Followers

Saturday, January 31, 2009

Bolehkah Dato Seri Najib seperti Erdogen ? ....- Malaysia kini.

Dalam Forum Ekonomi di Davos, Erdogan dengan berani dan tegasnya mengecam secara keras rejim pengganas Israel yang telah membunuh beribu rakyat Palestin yang tidak berdosa. Erdogan mengecam secara berdepan sehingga terkejut beruk Presiden Israel laknatullah itu.

Bukan sahaja mengecam Presiden Israel , Erdogan juga mengecam sikap peserta yang hadir yang bertepuk tangan menyokong ucapan Simon Peres yang cuba merasionalkan serangan Israel ke atas Palestin. Erdogan juga membidas pengerusi sidang bahas yang berat sebelah yang memendekkan ucapannya. Lantas Erdogan bangkit keluar dari persidangan dan pulang ke tanah airnya Turki.

Apa yang berlaku di Davos itu menggambarkan Erdogen adalah seorang pemimpin dan negarawan Islam yang berintegriti dan tulin.

Persoalannya mampukah Datuk Seri Najib yang katanya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti ( ? ) bersikap seperti Erdogen dalam hal-hal untuk mempertahankan umat Islam?

Rasanya, melihat kepada realiti yang ada hari ini, Datuk Seri Najib akan lebih teruk dari Pak lah dalam usaha untuk memartabatkan Islam. Di rumah sendiripun 'mungkin' tak boleh angkat kepala , inikan pula di persidangan-persidangan yang besar.

Azalina Othman 'tembak' Rafidah dan Najib ? -Malaysiakini

Siapakah yang cuba 'ditembak' oleh Datuk Azalina Othman ? Datuk Azalina Othman menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan dalam pertandingan jawatan dalam UMNO sebagai "pengecut".Justru itu beliau menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin.

Kata Datuk Azalina, "Hanya pengecut memilih untuk bertanding di bawah sistem kuota. Puteri Umno tidak pernah mengamalkan sistem kuota ketika era saya dan malah sekarang dan sesiapapun boleh bertanding apa juga jawatan.

"Dan, begitu juga parti-parti lain seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka tiada sistem kuota.

"Saya sedih dengan sistem ini yang tidak menggalakkan demokrasi dalam pertandingan parti."

Nampaknya Datuk Azalina melepaskan 'pelurunya' kerana persaingan dalam Pergerakan Wanita UMNO. Apakah tidak mungkin Datuk Azalina melepaskan geramnya kerana beliau mungkin berhasrat untuk bertanding jawatan tertinggi dalam pergerakan Wanita tetapi dihalang oleh sistem kuota yang menguntungkan pemimpin yang sedia ada, Rafidah Aziz.

Dengan mengutuk sistem kuota ini sedar tidak sedar Azalina juga sebenarnya 'menembak' bakal Presiden UMNO yang terselamat dari saingan Tengku Razaliegh Hamzah ? Apakah Azalina, ingin memberitahu bahawa Dato Seri Najib juga 'pengecut' ?

Semakin hendak dijenamakan, semakin kelam UMNO jadinya - Malaysiakini

Semenjak tertewasnya UMNO di Kuala Trengganu kepada calon PAS dari Pakatan Rakyat, pelbagai pihak dari Dato Najib, para pemimpin kanan dan bawahan UMNO hingga kepada kalangan prof-prof tertentu riuh rendah memberi pendapat dan pandangan bahawa UMNO memerlukan perubahan drastic dan dijenamakan semula. Sayang benar mereka kepada UMNO yang kian reput dan rapuh itu. Tidak salah mereka memberi pandangan dan berusaha menggesa agar UMNO dijenamakan atau diapasahajakan untuk kesinambungan perjuangan UMNO. Buatlah kerana itu parti mereka atau memang mereka berminat kepada UMNO.

Malangnya semua pandangan yang diberi sama ada oleh Dato Najib, Tan Sri Mahyuddin Yassin mahupun dari kalangan Prof-prof tertentu seperti Prof Ahmad Atory kelihatannya tidak mampu untuk menjadikan UMNO menghindari jalan keruntuhan.

Dato Najib memberi idea yang begitu simple iaitu UMNO mestilah mesra rakyat. Kita ingin bertanya, apakah selama ini UMNO tidak mesra rakyat ? Parti lain terutama PAS tidak ada peluang langsung untuk mendekati rakyat. PAS sentiasa disekat dari mendekati rakyat. UMNO sibuk mengendalikan majlis bersama rakyat di sana- sini. Dalam keadaan mendekati rakyat sebegitu rupapun, termasuk ada sumbangan duit lagi, UMNO terus ditimpa kekalahan dalam pilihanraya.

Dato Najib juga mengatakan "Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja."

Nak tergelak mendengar gesaan Dato Najib itu. Macam mana nilai-nilai baik dan positif yang dimaksudkan oleh Dato Najib Itu ? Okaylah tak kira, nilai-nilai baik dan positif atas dasar dan prinsip apapun, tak kisahlah, asalkan nilai-nilai baik dan positif sungguh. Soalnya nilai-nilai baik dan positif ini bukan hanya perlu ada, malah lebih awal lagi perlu dilihat ada dan dilihat dimiliki! Tepuk dada tanya akal, di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, secara jujurnya siapakah agaknya yang ada nilai-nilai baik dan postif dan dilihat ada nilai-nilai baik dan positif itu !!

Nampaknya begitu mudah menyebut untuk menjenamakan semula UMNO tetapi begitu kusut sekali untuk merealitikannya. Dengan permasyhuran Dato Najib sebagai Presiden UMNO pada Mac nanti proses penjenamaan UMNO kelihatan semakin kusut dan kelam. Ini adalah kerana penjenamaan semula UMNO memerlukan perubahan prinsip perjuangan yang islamik, berintegriti, berakhlak dan bermoral agar UMNO tidak menjadi sebuah parti yang tersasar dengan aliran pragmatisme-kapitalisme-sekularismenya. Para pemimpin pelbagai peringkatnya bersih dari sebarang bentuk rasuah, dan peribadi yang terhindar dari sebarang jenis skandal.

Apakah itu semua mungkin dengan rupa paras dan pendokong-pendokong UMNO yang ada pada hari ini ?

Friday, January 30, 2009

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Perdana Menteri Malaysia menjelang Mac nanti ? - Malaysiakini

Parti UMNO semakin hari semakin bercelaru. Pelbagai pandangan yang di keluarkan saban hari bagai tikus membaiki labu. Makin banyak cadangan dan pandangan makin rosak dan semakin buruk imej UMNO. Suasana panik benar-benar menguasai pelbagai peringkat UMNO pada waktu ini. Apa yang jelas UMNO kini sudah tidak berada di atas landasan perjuangan sebenar parti itu. Perjuangan memartabatkan bangsa Melayu kian jauh panggang dari api. Perjuangan menjamin kesucian Islam bukanlah dari jenis parti politik seperti UMNO. Maknanya, berterusan menyokong UMNO akan berterusanlah bencana menimpa tamadun Melayu dan kesucian Islam di negara tercinta ini.
Oleh yang demikian, pandangan dan gesaan YB Zulkifli Nordin dalam blognya agar semua ahli Parlimen UMNO yang mencintai Melayu dan menjunjung kesucian Islam masuk PAS dengan segera bagi membolehkan PAS bersama Keadilan membentuk Kerajaan Persekutuan, harus diambil kira secara serius dan ikhlas.
Apabila kemasukan beramai-ramai ahli Parlimen UMNO ke dalam PAS, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat. Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).

Kata YB Zulkifli lagi ”Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa."

”Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini,” katanya lagi.
Apa lagi yang ditunggu oleh ahli-ahli Parlimen UMNO. Mengapa harus tumbang bersama UMNO yang kian hilang kerelevanannya dalam arus politik negara kini? Golongan yang mencintai Islam sejak dulu lagi melihat UMNO tidak relevan. Golongan reformasi sejak awal-awal kejatuhan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tolak UMNO. Golongan muda telah membuktikan yang mereka menolak UMNO dalam PRK Kuala Trengganu. Golongan cendikiawan bahasa memberi amaran jika demontrasi anti PPSMI esok gagal mengubah pendirian kerajaan terhadap PPSMI, tindakan politik akan mereka lakukan. Semua golongan rakyat kian mula menolak UMNO !
Sekarang golongan ahli-ahli Parlimen UMNO. Bila lagi YB-YB akan bertindak demi bangsa Melayu dan kesucian Islam ? Dato Nasharudin ADUN Bota telah menunjuk jalan !
Apakah tidak layak untuk kita berPerdana Menterikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang atau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Mac nanti, demi kepentingan umat Melayu dan kesucian Islam yang menjamin hak seluruh bangsa di atas muka bumi ini ?

Cadangan Tengku Ahmad Ritahudeen logik - Malaysiakini

Begitu banyak respon terhadap cadangan dan pandangan yang diberikan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen agar sayap-sayap UMNO dibubarkan. Setakat hari ini semuanya tidak bersetuju kecuali beberapa orang golongan veteran. Ada yang marah-marah, ada yang terkejut dan ada juga yang berkecil hati. Begitulah UMNO dan para pemimpinnya, apabila menyetuh kepentingan batang hidung sendiri akan lahir suara-suara menentang. Jika begitu cara berfikir para pemimpin UMNO maka isu politik wang dalam UMNO tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila. Mereka hanya sibuk bercakap sahaja.
Jika mereka kaji secara rasional, cadangan Tengku Ahmad Rithaudeen seorang veteran UMNO yang banyak pengalaman adalah logik. Untuk menghapuskan politik wang dalam UMNO, UMNO mesti mengurangkan pertandingan merebut jawatan. Mesti !
Seolah-olah budaya UMNO kini, apabila ada pertandingan maka akan adalah politik wang. Dengan membubar sayap Pemuda UMNO, Wanita UMNO, Putera UMNO dan Puteri UMNO maka begitu banyak pertandingan dapat dihapuskan. Apakah ini tidak logik dalam membenteras politik wang dalam UMNO ? Logik !
Oleh yang demikian amatlah malang dalam gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar UMNO melakukan perubahan drastik maka cadangan Tengku Ahmad Rithaudeen yang logik dan antara yang boleh dianggap drastik itu di tolak ! Oleh yang demikian tak usahlah lagi UMNO bercakap soal perubahan drastik , ianya pasti tidak akan berlaku kerana itulah UMNO dulu kini dan selamanya akan tetap begitu !!!

Thursday, January 29, 2009

Pemuda, Putera dan Puteri lubuk politik wang ? - Malaysiakini

Sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO tentulah Tengku Ahmad Reethaudeen lebih tahu dari orang lain lubuk politik wang dalam UMNO. Beliau dengan ahli-ahlinya sentiasa mendapat aduan dan laporan mengenai hal itu. Apakah apabila beliau mencadangkan Putera dan Puteri UMNO dibubarkan bemaksud inilah antara lubuk politik Wang dalam UMNO ?

Jika ianya bukan masalah besar sudah pasti beliau tidak akan membuat cadangan yang agak kontraversi dan membangkitkan respon segera dari Presiden, Timbalan presiden dan seluruh kepimpinan UMNO.

Oleh yang demikian jika itu antara punca politik wang dalam UMNO maka seluruh rakyat mungkin bersetuju agar Pemuda, Putera dan Puteri dibubarkan.

Wednesday, January 28, 2009

Tan Sri Muhamad Mohd Taib juga dijangka keluar.... - Malaysiakini

Dalam alasan tidak puas hatinya terhadap kepimpinan UMNO hari ini, ADUN Lintang Datuk Ahmad Fakeh memberi contoh bahawa Kementerian yang di menterikan oleh Tan Sri Muhamad Mohd Taib lebih cepat memberi peruntukan kementeriannya kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO berbanding kepada Wakil Rakyat yang tidak menjadi Ketua Bahagian.

Apa yang berlaku itu sebenarnya tidak sukar untuk difahami kerana Tan Sri Muhamad Mohd Taib adalah salah seorang calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada bulan Mac nanti.

Soalnya apakah jika SPRM menyiasat apa yang didedahkan oleh ADUN Lintang ini, boleh akhirnya menyebabkan Tan Sri Mohamad Taib terkeluar dari senarai calon jawatan Timbalan Presiden UMNO yang akan dipertandingkan ? Sesungguhnya apa yang didedahkan oleh ADUN Lintang itu tidak wajar dipandang ringan kerana ianya membabitkan wang rakyat bukan wang UMNO !

ADUN Lintang Perak pecahkan tembelang -Malaysiakini

ADUN Lintang Perak Datuk Ahmad Fakeh Adam yang dengar khabarnya sedang dalam keadaan 50-50 antara kekal dalam UMNO atau keluar UMNO telah mendedahkan bahawa Ketua-ketua Bahagian UMNO yang hanya mewakili ahli-ahli UMNO lebih dipentingkan berbanding Wakil Rakyat yang mewakili rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa bagi kerajaan pusat!

ADUN tersebut begitu kecewa kerana peruntukan kerajaan pusat kepada wakil rakyat yang bukan Ketua bahagian begitu lambat diluluskan walaupun peruntukan telah ada. Tetapi sebaliknya berlaku untuk Ketua-ketua Bahagian UMNO. Peruntukan akan diluluskan segera.

Inilah wajah UMNO sebenarnya. Wang siapakah yang diluluskan kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO itu. Banyaknya duit UMNO !! ADUN Lintang bagi contoh iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

Siapakah menteri kementerian berkenaan? Apakah sebab menteri itu berbuat begitu ? Kenapa dan mengapakah begitu mudah kementerian tersebut memberi bantuan kepada Ketua-ketua Bahagian ? Sepatutnya peruntukan sebegitu diberikan kepada Wakil-wakil rakyat bukan kepada Ketua-ketua Bahagian UMNO kerana itu adalah wang rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat kaum dan bangsa.

Pendedahan yang dibuat leh ADUN Lintang ini membayangkan negara ini akan hancur jika dibiarkan keadaan yang tidak amanah dan tidak berintegriti ini terus berlaku.

UMNO Perak sedang tenat ? Malaysiakini

Dato Seri Tajol Rosli berkata UMNO Perak tidak terjejas dengan kemasukan ADUN Bota ke dalam PKR. Tetapi pada waktu yang sama UMNO Perak melalui Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Dato Ramly Zahari telah beria-ria memujuk Dato Nasruddin ADUN Bota agar kembali ke dalam UMNO. Apa makna semua ini ?

Begitu gembiranya UMNO apabila wakil mereka iaitu orang-orang yang dikatakan rapat dengan Dato Nasruddin berjaya menghubungi ADUN tersebut. Agaknya 'jampi' apa yang akan digunakan untuk 'reverse'kan ADUN Bota ke dalam UMNO ?

Setakat ini kenyataan para pemimpin UMNO menggambarkan kemasukan ADUN Bota ke dalam PKR kerana ada masalah sendiri. Hebat PKR kerana orang UMNO atau ADUN UMNO yang ada masalah sendiri akan tinggalkan UMNO masuk PKR. PKR tanpa disedari diiktiraf oleh para pemimpin UMNO sebagai penyelesai masalah yang UMNO tidak mampu selesaikan. Banyak benar masalah Dato Nasruddin duduk dalam UMNO ?

Sepanjang yang diketahui UMNO selama ini adalah sebuah parti yang penuh dengan keegoan. Kemasukan Kapten Zahar ke dalam PAS tiada seorangpun yang pujuk kembali kerana UMNO tidak sedikitpun berasa terancam. Ibrahim Ali yang begitu penting bagi UMNO itupun sanggup dibuangnya. Begitu juga dengan Zaid Ibrahim. Itulah UMNO, ia tidak akan kisah apa yang berlaku jika sekiranya perkara yang berlaku itu tidak mengancam survival para pemimpin UMNO.

Tetapi dalam isu kemasukan ADUN Bota, adalah hipokrit jika Dato Seri Tajol mengatakan UMNO tidak terjejas. Silap-silap hari bulan seluruh cawangan UMNO di DUN Bota akan bertukar menjadi cawangan PKR atau PAS. Mungkin juga ADUN-ADUN UMNO Perak yang lain sedang mencari waktu yang sesuai untuk mengumumkan sesuatu. Nampaknya ADUN-ADUN UMNO Perak sekarang sedang bermain catur sesama mereka ! Apakah semua itu tidak menunjukkan UMNO Perak sedang tenat ?

Akhbar Watan dapat sakit ? - Malaysiakini

Akbar Watan akan dapat sakit kerana permainannya sendiri. Dalam keluarannya bilangan 22 Ahad 25-31 Januari , Watan mendakwa YB Abdul Wahid Endut akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Wakaf Mempelam untuk membolehkan diadakan satu lagi pilihanraya kecil di Kuala Trengganu.

Dalam keluaran tersebut, akhbar itu meletakkan tajuk utama muka depan 'Wahid Lepas Adun' dan tajuk kecilnya 'Satu lagi pilihanraya kecil di Terengganu untuk malukan BN' melaporkan dalam intro beritanya bahawa satu lagi pilihanraya kecil dijangka berlaku di Terengganu berikutan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu yang baru, Abdul Wahid Endut.

Akibat dari pandai-pandai menyiarkan berita yang tidak benar itu YB Abdul Wahid Endut telah menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap Watan. Berita Watan yang ditulis sendiri oleh Editor Akhbar Mingguan WATAN, Zabidi Haji Saidi seolah-olah memperlekeh sikap kebertanggungajawab YB Abdul Wahid Endut dalam melaksanakan tugas Wakil Rakyatnya. Sedangkan isu YB ADUN juga menjadi YB Parlimen bukan bukan satu isu dan bukan perkara baru dalam arena politik di Malaysia.

Dengar ceritanya, Zabidi, 50, adalah Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Pasir Gajah, Kemaman, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dari tahun 1995-1998. Padan pun !

Tuesday, January 27, 2009

Gencata senjata telah tamat - Malaysiakini

Gencatan senjata telah tamat. 'Pertempuran' baru akan bermula bila-bila masa. Malah ada yang telah melancarkan perang psikologi ataupun perang saraf secara senyap-senyap. Yang berusaha mencari publisiti atau menonjolkan diri juga telah mula kelihatan.

'Pertempuran' dan pertembungan memang tidak dapat dielakkan. Pemimpin pertama telah berkata, biarkan mereka dulu, perubahan drastik hanya akan berlaku selepas bulan Mac. Justru kesempatan yang ada, yang sangat singkat ini (?) perlu digunakan sebaik mungkin. Cumanya pertembungan kali ini tidak semudah dan selancar biasa kerana bukan Lembaga Tatatertib yang tidak bertenaga itu yang memerhati tetapi SPRM yang sedang melilau biji mata. Atau SPRM melilau kepada yang tertentu sahaja, yang umum tidak kenal dianya siapa.

Pertembungan bermula dengan mengutuk Dato Nasruddin ADUN Bota. Mencabar agak kosongkan kerusi untuk diadakan pilihan raya. Ada yang riuh rendah sampai ekor bergelumang tahi dengan kisah lembu korban. Ada juga yang awal-awal sekat pegawai pusat menghadiri mesyuarat kerajaan negeri. Ada yang sudah memasukkan '40 ahli PAS' yang entah ya entah tidak ke dalam parti. Habislah ahli PAS Melake!! Ada yang awal-awal bergaduh dengan memberi ingatan panas kepada Timbalan Menteri T Murugiah dan Devamany. Yang pasti Rafidah dan Shahrizat belum berbunyi lagi mungkin sedang mengatur strategi atau tergamam dengan apa yang berlaku di Kuala Trengganu tempoh hari.

Walau apapun 'gencatan senjata' telah tamat sebaik selepas pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Sudah pasti kali ini 'pertembungan' akan semakin hebat dan getir. Namun apa yang bimbangi, apakah SPRM akan 'disamatarafkan' dengan Lembaga Tatatertib Tengku Ahmad Reethaudeen oleh puak-puak ini ? Kita perhatikan nanti !

Ali Rustam kecewa tapi gumbira - Malaysiakini

Seorang sahaja baru ahli UMNO yang tiba-tiba masuk PKR 'kuca-lana' UMNO Perak, kelam kabut Tajol Rusli mengadap Datuk Najib. Terus mengaku bertanggungjawab...kesian! Nampaknya malaplah Tajol selepas ini. Entah apa yang dilaporkan tak tahu.

4o ahli PAS (?) kata utusan, dari cawangan Musai Melaka masuk UMNO, pemimpin-pemimpin PAS di Melaka relek je ? Tak ada dengar berita pula pemimpin PAS Melaka hendak mengadap Ustaz Nasaruddin ?

40 ahli PAS masuk UMNO serentak (ramai tu !) maka memang layaklah Ali Rustam bertanding Timbalan Presiden ! Ketua Penerangan UMNO yang sedia ada pun tak mampu macam Ali. Di tempat Ketua Penerangan UMNO itu pun habis ahli UMNO masuk PAS ikut kapten Zahar.

Mahyuddin ? Mahyuddin pemimpin elite macam Wan Farid. Sebab itu Mahyuddin bela Wan Farid di KT hari itu. Mahyuddin tahukah apa yang berlaku di bawah?

Mengenai kemasukan seorang orang UMNO dalam PKR itu katanya Ali Rustam rasa kecewa tapi nampaknya kekecewaan Ali Rustam terubat juga dengan 'kegumbiraan' apabila 40 orang PAS (?) cawangan Musai masuk UMNO ! Bertuah orang Melake !

Pandai Ali Rustam atau Ali Rustam syok sendiri dengan mimpi di siang harinya ?

Monday, January 26, 2009

Apakah ada 'Guantanamo' dalam lokap-lokap polis di negara kita ? - Malaysiakini

Benar tugas polis dalam membenteras penjenayah dan mengawal ketenteraman awam sewajarnya dihurmati. Tugas mereka memang tidak mudah dan kadang-kadang terlalu komplikated.

Namun demikian dalam melaksanakan tugas yang sukar itu, janganlah pula pihak polis hinggakan dituduh menjadi penjenayah kepada penjenayah atau polis dilihat lebih kejam dari penjenayah. Sudah banyak kedengaran berlaku kes kematian dalam tahanan polis. Memang kita tidak perlu memberi layanan lima bintang kepada penjenayah tetapi apa yang dikatakan aktiviti 'mendera' oleh pihak polis hingga mampu menyebabkan kematian itu, tidak sewajarnya dibenarkan berlaku. Dan memang tidak bertamadun jika berlaku.

Biarlah jika ditakdirkan penjenayah itu maut, adalah hasil dari keputusan sebuah mahkamah yang adil bukan dalam tahanan polis akibat dari penderaan dan penyiksaan yang dahsyat dan kejam ! Kenapa boleh sampai paru-paru berair ? Kenapa mesti sampai lebam sana lebam sini ? Kenapa mesti sampai lecur kulit kerana air panas ?

Guantanamo setahun lagi akan dibenamkan oleh Barack Obama tetapi apakah Datuk Seri Syed perlu membiarkan "Guantanamo" terus wujud dalam lokap-lokap polis di negara kita?

Semoga pihak polis kita tidak mudah hilang kewarasan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas kepolisiannya.

Apa? Tajul Rosli ? Masuk PR ? - Malaysiakini

Dalam penafian TPM Datuk Seri Najib, beliau mengatakan semua itu khabar angin sahaja. Tapi dalam kenyataannya itu, beliau hanya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah) bukan beliau benar-benar yakin sudah tidak ada lagi ! Ini bermakna seperti akan ada lagi ADUN UMNO yang tidak diduga oleh Datuk Seri Najib yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Ketidakyakinan Datuk Seri Najib itu dapat tafsirkan dari harapannya kepada semua wakil rakyat BN memikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terutama ketika dalam saat parti amat memerlukan sokongan dan kesetiaan mereka.

Rayu Datuk Najib "Tidaklah wajar sekiranya ada apa-apa masalah peribadi atau perasaan tidak puas hati, kita nak tinggalkan parti ataupun mengetepikan parti dalam saat parti memerlukan sokongan dan kesetiaan kita kepada parti dan perjuangan kita."

Siapakah agaknya yang tidak terfikir oleh Datuk Seri Najib itu ? Apakah tidak mungkin ADUN itu Datuk Seri Tajul Rosli dan ADUN-ADUNnya ? Manalah tahu selepas bertemu dengan Datuk Najib terus isytihar masuk PR ? Pengsan Datuk Najib !!!

Kian tidak relevan dan perlu dibubarkan !?- Malaysiakini

Kemasukan Wakil Rakyat UMNO ADUN Bota Perak ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) salah sebuah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat membuktikan UMNO dan Barisan Nasional semakin tidak relevan. Permainan dan retorik politik UMNO dan BN semakin tidak sesuai lagi dengan tuntutan kehidupan rakyat kini. Rakyat sudah mula bosan dan menyampah dengan gaya berpolitik yang bersifat elitis, tidak bermoral dan tidak berintegriti.

Gaya politik apakah ini apabila seorang menteri kerajaan pusat dengan pendek akalnya mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan pusat agar tidak menghadiri mesyuarat atau perjumpaan dengan kerajaan negeri Perak? Akhirnya ADUN dari negeri menteri itu sendiri rimas dengan apa yang berlaku dalam UMNO lantas cabut lari dari UMNO yang sudah hilang idealisme perjuangan itu.

Gaya politik apakah ini apabila peruntukan untuk kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sering dipermasalahkan dan dilewatkan ?

Gaya politik apakah ini apabila dalam pilihan raya UMNO/BN boleh mengguna seluruh harta kerajaan sebagai alat dan media kempen sedangkan dari mulut busuk mereka sendiri berbuih menyebut soal moral, integriti, benteras rasuah dan keadilan ?

Gaya politik apakah ini apabila turun ke kampung mendakwa sebagai parti pembela umat Melayu sedangkan sesama mereka sendiri berebut menjual harta dan tanah-tanah umat Melayu?

Gaya politik apakah ini apabila bercakap, UMNO mesti ikhlas, mesra rakyat, tidak elitis tetapi apabila turun ke kampung-kampung, menunjuk-nunjuk kereta-kereta mewah jenis terbaru seperti Jaguar, BMW, Mercedez, SUV dan sebagainya? Di keliling pula hingga sukar didekati rakyat marhain oleh barua yang juga berkereta mewah . Rakyat terus tersekat oleh muncikari di sekeliling, terpinggir dan tersingkir, diperbodohkan selepas mendengar ucapan yang penuh kepalsuan dan penipuan. Itulah saban waktu jika ada pemimpin UMNO turun ke kampung-kampung. Janji-janji dari Pilihanraya ke 10 dahulu masih berlonggok belum ditunaikan.

Benar dan percayalah.... UMNO sudah tidak relevan. UMNO bukan memerlukan perubahan drastik tetapi UMNO hanya perlu dibubarkan !! UMNO perlu dibubarkan kerana Dato Seri Syed Hamid Albar mengatakan UMNO akhirnya nanti akan di'hukum mati' oleh rakyat ?.

Semoga seluruh ahli UMNO mencontohi Kapten Zahar dan Dato Nasarudin, tinggalkanlah UMNO dan pilih antara PAS atau PKR. PAS for all !

Sunday, January 25, 2009

'Cedera' UMNO kian perit dan pedih ?

Tan Sri Muhyiddin Yasin menggesa UMNO melakukan perubahan drastik jika mahu terus diterima rakyat. Datuk Sri Abdullah Badawi menjawab bahawa perubahan drastik akan berlaku selepas Perhimpinan Agung UMNO Mac depan. Sebelum bulan Mac, Pak Lah mahu membiarkan dulu pemimpin-pemimpin UMNO berlawan sesama sendiri untuk merebut jawatan-jawatan dalam UMNO.

Muhyiddin yang mungkin resah melihat kemasukan 'drastik' Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar ke dalam PAS dan melihat perubahan drastik yang dilakukan oleh rakyat di Kuala Trengganu 17 Januari yang lalu, menggesa perubahan drastik disegerakan. Pak Lah yang tidak berada di Kuala Trengganu di saat-saat akhir pilihanraya kerana lawatan ke luar negara tidak tahu apa yang berlaku di KT dan seorang PM yang jenis relek, berpendapat perubahan drastik tak perlu disegerakan. Semua adegan untuk perubahan drastik ini ditonton oleh seluruh ahli-ahli UMNO.

Akhirnya perubahan drastik yang agaknya digesa oleh Tan Sri Muhyiddin berlaku lagi hari ini. Dato' Nasarudin Hashim wakil rakyat UMNO ADUN Bota Perak dengan drastiknya meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mendengar berita ini Muhyiddin agaknya mengeleng-ngeleng kepala sambil melihat Pak Lah yang terus mengantuk dengan mata yang kian kuyu. Dato Najib mungkin sedang memicit-micit dahi kerana UMNO yang bakal dipimpinnya, terus-terusan mengalami kecederaan yang perit dan semakin memedihkan dan mungkin menerima lagi berita perubahan-perubahan drastik yang bakal berlaku besoknya.

Tahniah Dato' Nasarudin di atas perubahan drastik itu !

Padankah GERAK dengan kisah lembu sahaja ?

Dalam kes agihan lembu korban di Selangor nampaknya GERAK melalui Pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus begitu pantas bertindak dengan membuat laporan kepada SPRM. Usaha GERAK memang seharusnya dipuji selagi ianya mempunyai tujuan yang ikhlas untuk membenteras rasuah di negara ini. Adalah diharapkan dengan sikap pro-aktif GERAK ini akan membantu membenteras salah laku rasuah.

Isunya ialah GERAK kelihatannya begitu pantas bertindak jika ianya mempunyai peluang terhadap kerajaan yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya GERAK bertindak tanpa teragak-agak sehingga sanggup menghantar rayuan kepada Baginda Sultan Selangor agar merehatkan MB Selangor dari tugasnya seketika.

Adalah agak pelik juga dalam kes rasuah politik dalam kempen-kempen pemilihan UMNO, GERAK tidak sepantas itu sedangkan misi utama penubuhannya adalah anti rasuah. Belum ada lagi ulasan dan lapran GERAK terhadap penyelewengan wang dalam pilihanraya kecil Parlimen KUala Trengganu baru -baru ini yang diriuhkan oleh semua orang. Mustahil GERAK yang anti rasuah tidak kisah apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut. Bilakah agaknya GERAK akan turut sama menghantar laporan penyalahguaan wang kepada SPRM di Kuala Trengganu itu atau bagi GERAK biarlah pihak lain sahaja yang buat laporan.

Kenapa mesti begitu ? Apakah masih ada hati-hati orang tertentu yang perlu dijaga atau GERAK sebenarnya masih dihantui oleh Ezam yang hanya nampak sebelah pihak sahaja ?

Adalah diharapkan juga GERAK membuat rombongan ke BPR untuk menyemak sejauhmana tindakan BPR terhadap laporan Lutfi Othman mengenai kes-kes salah laku dan penyelewengan Dr Khir Toyo sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Dan sudah pasti menjadi harapan seluruh rakyat agar GERAK membawa semula kes-kes laporan Lutfi mengenai Khir Toyo itu kepada SPRM untuk diambil tindakan jika BPR masih memendamkannya.

Jika GERAK hanya bersibuk dengan kes lembu sahaja maka GERAK adalah sebuah NGO yang tidak akan ke mana dalam perjuangan anti rasuahnya melainkan hanya mungkin akan menjadi balaci pihak-pihak tertentu sahaja. Alahai...... GERAK !!

Umno sudah menyimpang jauh, rakyat makin meluat : Dr Mahathir -Harakahdaily

Laporan dari Harakahdaily:

"Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar."

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.

Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.

"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.

"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," katanya dalam blog peribadi beliau.

Antara kesalahan yang dilakukan kata Mahathir iaitu memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka dan hampir semua dari mereka yang dipilih menjadi calon kalah dalam pilihan raya tersebut.

"Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.

"Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet," katanya yang mengulangi kritikannya sebelum ini

Katanya Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.

Dalam pada itu beliau yakin apabila dalam Mesyuarat Agung Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agung menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13.

"Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum.

"Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno.- azm _

http://www.harakahdaily.net/bm/