"Kalau semangat nasionalisme sudah tiada, timbullah semangat materialisme sebagaimana yang terdapat dalam Umno sekarang," tegas Khalid.

Khalid nampaknya masih yakin bahawa kalau pun partinya goyah, tapi kalau nama parti itu masih setia bercirikan Melayu maka hal goyah itu tidak mendatangkan masalah besar.

"Cuma Umno itu perlu dimelayukan semula namanya dan kembali kepada Pekembar," jelas beliau.

Pandangan mantan penggiat PKMM
Seorang bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) arwah Shamsiah Fakeh pernah menuliskan hal ini dalam memoir beliau sebagai berikut.

"Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.

"Sebenarnya, dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang," tulis beliau lagi.

Shamsiah Fakeh menambah lagi, "Oleh orang-orang PKMM, nama singkatan PKMM ini dikenali dengan sebutan Pekemam."

Bermaksud, Melayu kiri lebih kuat dan tebal semangat dan jiwa Melayunya berbanding Umno ini. Mereka telah menggunakan nama Melayu pada parti mereka sendiri.

Apakah pandangan Tan Sri Khalid berhubung penukaran nama Umno kepada Pekembar itu akan mendapat 'limpah perkenan Umno' sendiri menjelang Perhimpunan Agung Umno itu, hal itu tidaklah dapat dipastikan lagi.

PAS, PKR lebih tebal dan kuat jiwa Melayu
Jika ditinjau daripada segi nama parti sebagai asas kepada tebalnya semangat Melayu, maka parti pembangkang Melayu seperti PAS dan KeADILan atau PKR adalah lebih tebal kemelayuannya.

PAS adalah Parti Islam Semalaysia dan PKR adalah Parti Keadilan Rakyat. Sementara nama KeADILan pun memang punya makna yang kuat dalam tradisi kemelayuannya.

Daripada nama kedua-dua parti ini pun, kita boleh mencongak dan menghitung, siapakah yang paling tebal jiwa Melayunya. Ternyata PAS dan PKR lebih ke depan memperjuang isu PPSMI kerana jiwa Melayu mereka lebih kuat berbanding Umno.

Parti Umno cuma mendakwa sahaja bahawa mereka memperjuang ketuanan dan bahasa Melayu padahal tindakan mereka tidak mencerminkan sikap dan pendirian tersebut.

Dengan sebab itu, orang-orang Melayu harus lebih berwaspada kepada parti Umno yang disangkakan sebagai pejuang Melayu itu. Lidah mereka menyatakan bahawa mereka itu pejuang hak bangsa dan bahasa Melayu. Walhal, hakikatnya mereka perosak Melayu.

Nama itu sumber kekuatan jiwa. Jika nama Melayu sudah tidak lagi terpahat pada Umno, bermaksud jiwa Melayu dalam Umno telah berkubur. Sebab itu, Umno tidak mansuhkan PPSMI.

Bilakah orang Melayu seluruhnya akan bangkit dan sedar akan hakikat ini, iaitu hakikat bahawa Umno bukan berjiwa Melayu dan mereka tidak perjuangkan bahasa dan bangsa Melayu?

Hanya waktu yang akan memberikan jawapannya.. _

Friday, March 20, 2009

Undang-undang kepada UMNO lain, kepada bukan UMNO lain ?

Begitulah hebatnya UMNO ! Bagi UMNO undang-undang di Malaysia ini, kepada UMNO lain kepada bukan UMNO lain. Inilah yang selalunya berlaku kerana memang sengaja dilakukan begitu. Tafsiran undang-undang yang berbeza untuk UMNO, yang akhirnya tindakan undang-undang juga berbeza.

Gobind Singh Deo "menghenyak" dengan kata-kata kepada bakal Perdana Menteri dalam Parlimen, telah digantung setahun daripada tugasnya. Gobind digantung hanya kerana memaklumkan dalam parlimen ada pegawai penyiasat polis bersetuju dengan dia bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes Tantuya!? Ramai orang kata hukuman terhadap Gobind tidak wajar antaranya ialah Pensyarah Program Sains Politik UKM Dr Ahmad Nizamuddin. Katanya, hukuman tersebut menjadi tidak wajar kerana terlalu berat tetapi bagi UMNO hukuman tersebut adalah wajar walaupun Gobind tidak langsung diberi peluang membela diri.

Dalam kes Ali Rustam, Najib ketika ditanya mengenai kenyataan bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya Lembaga Disiplin jangan melayan sebarang rayuan terhadap mereka yang bersalah kerana ia hanya menjejaskan kredibiliti parti, Najib berkata: ‘‘Tak apalah, dia ada hak untuk merayu, sama ada rayuan itu berjaya atau tidak, ia bergantung kepada Panel Rayuan. Kita tidak boleh nafikan hak untuk seseorang itu membuat rayuan.” Cantik lawa kenyataan Najib bila kena kepada UMNO.

Dalam kes Elie Bukit Lanjan pula, cepat sungguh Khir Toyo suruh letak jawatan sedangkan katanya ceritanya perlakuan peribadi Eli yang terakam video itu di kediamannya sendiri macam Khir Toyo di rumah dia jugalah !

Tapi dalam kes Ali Rustam, tidak pula Khir Toyo gesa Ali suruh letak jawatan sedangkan jelas Ali terlibat dalam rasuah politik wang. Adakah munasabah ajen-ajen Ali bertindak tanpa arahan? Nama pun "ajen-ajen Ali Rustam" ! Siapa yang bagi arahan ?

Punya autanya UMNO, perasuah politik parti dia yang ramai-ramai itu hanya dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti yang sebenarnya tiada gigi langsung itu. Ali Rustam senyum sahaja bila Lembaga Disiplin UMNO menghalang dia bertanding, jawatan Ketua Menteri tetap kekal. Hendak lapur kepada SPRM jauh panggang dari api. Cuma Norza saja yang dihadap ke SPRM itupun kerana Norza orang kuat Khairy !

Satu isu lagi Speaker DUN Perak menggantung Dr Zamry dan Exco-ekco tak sahnya hadir persidangan DUN, SPRM diarah siasat oleh UMNO dan terus datang siasat . Hari ini SPRM kata ada elemen-elemen salahguna kuasa oleh Speaker DUN Perak ! Cekap sungguh SPRM di sini.

Manakala kes yang seumpama itu berlaku di Parlimen di mana Speaker Dewan Rakyat gantung Gobind tidak pulak SPRM datang siasat kemungkinan Pandikar Amin salah guna kuasa ? Hampas dan bentat sungguh SPRM di sini.

Berduyun-duyun pemimpin PAS buat aduan rasuah Ali Rustam yang dibuktikan oleh Lembaga Disiplin UMNO kepada SPRM, sepatah haram SPRM tidak mengeluarkan kenyataan.

Begitulah berbezanya tafsiran dan tindakan undang-undang kepada UMNO dengan bukan UMNO ! Bertuah sungguh siapa menjadi pemimpin-pemimpin UMNO !!!!!

Kerana tuah hanya ada kepada pemimpin-pemimpin UMNO maka diseru agar seluruh ahli-ahli UMNO yang insaf keluarlah UMNO segera !

Thursday, March 19, 2009

UM NO pecah selepas Perhimpunan Agung ?

Pertembungan antara orang Pak Lah dengan orang Najib kian ketara sekarang. Orang Pak Lah mulai marah di atas apa yang dikatakan sikap melampau dan tidak mengenang budi Najib Razak. Orang Pak Lah mendakwa apabila Najib menafikan Ali Rustam sebagai kambing hitam maka cerita Alli Rustam sebagai kambing hitam adalah benar. Kalau tidak, kata mereka masakan Najib tiba-tiba menafikannya. Kata mereka lagi yang mengatakan Ali Rustam menjadi kambing hitam adalah pembangkang dan kenapa Najib perlu melayan tuduhan pembangkang ? Ini membuktikan kisah Ali Rustam sebagai kambing hitam dalam drama politik wang UMNO adalah sesuatu isu yang sukar dinafikan.

Api kemarahan dan tidak puas hati orang Pak Lah telah mulai menyala dan mereka sedang mengatur strategi tertentu jika tidak orang-orang Pak Lah tidak akan bersisa dalam UMNO pimpinan Najib nanti.

Sudah berbunyi di kalangan penyokong Ali untuk mengundi parti pembangkang sebagai protes dalam pilihanraya akan datang. Sikap ini akan ditentukan selepas mengetahui keputusan terhadap rayuan Ali nanti. Jika Ali tidak dibenarkan bertanding maka keadaan retak menunggu belah akan berlaku kepada UMNO di Melaka. Bersiaplah Pakatan Rakyat untuk memerintah Melaka selepas Pilihanraya akan datang.

Sebalik jika Ali dibenarkan bertanding maka semakin ramai ahli-ahli UMNO akan meninggalkan UMNO kerana kecewa dengan sikap kepimpinan UMNO yang tidak ikhlas dalam melakukan reform terhadap parti.

Manakala Khairy yang telah tercalar imejnya, dikatakan tidak duduk diam. Menurut sumber Khairy bukanlah jenis pemuda UMNO yang duduk diam apabila diperlakukan begitu. Dia sedang menyusun strategi tertentu untuk mempertahan maruah bapak mentuanya yang telah dicalarkan oleh Najib.

Menurut sumber UMNO tempatan , Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menerima limpahan keahlian baru dari orang-orang UMNO yang telah menyampah dan meluat dengan parti mereka selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti. Menurut sumber tersebut, beliau menjangka UMNO akan pecah selepas Perhimpunan Agung tersebut kerana UMNO kini tidak lagi ditadbir mengikut perlembagaan parti tetapi mengikut kehendak dan hawa nafsu orang tertentu yang rapat dan menguasai orang penting parti ?

Hanya 4% kuasai BI melalui PPSMI

Sumber : Malaysiakini

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.


"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.

Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.

"Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah," katanya.

Wednesday, March 18, 2009

Tidak terfikirkah ahli-ahli UMNO ?

Semakin UMNO hendak dipulihkan, semakin kronik, buruk dan membusuk penyakit yang dialami oleh UMNO. UMNO kian menderita.Proses pembersihan batang tubuh UMNO yang kononnya sedang dilakukan oleh Najib Tun Razak kian menyiksa 'kesihatan' UMNO. UMNO terus mengidap sakit kronik.

Lihatlah betapa malangnya ahli-ahli UMNO yang mahu melihat UMNO kembali sebagai parti politik yang berwibawa dan berintegriti tidak kesampaian. Dulu-dulu Isa Samad digantung 6 tahun. Kini Ali Rustam cuma hilang hak bertanding. Kononnya agen-agen dia sahaja yang salah dan digantung. Khairy yang juga terlibat rasuah politik cuma diberi amaran.

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO itu dipertikai oleh banyak pihak termasuk oleh veteran Tungku Razaleigh Hamzah. Ada pihak lain pula hanya senyum kambing dengan keputusan tersebut. Mengarut, kata mereka.

Yang menarik perhatian umum ialah kenapa yang kena dakwa politik wang ialah Dato' Norza(didakwa oleh SPRM), Dato Ali Rustam dan Khairy ? Adakah hanya mereka bertiga ini sahaja raja politik wang dalam UMNO. Dengan terdedahnya nama mereka, maka agaknya sudah tiada lagi raja politik wang dalam parti tua itu ? Maka selepas ini title 'Mr Clean' akan dirangkul pula oleh Najib setelah berjaya mengotorkan imej Pak Lah.

Keputusan yang dibuat oleh LD UMNO itu didakwa oleh umum semacam tidak serius, bukan kelihatan mahu menghukum cuma hanya kelihatan mahu memberi kotor sahaja supaya dapat mencacatkan markah dalam pertandingan nanti. Ketiga-tiga mereka itu kalau bertanding pun atau dibenar bertanding pun, mereka sebenarnya telah mempunyai imej comot politik wang ! Itulah politik UMNO, kaedah yang kotor dan busuk digunakan untuk membusukkan yang busuk! Pulihkah UMNO ?

Satu lagi perkara busuk yang sepatutnya ahli-ahli UMNO sudahpun membuat keputusan untuk menyertai PAS atau Keadilan ialah Pak Lah tergamak dibomohkan. Benda-benda seperti ini sudah menjadi senjata dalam usaha menjatuhkan musuh politik dalam UMNO. Orang-orang Melayu yang berjiwa Islami yang masih menjadi ahli UMNO, apakah lagi yang boleh diharapkan kepada UMNO jika perkara karut-marut seperti itu berlaku dalam UMNO ? Presiden UMNO sendiri dibomohkan ? Angkara siapakah ini agaknya. Takkanlah ini angkara PAS atau Keadilan !

Kita sangat bimbang jika nanti negara ini akan diperintah berpandukan kepada nasihat tok-tok bomoh dan tangkal. Na'uzubillah !

Buat pertama kali dalam sejarah negara, bakal Perdana Menteri sarat dengan dakwaan terpalit dengan pelbagai skandal rasuah, seks, pembunuhan dan pemusnahan demokrasi di Perak. Semua dakwaan tersebut walaupun dinafikan, namun masih belum dapat menyakinkan hati-hati kecil rakyat pelbagai lapisan dan masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkembangan skandal-skandal tersebut. Baru-baru ini dalam parlimen bakal Perdana Menteri kelu apabila dihenyak oleh anak Karpal Singh. Akhirnya anak Karpal Singh digantung parlimen menyebabkan masyarakat umum semakin menjadi hairan dan tertanya-tanya kenapa hukuman itu dikenakan kepada Ahli Parlimen Puchong itu ?

Sekadar beberapa contoh di atas, UMNO semakin rusak dan akan menanti binasa sebenarnya. Usaha-usaha yang dikatakan untuk memulihkan UMNO sebenarnya tidak ubah seperti usaha tikus membaiki labu. Persoalannya mengapakah ahli-ahli UMNO menyerahkan kepada 'tikus-tikus' dan 'bapak tikus' untuk membaik-puilihkan UMNO ? Tidak terfikirkah ahli-ahli UMNO atau memang ahli-ahli UMNO jenis tidak ada fikiran ?

Sunday, March 15, 2009

Malang sungguh Malaysia nanti -Malaysiakini

Dr Mahathir berkata Najib menjerut leher sendiri jika memilih kabinet yang mengamalkan rasuah. Maka dapat dianalisakan bahawa banyak betulnya pandangan Mahathir itu. Mana-mana kerajaanpun yang dianggotai oleh kabinet yang rasuah akan meruntuhkan kerajaan itu sendiri bukan sekadar menjerut leher Perdana Menterinya.

Kerajaan akan runtuh kerana dihinggapi barah rasuah. Kerajaan akan runtuh kerana dikuasai oleh kuasa asing yang akan membeli anggota-anggota kabinet yang membuat keputusan dan kerajaan akan runtuh kerana rakyat lambat laun akan mengamuk kerana menyampah dan lapar kerana tiada pekerjaan. Itulah antara bahana apabila kerajaan diterajui oleh kabinet yang rasuah.

Persoalan yang tidak disebut oleh Tun Dr Mahathir sama ada sengaja atau tidak, perasan atau tidak perasan ialah persoalan Perdana Menteri. Bagaimana kalau Perdana Menteri itu sendiri paling dicurigai sebagai bapak rasuah ? Tidakkah itu lebih membahayakan negara?

Nampaknya Tun Dr Mahathir sibuk berkempen untuk anak dia sahaja. Dia tidak nampakkah kaki rasuah bagi jawatan yang lebih tinggi. Dan mengapa Dr Mahathir tidak sebut kepada umum mana satu calon-calon yang bertanding itu bersih, padang firasat dia? Bagaimana dengan Najib Tun yang menang tidak bertanding itu ? Bersih gamaknya Najib tu ....!!

Kalau ikut sifir yang Tun bagi itu, iaitu demokrasi akan pupus jika UMNO memilih pemimpin yang rasuah maka benarlah kaka-kata Tun itu. Contohnya di Perak pupus demokrasi kerana si Najib. Sudah pasti demokrasi akan pupus bila Najib menjadi PM nanti. Malang sungguh negara tercinta ini.