Followers

Saturday, February 21, 2009

Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada yang 'bising' -Malaysiakini

Apabila kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menukar Proton Perdana kepada kereta Toyota Camry kecoh seluruh negara. Semua pengampu kerajaan UMNO memberi pelbagai ulasan memperlihatkan betapa berintegritinya kerajaan UMNO/BN, betapa tidak membazirnya kerajaan UMNO/BN dan betapa cermatnya kerajaan UMNO/BN !!

Tetapi apa yang berlaku di Sabah seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily berhubung tindakan kerajaan UMNO/BN di Sabah menukar kenderaan rasmi Proton Perdana kepada Volvo 2.5cc, tiada akhbar dan media pengampu UMNO/BN melaporkannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily seorang pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Inilah rupa kerajaan UMNO/BN kalau Pakatan Rakyat yang melakukannya walaupun terbukti menjimatkan kos, berintegriti dan tidak membazir tetap mereka anggap salah dan akan terus memanggil sayap 'kiri-kanannya' SPRM yang akan bersegera membuat sidang akhbar dan mengeluarkan hukuman bersalah seperti apa yang berlaku kepada Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor.

Di Perak dulu Zahid Hamidi mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat pada waktu itu sebagai tidak patriotik.

Memang patutlah seluruh rakyat terutama rakyat berbangsa Melayu semakin jelek dan benci dengan UMNO. Walaupun begitu UMNO masih belum sedar-sedar dan menganggap 'tubuh badannya' yang kian membusung itu terus mewangi sedangkan ia kian membusuk.

Perjuangan assobiyyah UMNO semakin melemahkan bangsa Melayu-Malaysiakini

UMNO ada sebuah parti politik yang pada asas berjuang atas dasar kebangsaan Melayu. Di awal penubuhan UMNO memang itulah perjuangan mereka. Namun demikian bermula dengan era Mahathir UMNO yang mendakwa berjuang atas dasar kebangsaan Melayu telah mula merubah dasar perjuangan mereka kepada perjuangan UMNOPUTRA. Sama ada orang Melayu sedar atau tidak, sejak dari zaman itu perjuangan UMNO dengan penuh bernafsu adalah atas kepentingan UMNOPUTRA semata-mata.

Asas dakwaan ini tidak mampu ditolak. Semua kerja-kerja kontra kerajaan jika diberi kepada kontraktur Melayu ianya mestilah dari ahli UMNO. Bantuan baja hanya untuk penyokong UMNO. Bantuan kemiskinan pun begitu juga. Setiap bantuan mesti mendapat tanda tangan Yang Berhurmat UMNO, jika bukan orang UMNO maka malang akan menunggu pemohon berkenaan. Pendek kata perjuangan kebangsaan UMNOPUTRA itu memang sukar disorok.

Walau pun begitu UMNO ini memang sebuah parti yang jelek dan oportunis kerana apabila survivalnya tergugat teruk UMNO akan kembali memainkan irama perjuangan Melayu secara lantang. Konon inilah parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu. Konon UMNOlah parti yang menjamin kedaulatan raja-raja Melayu. Konon UMNOlah parti yang mendaulatkan bahasa Melayu. Itulah UMNO yang memang parti yang tidak tahu malu.

Konon demi kepentingan bangsa Melayu, laman web; www.mykmu.net hari ini, laman web yang digerakkan oleh penyokong-penyokong Umno sanggup menghasut ke arah memporak perandakan keamanan rakyat berbilang kaum dengan dakwaan yang tidak berasas. Perjuangan kebangsaan anutan UMNO menjadi hodoh dan ganas dan menggerunkan apabila mengancam Speaker DUN Perak dan dengan begitu tidak bertanggungjawab cuba menghasut Paduka Sultan Perak. UMNO sekarang sedang memainkan api perkauman Melayu secara tidak bertanggungjawab. Jika orang Melayu pada waktu ini termakan hasutan UMNO, bangsa Melayu akan semakin lemah dan akan hilang kehebatan dan kedaulatan di tanah air sendiri.

Kerana undang-undang boleh di tafsir dengan berbagai cara oleh mereka yang belajar undang seperti Sivakumar maka apa salahnya Sivakumar ?

Penulis tidak mengatakan Sivakumar betul dan tidak juga mengatakan Sivakumar salah. Tetapi untuk memastikan Sivakumar betul atau salah bukan cara mendesak Paduka Sultan Perak nyahkan Sivakumar. Kaedah ini memalukan seluruh bangsa Melayu ! Apakah UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang UMNO sendiri cipta itu ? Biar mahkamah yang tentukan sama ada tindakan Sivakumar boleh menjadi keputusan undang-undang atau 'nyahkan' Sivakumar.

Bertamadunlah sedikit wahai UMNO. Kamu yang menghuru-harakan keadaan di Perak, maruah bangsa Melayu yang menerima padahnya kini.

Betullah pengangan dan perjuangan pemimpin dan ahli jemaah PAS yang konsisten menolak perjuangan kebangsaan (assobiyyah) kerana kini perjuangan assobiyyah anutan UMNO itu semakin mengkelam-kabut dan melemahkan bangsa Melayu sebenarnya.

Maka itu, wahai manusia khusus bangsa Melayu kembalilah kepada perjuangan Islam yang syumul ! Allahu Akbar !

Friday, February 20, 2009

SPRM suruhanjaya apakah ini ? - Malaysiakini

SPRM yang dulu bajunya BPR terlalu banyak membuat kerja yang memalukan pihak yang melantik mereka atau pihak yang melantik mereka memang suka SPRM begitu.

Dalam isu lembu di Selangor sempatlah penulis terbaca dalam mStar sebelum berita itu tiba-tiba hilang, bos SPRM mengumumkan bahawa ada bukti kukuh dakwaan salah laku Menteri Besar Selangor dalam kes lembu tersebut. Apa ni SPRM, macam tak kena sahaja. SPRM seolah-olah telah menghukum salah Menteri Besar Selangor tanpa melalui proses mahkamah. Boleh ke buat pengumuman begitu?

Ketua Pesuruhjaya SPRM juga begitu pantas memberitahu akan menyiasat dakwaan salah guna kuasa Speaker dewan Undangan Negeri Perak kerana menggantung Menteri Besar Perak yang tidak diiktiraf oleh ramai rakyat Perak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, bersama enam orang exconya itu.

SPRM juga begitu tegar berkata kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwaan rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional dan ADUN Kulim akan menjejaskan siasatan.

Nampaknya SPRM ini macam hanya ada sebelah mata sahaja. Sebelah mata lagi........... !!

Kes ADUN Behrang dan Changkat Jering , SPRM tidak berbunyi sepatah haram. Tidaklah kata hendak menyiasat ke...apa ke...tak ada ! Yang ada SPRM macam tidak tahu apa yang berlaku.
Begitu juga dengan lompatan ADUN Bota dan ADUN DAP yang seorang tu, langsung tak dikisahkannya ! Aduh SPRM, apa ni ? Sayap UMNO yang ke berapa ni ?

Agak-agaknyanya 'fatwa' SPRM kalau melompat atau berlaku disebelah Pakatan Rakyat mesti ada rasuah atau apa-apa dan mesti disiasat segera. Patutlah Tok Guru hanya bercerita kisah berpuluh tahun dulu tentang Tok Guru pernah hendak dirasuah, esoknya terjongol BPR tiba ke pejabat Tok Guru. Kalau disebelah BN, 'confirm' bersih, walaupun riuh kisah eurocopter, kapal selam, beli ADUN dan macam-macam politik wang UMNO, SPRM terus memekakkan telinga. Sampai sekarang kes rasuah wang UMNO, SPRM masih menyiasat, tidak berbunyi apa-apa pun lagi...lama-lama orang lupa, lepas tu tutup kes ! Tangkaplah seorang dua ikan bilis...! Ikan jerung terus membaham !

SPRM... engkau harapan rakyat terbanyak tapi begini rupanya engkau !

Thursday, February 19, 2009

Raja katak pengampu terulung - Malaysiakini

Siapa tidak kenal raja katak. Melompat ke sana ke mari dalam medan politik tanah air memang sifat semulajadi dia. Selagi ada ruang untuk mengampu dia akan melompat. Dia pernah mengampu Mahathir. Macam-macam dia ampu Mahathir.

Sewaktu dia diterajang keluar oleh UMNO Pak Lah dia cuba mengampu Tok Guru. Tapi Tok Guru tidak makan ampu. Tok Guru cuma melayan dia dengan pendekatan dakwah.Tok Guru berdakwah kepada dia mudah-mudahan dia tidak menjadi katak lagi. Nampaknya usaha guru setakat hari ini tidak nampak jalan.....kerana memang jenis katak, melompat.

Sekarang ini raja katak sudah tidak nampak Tok Guru. Parti Tok Guru yang banyak tolong dia semasa dia kena terajang dulu, dia hentam juga. Tok Guru yang berdakwah kepada dia pun dia pernah sindir. Inilah perangai raja katak yang memenyampahkan orang ramai terhadapnya. Tak tahulah apa jenis katak dia ni.

Hari ini nampaknya dia semacam ampu parti Pak Lah pulak. Macam ampu Pak Lah juga lah! Dia macam mencari peluang mahu melompat balik ke 'kolam tahi' lama dia. Tengoklah sikit lagi. Paling-paling lewat pilihanraya ke 13 nanti. Dia mesti melompat punya! Kalau tak melompat mati kataklah dia selepas ini. Tok Guru mana hendak bagi ihsan politik sekali lagi kepada dia ?

Hari ini dalam persidangan Dewan Rakyat dia sahajalah dengan Bung Mokhtar, Mohd Aziz dan Tajuddin Rahman yang setia dan tidak menderhaka kepada raja-raja Melayu. Pembangkang dan penyokong pembangkang yang mempertahankan hak mengikut undang-undang semua menderhaka ! Kalau hanya pembangkang hulur 'kepala' untuk dipotong oleh mainan politik ganas UMNO, barulah dia kata tidak menderhaka kepada raja.

Bagaimana agaknya dalam hati raja katak, adakah Tengku Razaleigh Hamzah pun menderhaka kepada Sultan Perak sebab Tengku Razaleigh kata Datuk Seri Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah ! Menderhaka jugalah tu....macam Karpal Singh dan Mahathir.

Begitulah raja katak ! Raja katak akan mengampu sesiapa sahaja yang boleh memberi nafas politik kepada dia. Dia adalah pengampu terulung.

Suuudahlah Bung ! - Malaysiakini

PPSMI telah mencetuskan perbahasan hangat di Dewan Rakyat hari ini.

Antara yang menarik ialah hujah Datuk Bung Mokhtar (BN Kinabatangan) yang menyokong supaya PPSMI diteruskan kerana katanya PPSMI mampu meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di kawasannya. Dan dia berhujah lagi dengan mengatakan bahawa dasar PPSMI sangat disokong oleh penduduk di Kinabantangan.


Adalah disyorkan agar pihak Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) pergi ke Kinabatangan membuat kajian prestasi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris para pelajar di kawasan tersebut. Nampaknya dari hujah yang diberikan begitu hebat sekali prestasi mata-pelajaran berkenaan di parlimen Kinabantangan yang berwakil- rakyatkan Bung Mukhtar.
Betapa megahnya dia mengatakan ,walaupun tidak ada pusat tuisyen bahasa Inggeris, PPSMI telah menjadi satu cara anak-anak di tempat dia bertambah mahir dalam bahasa Inggeris.

Kajian juga perlu dibuat sama ada betul atau tidak dakwaan Bung bahawa PPSMI di sokong oleh majoriti penduduk Kinabatangan atau penduduk kinabatanagan sebenarnya tidak faham apa-apa tentang PPSMI itu.

Bung Mukhtar juga perlu diberi perlindungan keselamatan dalam Dewan Rakyat berikut dakwaannya bahawa beliau merasa tidak selamat sewaktu dikelilingi oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu. Teruk dan 'brutal' benar pejuang bahasa Melayu rupanya! terhadap wakil rakyat yang paling sopan dan lemah lembut dalam sejarah ini! Kesian dia...pucat mukanya dan keselamatannya terancam sewaktu dikelilingi oleh interlektual bahasa Melayu yang semuanya kasar-kasar dan ganas itu !!!

Sebenarnya, bolehkah kenyataan Wakil Rakyat yang seorang ini dipercayai? Siapa yang mengancam siapa sebenarnya ? Siapakah yang kasar terhadap siapa? Terfikirkah kita orang-orang seperti Datuk Hassan Ahmad, Samad Said yang baru-baru ini dengan penuh jiwa kemanusiaan membaca puisi anti Yahudi di malam menyokong perjuangan Palestin yang teraniaya, Abu Bakar Chik dan Ainon Mohd betul-betul mengancam keselamatan Wakil Rakyat ini ?

Fikirlah sendiri. Tidak kenalkah kita siapa itu Bung Mukhtar yang pernah bercakap lucah di parlimen dulu ? Suuudahlah Bung !!

Tuesday, February 17, 2009

Integriti moral Eli dipuji - Malaysiakini

Pada ketika ini isu hangat yang diheboh diperkatakan ialah penyebaran rakaman video dan gambar dalam keadaan tanpa pakaian menerusi internet dan khidmat pesanan ringkas EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Elizabeth Wong.

Menurut Eli, apa yang berlaku itu adalah merupakan pencerobohan hak peribadi dan serangan jahat yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuh dan memalukan dirinya.

Memang dalam politik di negara-negara maju skandal seks atau apa-apa isu yang membabitkan persoalan tidak bermoral menjadi senjata utama untuk memusnahkan kredibiliti dan karier politik seseorang. Mana-mana politikus yang terpalit isu ini akan merasakan dirinya wajar meletak jawatan. Ini menjadi amalan biasa di mana-mana kecuali bagi ahli-ahli politik UMNO/BN yang tidak mempunyai integriti moral.

Jika Eli menawarkan diri untuk melepaskan jawatan EXCO dan meletakkan jawatan selaku ADUN Bukit Lanjan ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Perkara yang Eli lakukan dalam kehidupan peribadinya itu adalah hal lain. Tetapi apabila ianya terdedah kepada umum, Eli nampaknya berpegang kepada prinsip moral. Ini adalah satu keberanian dan ini sebenarnya tidak akan merugikan Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat akan lebih dihurmati kerana para pemimpinnya mempunyai integriti diri yang cukup terpuji.

Khir Toyo mendesak agar Eli meletak jawatan. Apakah Khir Toyo yakin dengan perletakan jawatan Eli itu akan memberi peluang kepada UMNO/BN untuk menguasai semula DUN Bukit Lanjan ? Khir Toyo mungkin silap perkiraan politik. Rakyat tahu menilai apa yang berlaku dan siapakah pemimpin mereka mempunyai sikap bertanggungjawab, mempunyai ntegriti moral dan berprinsip berbanding Khir Toyo dan para pemimpin UMNO Selangor sendiri. Rakyat Selangor tidak lupa semasa Khir Toyo menjadi MB ada dua orang Ahli Parlimen UMNO dan seorang Senator yang berkelakuan tidak bermoral yang wajar didesak oleh Khir Toyo agar meletak jawatan. Tetapi pada waktu itu Khir Toyo hanya diam membisu.

Dalam kes Eli ini, jika benar berlaku Eli melepaskan jawatan ADUN maka sikap beliau dianggap berprinsip dan berintegriti walaupun beliau mungkin teraniaya seperti Nasha Aziz dan sikap sebenarnya amat terpuji.

Masalahnya apakah sikap berprinsip Eli itu akan dilakukan oleh ahli politik UMNO/BN jika menghadapi masalah yang sama seperti Eli. Sudah banyak terjadi tiada seorangpun ahli politik UMNO/BN yang meletakkan jawatan untuk diadakan pilihanraya kecil. Kita pernah didedahkan dalam mahkamah ada pemimpin UMNO yang 'dating' di luar negara dengan perempuan luar negara. Pemimpin ini tidak pun meletak jawatan! Chua Soi Lek dulu hanya letak jawatan menteri tidak berani atau tidak ada prinsip untuk meletak jawatan Ahli Parlimen.

Ini menunjukkan dengan jelas ahli-ahli politik tulin Pakatan Rakyat lebih berintegriti dan berprinsip dalam tindak tanduk mereka berbanding ahli-ahli politik UMNO/BN yang bersikap opportunis sepanjang masa.

Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?

(Berikut dipetik tulisan Tengku Razaleigh Hamzah veteran UMNO tulin mengenai isu siapa derhaka kepada raja dari mStar online -accudo)

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yangmenderhaka kepada Raja-raja Melayu?

Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"

Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.

Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaan.

SUMBER: mStar Online

Monday, February 16, 2009

Perjuangan ketuanan Melayu UMNO bohong - Malaysiakini

UMNO sering memainkan isu Ketuanan Melayu. Malah sejak dari dahulu lagi UMNO sering melaungkan isu ini. Kali ini UMNO sekali lagi mempermainkan isu ketuanan Melayu dengan menuduh pihak lain menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Bagi UMNO hanya dia sahaja yang setia kepada Raja-raja Melayu, pihak lain walau tunjuk macam mana setia pun kepada raja-raja Melayu dianggap tidak setia dan tetap menderhaka.

Tetapi apabila kita merenung keadaan orang Melayu dari pelbagai segi, pelbagai keadaan dan di pelbagai kedudukan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengatakan setelah 51 tahun kita memberi peluang UMNO memerintah, UMNO sebenarnya tidak ikhlas dalam menjaga ketuanan Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. UMNO sebenarnya beretorik dan melakukan gimik murahan dalam isu ketuanan Melayu demi survival politik mereka. UMNO hari ini sering berbohong dan memperbodohkan orang-orang Melayu dengan isu ketuanan Melayu demi golongan UMNOPUTRA mereka semata-mata. Inilah UMNO sebenarnya.

UMNO sering mendakwa memperjuangkan dan membela ketuanan Melayu. Setelah 51 tahun merdeka apakah ini benar? Cuba kita renung fakta-fakta di bawah.

1. Tidak usah untuk mencapai sasaran 50% ekuiti Melayu dalam sektor ekonomi, untuk mencapai 30% pun masih gagal. Bayangkan dalam tempoh 51 tahun ini hanya mencapai 19% sahaja seperti yang didedah oleh Rahim Tamby Chik sendiri di akhir tahun lepas, dalam keadaan kek ekonomi terus membesar.
2. Apa yang telah dilakukan oleh UMNO kepada kuasa Raja-raja Melayu di zaman pemerintahan Mahathir dahulu? Melucutkan imuniti raja-raja Melayu dengan menconteng arang ke muka raja-raja Melayu dengan mendedahkan kononnya pelbagai salah laku Raja-raja Melayu ke serata ceruk.
3. Biasiswa kepada Bumiputra yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia telah ditukar tanpa persetujuan orang-orang Melayu menjadi pinjaman.Menjadi begitu ramai anak-anak Melayu dijajah UMNO sendiri parti harapan mereka, dengan hutang besar yang membebankan.
4. Bahasa Melayu telah dilemahkan peranannya dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan melalui Dasar PPSMI. Sebelum itu memansuhkan tulisan Jawi dari jiwa orang Melayu.
5. Begitu ramai orang-orang Melayu dihalau dari kampung-kampung setinggan kerana faktor pembangunan ekonomi, yang dahulunya Tun Razak dan Dato Harun telah memperjuangkan penempatan orang-orang Melayu di bandar-bandar dan kota.
6. Menindas negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh bukan UMNO seperti apa yang berlaku di Kelantan, Trengganu dan baru-baru ini pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Kedah mengenai isu babi. Apa yang UMNO lakukan di Perak konon atas dasar menjaga hak-hak Melayu adalah paling biadap dan memalukan oran Melayu sendiri.
7. Menghalang kerajaan Kelantan sebuah kerajaan Melayu melaksanakan Hudud dan menuduh hudud yang hendak dilaksanakan tu sebagai Hudud PAS. Mana pula hudud UMNO? Jelas memang UMNO tolak hudud.
8. Menjadikan royalti minyak negeri Trengganu sebuah negeri Melayu sebagai wang ihsan. Apabila UMNO perintah semula Trengganu, tukar balik jadi royalti tetapi wang entah ke mana dibazirkan.

9. Simpanan wang tunai 90 peratus orang-orang Melayu di dalam bank hanya dalam lingkungan RM6000 hingga RM10000 sahaja selama 51 tahun UMNO/BN memerintah jika dirujuk penyata ASN/ASB tahun 2008.

10. Anak-anak Melayu yang tamat persekolahan masih begitu ramai yang tidak mempunyai kemahiran survival tahap sederhana dan tinggi untuk berdikari.Lepas sekolah mereka tak tahu hendak buat apa! Inilah produk yang UMNO lahirkan melalui sistem pendidikan canggihnya!!

11. Jatuhnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Yang dahulunya terlepasnya Singapura itu sendiri kepada Lee Kuan Yew.

12. Membaling batu sembunyi tangan dalam kes konflik politik di Perak dengan bersembunyi di sebalik tabir kekebalan istana.

Kalau hendak dikemukakan fakta bahawa UMNO bukan pembela dan penjaga ketuanan Melayu memang terlalu banyak. Maka jika itulah yang dikatakan UMNO pembelaan kepada ketuanan Melayu, baik tak payah. Orang Melayu semakin mundur, semakin ramai miskin negara sendiri semenjak UMNO mendominasi pemerintahan Malaysia. Orang Melayu kini ramai yang bergaya tapi sebenarnya tak ada apa-apa.Yang terus kaya raya ialah golongan dan kaum elit UMNOPUTRA ! Inilah realitinya!

Oleh yang demikian diharap para pemimpin UMNO jangan berbohong lagi mengenai isu ketuanan Melayu. Dan kita tidak seharusnya tertipu berkali-kali dengan apa yang UMNO lakukan kerana UMNO sebenarnya belum insaf-insaf lagi.

Nizar masih Menteri Besar yang sah.

Tengku Razaleigh Hamzah
Sun | Feb 15, 09 | 10:38:25 am MYT

(Walaupun ramai khalayak telah tahu dan amat memahami apakah punca konflik politik yang memalukan di Perak namun blog ini berhasrat sekali lagi memaparkan tulisan YAM Tungku Razaleigh Hamzah seorang UMNO tulin yang ditolak oleh perwakilan UMNO Baru . Tulisan ini mungkin pernah dibaca oleh ramai orang di mana-mana akhbar online atau mana-mana blog namun blog ini mahu turut menyiarkan tulisan ini sekali lagi sebagai penegasan sikap dan pandangan yang berterusan terhadap perbuatan jelik dan keji pihak UMNO di bawah pimpinan Najib Razak – accudo. )

Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.

Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

_________________________________ Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com _

Sumber : HarakahDaily

Sunday, February 15, 2009

Bangsa Melayu mesti belajar berpolitik dengan bangsa Cina - Malaysiakini

Apa hebatnya politik kaum Cina ? Sebenarnya tidak ada hebatnya politik kaum Cina. Cuma kaum Cina berpolitik secara jujur, berintegriti dan berkredibiliti terhadap jati diri dan survival bangsa mereka. Itu sahaja kelebihan mereka berbanding cara kaum Melayu berpolitik. Mereka benar-benar dan bersungguh-sungguh menjaga hak dan survival kaum mereka. Mereka menjaga ekonomi mereka secara telus. Mereka menjaga bahasa mereka. Mereka menjaga kepentingan kaum mereka. Jika pemimpin mereka merasakan mereka tidak mampu, mereka silih berganti meletak jawatan. Parti-parti politik kaum mereka silih berganti menjaga kepentingan kaum Cina tanpa menjadikan ideologi politik masing-masing sebagai halangan.


Kaum Melayu ? Semenjak Mahathir memerintah kepentingan kaum Melayu semakin terhakis. Orang mungkin menyanjung Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri yang cemerlang. Dr Mahathir mungkin cemerlang untuk dirinya tidak untuk kaum Melayu. Orang mungkin berkata semenjak Mahathir memerintah kaum Melayu semakin senang dan semakin kaya. Benarkah begitu ? Cuba kaji balik siapa yang senang dan siapa yang kaya itu? Di bandar-bandar kita masih sukar melihat kedai-kedai kaum Melayu

.

Keadaannya lebih kurang sama dengan zaman sebelum Mahathir memerintah. Kalau ada orang kata, mana pula tiada perubahan, sebenarnya sudah ada sedikit perubahan. Walaupun tak banyak tapi sudah ada kelihatan kedai-kedai kaum Malayu di bandar-bandar. Janganlah nafikan langsung !


Kita sebenarnya mesti bersikap ikhlas dan realistik, apakah selama 22 tahun memerintah Mahathir dan UMNOnya hanya mampu melahirkan hanya sedikit kedai-kedai Melayu di bandar-bandar sudah boleh dianggap satu kecemerlangan. Kalau inilah standard penilaian kaum Melayu, kaum Melayu itu sebenarnya bersikap sentimental dan sampai bilapun keadaan kedai-kedai kaum Melayu di bandar-bandar tetap akan macam itu, sedangkan kek ekonomi semakin membesar. Jadi apa lebihnya zaman Mahathir ?


Di sambung pula oleh zaman Abdullah, keadaan menjadi semakin teruk. Peluang ekonomi orang Melayu agak terbatas dan terhad. Di akhir tahun lepas Tan Seri Rahim Tambi Chik menyatakan pencapaian ekuiti orang Melayu hanya dalam sekitar 18 peratus lebih sahaja sehingga tahun 2008. Orang Melayu diam seribu bahasa, senyap tidak terkata.


Apakah ertinya itu, sedangkan kaum Melayu konon katanya mempunyai kuasa politik yang mantap semenjak 51 tahun merdeka ?


Kita tengok apabila Muhkriz Mahathir mahu mencadangkan sekolah satu aliran, semua kaum Cina sama ada parti politik dan juga NGO mereka menentang. Dalam cadangan itu sudah tentu akan ada jaminan dari Mukhriz untuk menjaga kepentingan dan jati diri kaum Cina tetapi kaum Cina mana yang akan percaya dengan jaminan Mukhriz dan UMNOnya itu ? Politik kaum Cina bukan politik eksperimen tetapi politik survival. Kaum Cina tahu jika mereka bermain politik ekperimen, mereka akan hilang jati diri seperti orang Melayu yang semakin hilang jati diri mereka.


Bagi kaum Melayu pula mereka sering membenarkan pemimpin mereka (UMNO) bereksperimen dalam berpolitik. Akhirnya tulisan Melayu (jawi) sudah berkubur. Ekonomi Melayu tinggal nyawa-nyawa ikan. Akidah orang Melayu sudah berderu yang hanyut. Dan kini Bahasa Melayu bakal berkubur jika PPSMI diteruskan. Jika begini apakah survival bangsa Melayu akan terus terjamin ? Kaum Melayu yang terlalu menyokong UMNO dan BN sila tanya diri mereka masing-masing.


Sebelum PPSMI dilaksanakan hanya mungkin bahasa Inggeris sahaja yang bermasalah bagi pelajar-pelajar Melayu. Tapi kini kita lihat betapa ruginya bangsa Melayu semenjak PPSMI dilaksanakan. Bahasa Inggeris pelajar-pelajar Melayu tetap tidak ke mana. Bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu semakin hancur. Sains dan Matematik anak-anak Melayu kian tenat dan terus hilang daya saing.


Bagi kaum Cina walaupun dasar PPSMI dilaksanakan mereka tetap menuntut sejumlah waktu untuk sains dan matematik diajar dalam bahasa mandarin dan mereka dibenar. Sedang anak-anak Melayu belajar sains dan matematik 100% dalam bahasa Inggeris. Inilah kebijaksanaan kaum Cina berpolitik.


Walau apapun yang terjadi asalkan UMNO yang buat walaupun ianya menyusah dan merugikan survival dan jati diri bangsa, kaum Melayu terus memuji memuja secara tidak rasional sebuah parti politik Melayu yang telah membawa negara ini merdeka dari penjajahan British. Sikap sentimental inilah menjadi menjadikan orang Melayu lemah di negara sendiri. Kaum Melayu kelihatan berhempas pulas mahu menjaga UMNO dari menjaga survival kaum Melayu itu sendiri. Hakikat yang sepatutnya, UMNO yang menjaga survival kaum Melayu. Politik terbalik dan mengenang jasa membabi buta menjadi amalan kaum Melayu.


Lihat orang Cina, MCA membawa mereka bersama kaum lain dalam perjuangan kemerdekaan dan kewarganegaraan secara jus soli, tetapi hari ini MCA itulah yang ditolak oleh majoriti kaum Cina kerana MCA lemah dalam menjaga survival kaum mereka. Kaum Cina cukup sedar, permainan politik hari ini bukan permainan politik sentimental dan mengenang jasa, jika mahu jati diri dan survival mereka terjamin.


Adalah diyakini jika minda politik umat Melayu tidak berubah untuk belajar cara berpolitik kaum Cina, UMNO akan terus menerajui sebuah pemerintahan yang akan mengancam jati diri dan survival umat Melayu itu sendiri. Lihat apa yang berlaku di Perak, UMNO memalukan maruah bangsa Melayu menjadi satu bangsa yang sukar dipercayai. Dan yakinlah kerana realiti dan fakta yang ada pada hari ini membuktikan segala-galanya.

PPSMI: Hishamuddin Tun Hussein sedang 'sakit kepala' - Malaysiakini

PPSMI pusaka warisan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir sedang menghantui dan 'menyakitkan' kepala Menteri Pelajaran Dato Hishamuddin Tun Hussein. Sesungguhnya PPSMI adalah isu besar yang bukan sahaja mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu malah sedang mengancam bintang politik Hishamuddin sendiri.


Telah sekian lama sejak dilancarkan oleh Dr Mahathir sebahagian besar rakyat menentang dasar ini. Namun demikian pihak pemerintah UMNO/BN sentiasa memutar belit fakta kesan PPSMI terhadap para pelajar, memekakkan telinga dan membuli tututan rakyat dengan berbagai helah dan alasan apabila rakyat mendesak PPSMI dimansuhkan.


Saman Pemuda PAS pada awal-awal dasar ini dilancarkan terhadap kerajaan telah dibekukan dalam 'peti sejuk' perundangan. Sehingga ke hari ini tidak tahu apa kesudahannya saman Pemuda PAS tersebut.


Nasihat dan kritikan membina oleh para cendikiawan Bahasa Melayu yang berwibawa dan berintegriti dari institusi-institusi pendidikan dan secara peribadi juga dibakul sampahkan.


Demikianlah betapa gigih dan mantapnya UMNO mempertahankan dasar yang sedang menghakiskan kedaulatan bangsa dan bahasa Melayu sebagaimana gigihnya UMNO menghilangkan tulisan jawi dalam jiwa raga orang-orang Melayu dahulu! Inilah wajah dan rupa parti politik yang sering mendakwa sentiasa memperjuangkan jati diri bangsa Melayu !!


Semalam Presiden MCA Ong Tee Kiat sendiri menggesa pihak kerajaan UMNO/BN mengkaji balik dasar PPSMI ini yang begitu merugikan para pelajar khususnya di luar bandar katanya.


Namun demikian masih ada lagi segelintir umat Melayu yang agaknya bagai isi dihujung kuku atas nama perubahan dan sikap pragmatik kononnya mempertahankan dasar ini dan tidak mahu mempelajari sejarah kehilangan tulisan jawi dahulu. Kini golongan ini menjadi terlalu terpinggir apabila Gerakan Mansuhkan PPSMI di wujudkan.


Gerakan Mansuhkan PPSMI bersama-sama NGO-NGO yang menentang dasar ini, kini menjadi igauan ngeri kepada Hishamuddin Tun Hussein dan UMNO sendiri. Tindakan pertama Gerakan Mansuhkan PPSMI ini, yang memberi kesan besar kepada politik UMNO/BN ialah dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu. Sumbangan gerakan ini dalam memenangkan YB Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut sangat besar.


Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) selanjutnya nekad untuk mengadakan perhimpunan raksasa yang mensasarkan penyertaan 100,000 orang pada 7 Mac depan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walau apa juga keadaannya kata Setiausaha GMP, Hasni Abas.

Hari ini pula Gapena telah membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung isu bahasa dengan memperkenalkan PPSMI.

Pendirian Gapena yang hanya mahu membuat laporan polis dan bukannya terus mengambil tindakan mahkamah seperti yang dirancang sebelum ini amat menconteng wajah politik dan 'menyakitkan' kepala Hishamuddin Tun Hussein. 'Sakit kelapa' ini nampaknya tidak akan menjadi 'sakit kepala' yang apabila ditelan ubat akan terus hilang, tetapi sebaliknya ia akan menjadi 'migrain' berpanjangan kepada Menteri Pelajaran itu selagi PPSMI ini tidak dimansuhkan.

Sudah pasti Gerakan Mansuhkan PPSMI ini yang becadang mengadakan demonstrasi 100,000 orang akan memberi tekanan kepada cahaya kegemilangan Hisahamuddin dalam perhimpunan agung UMNO nanti.

Bayangkan jika Hishammuddin dan Kerajaan UMNO/BN gagal mengumumkan dasar PPSMI ini dimansuhkan menjelang perhimpunan Agung UMNO nanti, GMP masih mempunyai medan ampuh untuk mengajak rakyat mengajar UMNO/BN di PRK Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebelum menghukum UMNO/BN dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Nampaknya Hishamuddin Tun Hussein akan benar-benar 'sakit' kepala, melainkan mengumumkan dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti PPSMI dimansuhkan !

SPR memulakan proses kekalahan UMNO/BN di dua Bukit - Malaysiakini

Penetapan tarikh Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau pada 7 April 2009 oleh SPR sebenarnya akan lebih menyusahkan Barisan Nasional terutama UMNO. SPR berbuat demikian dengan harapan untuk 'melegakan' UMNO yang mungkin menghadapi kemelut persaingan dan perebutan jawatan serta rasuah wang sesama sendiri. Bagi SPR jika diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO ia akan dapat membantu UMNO untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua PRK tersebut dan seterus SPR berharap akan memudahkan UMNO/ BN menang nanti.

Niat ada udang disebalik batu SPR itu memang dinafikan oleh Pengerusi SPR. Tetapi apakah SPR merasakan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini semakin hari semakin bodoh dan tongong untuk membaca hanky-panky SPR tersebut ? Karat SPR yang lama masih belum habis dibuang malah masih banyak, datang pula Pengerusi baru terus memalitkan karat-karat yang lebih menjahanamkan kredibilti SPR secara berterusan.

Apabila dikritik begini sudah pasti SPR akan bingkas menempelak dengan hujah-hujah lapuk yang tidak relevan langsung "inilah penyokong pembangkang, kalau menguntungkan mereka, mereka sokong tetapi kalau merugikan mereka, mereka kutuk". Benarkah penyokong pembangkang atau penyokong anti-penyelewengan UMNO/ BN bersikap begitu ?

Sebenarnya pihak yang menyokong pembangkang UMNO/BN juga golongan tahu berfikir dan kami membaca semua aliran media - media kerajaan dan media pembangkang. Sudah pasti dengan pembacaan yang luas golongan yang dikatakan menyokong Pakatan Rakyat lebih tepat dalam menilai sesuatu situasi dan isu berbanding penyokong UMNO/BN yang bagaikan katak di bawah tempurung yang hanya membaca media arus perdana yang mengampu dan lapuk.

Sebab itu SPR tidak perlu marah jika banyak pihak menuduh SPR berusaha melegakan UMNO dengan menetapkan tarikh pilihan raya tersebut pada 7 April 2009. Soalnya apakah strategi SPR yang berperangai sebagai salah satu sayap UMNO itu betul ? Rasanya SPR membuat kesilapan besar.

Parti UMNO mana yang mampu menjauhkan diri mereka dari merasuah perwakilan yang mengundi ? Ini bukan tuduhan malah para pemimpin UMNO yang veteran sendiri tidak yakin UMNO yang ada kini mampu membenteras rasuah wang ini. Apabila ini berlaku sudah tentu banyak wang akan dicurahkan untuk menang. Sedangkan wang juga yang akan UMNO/ BN gunakan untuk PRK nanti. Jawabnya habislah wang yang sepatutnya digunakan untuk meransang ekonomi negara. Kita tengoklah nanti, penyelewengan dan kebobrokkan akan terus berlaku dan semakin terdedah kepada pengundi yang semakin prihatin dan semakin memudahkan mereka membuat penilaian antara kaca dan permata.

Faktor yang kedua, biasanya selepas pertandingan UMNO, para pemimpin UMNO akan berpecah mengikut klik masing-masing. Yang kalah pasti tidak akan berkempen dalam PRK nanti kerana kecil hati dan kecewa. Keadaan yang lebih dahsyat dari apa yang belaku di Kuala Trengganu akan berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Wanita tidak akan bekerja dengan tenaga maksimum. Kalau Khir Toyo menang apakah Mukhriz dan KJ akan membantu pemuda yang akan mengukuhkan Khir Toyo dalam jenama Pemuda UMNO ? Begitu jugalah sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi jika Mahyuddin kalah ? Klik Mahyuddin mana yang akan membantu klik Ali Rustam. Begitu juga sebaliknya.

Bagaimana pula jika Zahid Hamidi tersembam dalam pertandingan Naib Presiden. UMNO pasti akan berpecah bukan pecah bagaikan pinang dibelah dua tetapi bagaikan kaca retak seribu.

Sebenarnya SPR telah membuat keputusan yang sangat silap. UMNO akan terus merana di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana SPR. Yang akan mengundi UMNO/BN nanti hanyalah pengundi-pengundi pos yang terpaksa, pengundi-pengundi saluran satu yang tak tahu apa-apa dan pengundi-pengundi hantu yang beribu !!