Followers

Saturday, January 24, 2009

Samy velu terus mahu menongkat langit dalam MIC.

Nampak gayanya politik dalaman parti-parti komponen BN begitu kelam-kabut dan huru-hara sekali. UMNO dengan pertembungan dalamannya. MIC dengan pecat memecatnya. SUPP dengan isu perletakan jawatan Penolong Setiausaha Publisitinya. Manakala dua bos MCA masih 'berjawa' antara satu sama lain.

Hari ini berita telah meluas bahawa M Muthupalaniapan Naib presiden MIC dipecat oleh MIC 'sdn bhd'. Samy Velu, Presiden MIC Sdn Bhd sudah pasti berpuashati dengan hukuman ini kerana sekurang-kurangnya buat setakat ini MIC akan terus kekal menjadi 'milik peribadinya'. Buat mereka yang berhasrat melawan Samy Velu dalam kongress MIC akan datang perlu merenung akan nasib mereka dalam MIC. Jika mereka degil mereka akan senasib dengan M. Muthupalaniapan.

Bagi M Muthupalaniapan apakah tindakan seterusnya selepas dipecat. Apakah beliau akan membentuk sebuah parti baru atau menyertai parti-parti dalam Pakatan Rakyat atau hanya sekadar berdiam diri untuk terus bersara kemudiaannya?

Ada "Guantanamo" dalam lokap polis ?

Secara peribadi saya sangat menghurmati tugas polis untuk membenteras penjenayah dan mengawal ketenteraman awam. Memang tugas ini tidak mudah dan kadang-kadang terlalu komplikated.

Namun demikian dalam melaksanakan tugas yang sukar itu, janganlah pula pihak polis hinggakan dituduh menjadi penjenayah kepada penjenayah atau kepada sesesiapa juga. Sudah banyak kedengaran berlaku kes kematian dalam tahanan. Memang kita tidak perlu memberi layanan lima bintang kepada pelaku onar tetapi apa yang dikatakan aktiviti 'mendera' oleh pihak polis hingga mampu menyebabkan kematian itu, tidak sewajarnya dibenarkan berlaku.

Biarlah jika ditakdirkan penjenayah itu maut, adalah hasil dari keputusan sebuah mahkamah yang adil bukan dalam tahanan polis akibat dari penderaan ! Kenapa boleh sampai paru-paru berair ? Kenapa mesti sampai lebam sana lebam sini ? Kenapa mesti sampai lecur kulit kerana air panas ?

Guantanamo setahun lagi akan dibenamkan oleh Barack Obama tetapi apakah Tuan Syed perlu membiarkan "Guantanamo" terus wujud dalam lokap-lokap polis di negara kita?

Semoga pihak polis kita tidak mudah hilang kewarasan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tugas kepolisiannya.

Wednesday, January 21, 2009

Tan Sri ! Betul Tan Sri UMNO dah tak menarik lagi ! Dah hilang faktor 'penarik' !

Betul juga apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiidin Yassin Naib Presiden UMNO yang akan bertanding Timbalan Presiden UMNO Mac nanti bahawa parti itu telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang kompenen BN itu. Bagi saya analisisnya tepat.

Bukti terbaru kehilangan faktor 'penarik', yang sebelum ini telah terlalu banyak hilang,berlaku lagi dalam tempuh terdekat ini iaitu apabila Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegah ketua jabatan dan egensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak berkuatkuasa serta merta.

Inilah dia para pemimpin UMNO, Naib Presidennya suruh wujudkan faktor penarik, Dato Zahid hilangkan faktor penarik. Kalau beginilah caranya, patutlah UMNO bukan sahaja tidak disukai oleh orang atas pagar malah ahli-ahli UMNO sendiripun agaknya menyampah dengan UMNO yang sudah tidak menarik lagi tu!

Dulu antara orang yang menghilang antara faktor penarik terhadap UMNO ialah Ali Rustam apabila dia melarang kakitangan kerajaan Melaka melawat Kelantan tapi akhirnya, sedar juga Ali Rustam apabila dia hendak bertanding Timbalan Presiden , dia perlu melawat Kelantan untuk berjumpa dengan ahli-ahli UMNO di sana, akhirnya arahan itu ditarik balik. Ditarik balik untuk membolehkan dia melawat dan berkempen di Kelantan agaknyalah !

Rasanya, Zahid Hamidi akan kalah dalam pertandingan Naib Presiden nanti sebab dia adalah antara pemimpin UMNO yang sedang menghilangkan daya penarik UMNO. Tengoklah nanti makin ramai orang Perak semakin meluat dan menyampah dengan UMNO !

Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac - Malaysiakini

Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac Jimadie Shah Othman | Jan 21, 09 12:05pm


Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.

Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.

Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan, termasuk tempat dan waktu ia akan diadakan nanti.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.

Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.

Semakin hendak dijenamakan, semakin kelam UMNO kelihatannya

Dua tiga hari ini, semenjak tertewasnya UMNO di Kuala Trengganu kepada calon PAS dari Pakatan Rakyat, pelbagai pihak dari Dato Najib hingga kepada kalangan prof-prof tertentu riuh rendah memberi pendapat dan pandangan agar UMNO dijenamakan semula. Sayang benar mereka kepada UMNO yang kian reput dan rapuh itu. Tidak salah mereka memberi pandangan dan berusaha menggesa agar UMNO dijenamakan atau diapasahajakan untuk kesinambungan perjuangan UMNO. Buatlah kerana itu parti mereka atau memang mereka berminat kepada UMNO.

Malangnya semua pandangan yang diberi sama ada oleh Dato Najib, Tan Sri Mahyuddin Yassin mahupun dari kalangan Prof-prof tertentu seperti Prof Ahmad Atory kelihatannya tidak mampu untuk menjadikan UMNO menghindari jalan keruntuhan.

Dato Najib memberi idea yang begitu simple iaitu UMNO mestilah mesra rakyat. Kita ingin bertanya, apakah selama ini UMNO tidak mesra rakyat ? Parti lain terutama PAS tidak ada peluang langsung untuk mendekati rakyat. PAS sentiasa disekat dari mendekati rakyat. UMNO sibuk mengendalikan majlis bersama rakyat di sana- sini. Dalam keadaan mendekati rakyat sebegitu rupapun, termasuk ada sumbangan duit lagi, UMNO terus ditimpa kekalahan dalam pilihanraya.

Dato Najib juga mengatakan "Kita mesti tampil dengan imej bersama nilai-nilai baik dan positif. Saya selalu tekankan bahawa kita kena mesra rakyat di semua peringkat, bukan atasan saja."

Nak tergelak mendengar gesaan Dato Najib itu. Macam mana nilai-nilai baik dan positif yang dimaksudkan oleh Dato Najib Itu ? Okaylah tak kira, nilai-nilai baik dan positif atas dasar dan prinsip apapun, tak kisahlah, asalkan nilai-nilai baik dan positif sungguh. Soalnya nilai-nilai baik dan positif ini bukan hanya perlu ada, malah lebih awal lagi perlu dilihat ada dan dilihat dimiliki! Tepuk dada tanya akal, di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, secara jujurnya siapakah agaknya yang ada nilai-nilai baik dan postif dan dilihat ada nilai-nilai baik dan positif itu !!

Nampaknya begitu mudah menyebut untuk menjenamakan semula UMNO tetapi begitu kusut sekali untuk merealitikannya. Dengan permasyhuran Dato Najib sebagai Presiden UMNO pada Mac nanti proses penjenamaan UMNO kelihatan semakin kusut dan kelam. Ini adalah kerana penjenamaan semula UMNO memerlukan perubahan prinsip perjuangan yang islamik, berintegriti, berakhlak dan bermoral agar UMNO tidak menjadi sebuah parti yang tersasar dengan aliran pragmatisme-kapitalisme-sekularismenya. Para pemimpin pelbagai peringkatnya bersih dari sebarang bentuk rasuah, dan peribadi yang terhindar dari sebarang jenis skandal.

Apakah itu semua mungkin dengan rupa paras dan pendokong-pendokong UMNO yang ada pada hari ini ?

Tuesday, January 20, 2009

Khairy Pertahan Kroni

Tindakan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempertahankan Calon Barisan Nasional Wan Farid Wan Salleh mengesahkan lagi tanggapan umum selama ini bahawa Calon BN yang kalah itu adalah ’kroni’ beliau.

Khairy berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan disebabkan faktor calon semata-mata.

Dengan kenyataan, beban kekalahan harus ’di pikul dan dan dijinjing’ bersama oleh UMNO dan BN, Khairy dilihat cuba menyelamatakan ’karier politik’ Wan Farid yang dijangka berkubur selepas tewas pada cubaan pertamanya untuk bertanding dalam pilihanraya.

"Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu,”katanya

Dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, difahamkan sumbangan Khairy adalah terlalu sedikit dan beliau dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan serta tidak dibenarkan menyampaikan ceramah.

Difahamkan, larangan tersebut dikeluarkan oleh UMNO dan BN kerana bimbang sebarang kenyataan Khairy akan menambahkan kerumitan UMNO dan BN dalam mengahadapi pilihanraya kecil tersebut.

Nama Khairy begitu tenggelam pada pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dan tidak menjadi ’hero’ sebagaimana dimasa yang lalu.

Khairy juga gagal menyelesaikan masalah dan tidak menjadi pergantungan pemuda UMNO. Misalnya dalam kes pembinaan ’titi’ atas sebuah parit dihadapan pusat mengundi Sekolah Menengah Cendering yang menjadi kontroversi dan hampir mencetuskan pergaduhan pada malam menjelang hari membuang undi.

Wan Farid difahamkan menjadi kroni Khairy dalam menghabiskan jutaan ringgit wang royalti Terengganu yang disalurkan atas nama dana khas kerajaan persekutuan bagi menganjurkan kejohan perahu layar Monsoon Cup, pembangunan Pulau Duyong dan pembinaan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.

Pada pilihan raya kecil Sabtu lalu, BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi, sementara calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Sumber Buletin Online

Monday, January 19, 2009

Mr serba bijak serba bersih 'pelupuh' Pak Lah lagi !

Kekalahan UMNO di Kuala Trengganu, katanya " Masalahnya, BN meletak calon yang tidak sukai ramai, semata-mata dia (calon) pilihan Pak Lah dan orang pun tak suka Pak Lah." Tambahnya lagi "Kekalahan di Kuala Trengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah... Najib tak akan dipersalahkan."

Itulah gaya orang yang bernama Dr Mahatahir ini. Dipelupuhnya Pak Lah terus-terusan. Tak terjawab Pak Lah.

Elok juga Dr Mahathir pelupuh Pak Lah. Pelupuh Pak Lah maknanya pelupuh UMNOlah sebab Pak Lah Presiden UMNO. Bila Dr Mahathir menjadi tukang pelupuh ramai juga orang-orang UMNO yang dengar dan bersetuju dengan pelupuhan Dr Mahathir tu. Akhirnya mereka pangkah pembangkang sebab mereka setuju dengan Dr Mahathir. Terima kasih Dr Mahathir!

Di awal-awal dulu apabila BN pilih Wan Farid, Dr Mahathir awal-awal kata calon BN adalah bukan selayak-layak calon untuk Kuala Trengganu. Akhirnya ramai orang setuju dengan Dr Mahathir. Kalah BN di Kuala Trengganu !

Dr Mahathir kata jika BN mahu memenangi pilihan raya akan datang, pemimpin yang terlibat dengan rasuah perlu di singkir. Betul dan ramai yang setuju dengan Dr Mahathir ! Di kalangan pemimpin UMNO, kalau pra syarat Dr Mahathir itu di terima, adakah lagi pemimpin dalam UMNO ?

Hakikatnya UMNO di zaman Mahathir dan zaman Pak Lah, adalah dua kali lima sahaja. Berselirat dengan rasuah.

Amboi....... sedapnya Mahathir pelupuh Pak Lah !

Sunday, January 18, 2009

UMNO tidak akan berubah

Dato Seri Najib berkata kemenangan calon PAS dengan mendapat majoriti yang lebih besar dengan isu-isu tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional. Apakah pandangan Dato Najib ini adalah pandangan untuk menyedapkan hati sahaja ?

Tidakkah apa yang berlaku ini merupakan 'tsunami' politik yang berentetan dari permulaan tsunami politik pada pilihanraya umum yang lalu sehingga lima buah negeri jatuh ke tangan pembangkang dan menguasai sebahagian besar kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan?

Selepas pilihan raya umum yang lalu, BN seterusnya terlentang di Permatang Pauh. Dan semalam sekali lagi BN terbungkam di Kuala Trengganu. Apakah Dato Najib masih sanggup dan yakin untuk menghadapi satu lagi pilihan raya kecil jika ada apa-apa yang berlaku kepada ahli-ahli parlimen BN selepas ini ? Dapat dirasai, dalam keadaan tertekan ini, UMNO/BN benar-benar berharap semoga tiada lagi pilihan raya kecil dalam masa setahun dua ini untuk mereka mengumpul tenaga dan menstabilkan kembali momentum mereka bagi menghadapi tsunami di Sarawak pula .

Dari ulasan Dato Najib kelmarin yang mengatakan pilihan raya kecil Kuala Trengganu tidak memberi impak yang besar kepada peringkat nasional khususnya kapada UMNO dan BN, maka dapatlah dijangkakan, harapan penyokong UMNO/BN untuk melihat perubahan drastik UMNO/BN tidak akan berlaku. Walaupun kepimpinan UMNO dijangka akan berubah, parti UMNO diramalkan tiadak akan membuatperubahan napa-apa. UMNO akan tetap seperti mana ianya sekarang. Malah mungkin di bawah kepimpinan baru nanti UMNO, akan letih teruk dari apa yang berlaku hari ini.