Followers

Saturday, March 14, 2009

Najib memutar belit fakta ?

Najib hendak perbodohkan siapa lagi ? Najib berkata dalam berita TV 3 sebentar tadi bahawa Paduka Sultan Perak menggunakan prinsip yang sama melantik ir Nizar sewaktu melantik Dr Zamry sebagai Menteri Besar. Prinsip yang sama macam mana tu ?

Nizar dicalonkan sebagai Menteri Besar oleh Pakatan rakyat yang menguasai majoriti dalam DUN Perak. Sedangkan Zamry dilantik dalam keadaan majoriti Zamri yang mewakili BN meragukan melalui pertolongan tidak sah oleh SPR. Pertikaian berterusan apabila SPR pandai-pandai mengatakan bahawa surat perletakan dua ADUN itu tidak sah. Persoalannya, bolehkah SPR bertindak sampai ke situ ?

Dalam keadaan begitu bagaimana Dr Zambry boleh dlantik ? Jika itulah keadaannya macam mana Najib boleh mengatakan Paduka Sultan menggunakan prinsip yang sama sewaktu melantik Dr Zambry.

Satu perkara lagi, bagaimanakah Najib boleh mengatakan prinsip yang sama apabila perlantikan Dr Zambry dilakukan dalam keadaan Menteri Besar Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tidak pernah dikenakan undi tidak percaya ?

Nampaknya gaya politik Najib semakin tidak bermoral. Najib akan terus memutar belit fakta semahu-mahunya. Itulah Najib Razak bakal Perdana Menteri ?

Tuesday, March 10, 2009

Jangan bagi hujah dan alasan mengarut !

Memang parti ini akan dibenci terus oleh bangsa Melayu selepas ini. Menyampah rasanya bila mendengar komen yang begitu tergamak dari Menteri Pelajaran menuduh GMP didalangi oleh parti-parti pembangkang.

Komen ini seolah-olah pendokong-pendokong GMP yang terdiri daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu seperti Datuk Hasan Ahmad, Dato Baha Zain, A Samad Saidd an lain-lain, bodoh semuanya, tiada pelajaran semuanya dan tak tahu berfikir semuanya. Agaknya apa yang dia perasan, yang cerdik, yang ada pelajaran dan yang tahu berfikir hanya dia sahaja !

Nampaknya mengikut persepsi dia, kalau apa yang GMP perjuangkan itu betul, parti-parti pembangkang tidak boleh sokong GMP. Pembangkang mesti duduk diam dan perhatikan sahaja! Kalau parti pembangkang menzahirkan sokongan kepada GMP maka akan "menjadilah GMP didalangi pembangkang". Kalau inilah mentaliti seorang menteri maka kita pasti Malaysia akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang bakal hilang kualiti berfikir kerana pemikiran menterinya yang cetek dan bengal.

Menteri pelik kerana katanya kenapalah setelah 6 tahun PPSMI berlangsung kenapa sekarang baru tidak bersetuju ?

Kenyataan ini bagaikan kenyataaan orang yang tidak sedar apa yang berlaku selama ini. Sepanjang yang kita ingat sewaktu mula-mula hendak dilaksanakan PPSMI ini, riuh rendah rakyat menzahirkan bangkangan tetapi pihak yang berkenaan yang memekakkan telinga. Sebaliknya pihak yang berkenaan secara aktif berusaha gigih saban hari dan waktu membentuk public opinion di kalangan rakyat bawahan melalui saluran media mereka. Akhirnya apa yang berlaku seolah-olah macam yang menentang PPSNI golongan minoriti dan menyokong PPSMI majoriti.

Semoga Menteri Pelajaran tidak terus berdolak-dalih dan mencari alasan untuk meneruskan dasar PPSMI selepas ini. MANSUHKAN PPSMI.





Sunday, March 08, 2009

Wahai pejuang bahasa, kami bangga dengan anda.



Semalam satu lagi sejarah mempertahankan Bahasa Melayu telah tercipta. Tokoh-tokoh bahasa Melayu, para pemimpin Malayu yang prihatin Bahasa Melayu bersama rakyat berbilang kaum dan berbilang latar belakang berkumpul dan berarak mempertahankan Bahasa Melayu yang sedang diancam oleh UMNO sebuah parti yang mendakwa sebagai parti Melayu tetapi tidak berjati diri Melayu dan sangat tidak bertanggungjawab terhadap Bahasa Melayu.

Seluruh rakyat yang mencintai Bahasa Melayu amat berbangga dengan keberanian para pejuang bahasa seperti Datuk Hassan Ahmad, Pak Samad Said. Ainon Mohd. , Datuk Baha Zain, Prof Shahril dan ramai lagi yang tidak mampu untuk disebutkan satu persatu. Kami seluruh rakyat marhain ini berbangga dengan tuan-tuan. Walaupun usia kian memamah kudrat, namun jiwa perjuangan tuan-tuan amat kental sekali. Tanpa keperihatian dan perjuangan tuan-tuan bahasa kita mungkin akan pupus di bumi tercinta ini.

Adalah diharapkan respon pertama yang diberikan oleh Perdana Menteri semalam akan memberi cahaya kepada usaha memartabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa segala bidang ilmu terutama bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Jika respon segera oleh Perdana Menteri semalam dibuta-tuli oleh Menteri Perlajaran maka kita perlu terus berarak ke Bukit Gantang, Bukit Selambau dan kalau mungkin ke Bukit Lanjan nanti. Jika mereka ini terus berdegil maka formula yang diberikan oleh Pak Samad Said iaitu mereka ini hanya boleh diajar dengan bahasa undi maka kita akan berkumpul pula pada pilihanraya yang ke 13 nanti. Waktunya semakin hampir tiba....Kita hanya perlu bersiap-sedia untuk terus berada seperti dalam momentum semalam !