Kuala Trengganu– Royalti minyak adalah hak rakyat Terengganu dan perlu diserahkan kepada kerajaan dan rakyat Terengganu tanpa mengambil kira siapa yang memerintah Terengganu.
”Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini tidak bersetuju pembangunan di politikkan, bila Barisan Alternatif mendapat mandat di Terengganu, rakyat Terengganu tidak kira yang sokong PAS yang sokong UMNO mereka berhak mendapat pembangunan,
“tapi Barisan Nasional tidak menghormati mandat rakyat, apabila PAS memerintah Barisan Nasional bekukan dan tidak diberi royalti minyak itu kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Terengganu,
“dan akhirnya yang menjadi mangsa bukan penyokong PAS sahaja, orang UMNO, orang MCA, orang MIC dan semua, itu kita (PR) tidak setuju,”kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia, Tian Chua dalam sidang media di Pusat Operasi PKR DUN Bandar dsini hari ini (9 Januari).
Beliau turut mempersoalkan di manakah baki RM 1.6 bilion dari jumlah RM 7 bilion wang royalti minyak tahun 2004 hingga 2007.
“Menteri Besar sebelum ini Dato’ Idris mengatakan hanya RM 5 bilion sahaja yang diterima, ke mana pergi RM 2 bilion lagi,
“baru-baru ini, Dato’ Seri Najib telah serah RM 400 juta sebagai sebahagian sumbangan royalti, tapi masih ada RM 1.6 bilion yang belum diketahui dimanakah wang tersebut,”katanya.
Beliau bertanya apakah pendirian calon Barisan Nasional Dato’ Wan Farid terhadap wang RM 1.6 bilion yang kerajaan Pusat masih berhutang kepada kerajaan dan rakyat Terengganu?
Katanya wakil-wakil Pakatan Rakyat di parlimen mendesak kerajaan pusat mengembalikan wang dan pemberian royalti minyak kepada kerajaan dan rakyat Terengganu.
“Kita tidak kira siapakah yang memerintah (PR atau BN) tapi yang penting ia adalah hak rakyat Terngganu,
“kita (PR) anggap pemberian 5% royalti minyak itu adalah terlalu sedikit, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kita berjanji akan berunding untuk menaikkan sehingga kadar 20%,”ujarnya
http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=63:
rm-16-bilion-royalti-entah-kemana-apa-pendidiran-calon-bn-&catid=34:
DEMI PILIHANRAYA YANG ADIL, MENENTANG PENIPUAN PROSES PILIHANRAYA DI MALAYSIA TIDAK DAPAT DIELAK LAGI!
Saturday, January 10, 2009
RM 1.6 bilion Royalti Entah Kemana ? Apa kata calon UMNO -Buletin Online
Benarlah bahawa Pak Lah tersalah pilih calon !
Terbukti benar bahawa UMNO telah tersalah pilih calon bagi Pilihanraya Kecil Parlimen P36 Kuala Trengganu. Selama ini kita mendengar desas desus mengatakan begitu dan kita menganggap desas-desus itu sebagai provokasi politik musuh UMNO di Kuala Trengganu.
"PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid.
Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.
Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.
“Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,” katanya.
Beliau menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu malam tadi.
Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Wan Ahmad Farid.
Bagaimanapun, beliau berharap Wan Ahmad Farid pandai membawa diri berdepan dengan pengundi Kuala Terengganu.
Sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai, menjadi buah mulut di kalangan orang ramai.
Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid."
Sumber:
http://malaysiakini.com/news/96099Dengan rugutan Pak Lah itu dan nasihat Pak Lah, agar orang UMNO dan penyokongnya jangan lagi bercakap yang tidak elok terhadap calon UMNO, ianya telah membuktikan bahawa benarlah Pak Lah telah tersalah pilih calon dan ini memberi petanda awal bahawa UMNO sedang menderita dan serba tidak kena dalam menghadapi pertandingan 3 penjuru di PRK Kuala Trengganu itu.
Di Permatang Pauh tidak menjadi. Di Kuala Trengganu tersalah pilih . Nampaknya, Najib serba tidak menjadi dan Pak Lah semakin serba tidak kena lagi !
Friday, January 09, 2009
PPSMI: Gapena mahu Najib campur tangan- mStar
Jumaat Januari 9, 2009
Bahasa Inggeris: Gapena mahu Najib campur tangan
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) mahu campur tangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bagi menangani isu pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, pihaknya telah menghantar
"Hari ini kita baru sahaja hantar
"Gapena sanggup jadi orang tengah untuk aturkan perbincangan antara kerajaan dan NGO-NGO Melayu untuk bincangkan mengenai isu PPSMI ini," katanya kepada mStar Online.
Tambah beliau, perbincangan meja bulat sebelum ini yang turut disertai Gapena tidak memberikan ruang yang cukup untuk mereka menyuarakan pandangan mengenai isu berkenaan.
"Kita ada sertai perbincangan meja bulat yang diadakan, tapi ia dihadiri oleh ramai pihak-pihak lain dan perbincangan mereka lebih kepada pentingnya penggunaan bahasa Inggeris.
"Kita kurang peluang untuk nyatakan mengapa kita mahu PPSMI dihentikan," katanya.
Sehingga kini sebanyak
Persidangan Meja Bulat PPSMI terkini yang berlangsung pertengahan bulan lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.
Jelas Ismail lagi, Gapena mahu pihak kerajaan bersemuka dengan mereka dan mendengar serta mempertimbangkan idea yang akan dikemukakan.
Dalam pada itu mengulas mengenai kenyataan terkini Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kementeriannya tidak akan tergesa-gesa atau tunduk terhadap sebarang ugutan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI, Ismail berkata perkara berkenaan terpulang kepada kementerian berkenaan.
Jelasnya Kementerian Pelajaran tidak harus menganggap gesaan Gapena itu adalah sebagai satu ugutan.
"Ini bukan soal ugutan, kami sekadar mahu mendapat pertimbangan daripada kerajaan mengenai isu ini," katanya.
Dr Hassan ketuai bantahan PPSMI - Malaysiakini
Sah, Dr Hassan ketuai bantahan PPSMI Jimadie Shah Othman | Jan 8, 09 5:11pm
Bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad secara rasmi memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI - yang mengancam mengadakan perhimpunan besar ala-Bersih - bagi membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pengerusi Jawankuasa Pelaksana program berkenaan, Hasni Abas berkata, Dr Hassan akan bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa induk gabungan itu.
Menurutnya lagi, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan beliau - yang mengetuai sembilan lagi wakil NGO dan sayap Pemuda parti pembangkang yang bergabung dalam GMP - dengan bekas ketua pengarah DBP itu di Yayasan Karyawan di Damansara tengahari tadi.
Isnin lalu, Dr Hassan dilaporkan menyatakan kesediaanya untuk memimpin gabungan itu bagi membantah pelaksanaan PPSMI.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hasni berkata, mesyuaratnya dengan Dr Hassan juga memutuskan untuk melantik sembilan tokoh politik dan bahasa berprofil tinggi bagi mengganggotai jawatankuasa induk itu.
Mereka termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa; bekas ketua pengarahDBP, Datuk Aziz Deraman; tokoh sastera Datuk Dr Anwar Ridwan dan penyair terkenal, Dinsman.
Ditanya tentang tugas pertama Dr Hassan, Hasni berkata: "Panggil mesyuarat jawatankuasa induk."
Perarakan keranda
Jawatankuasa induk yang dibentuk itu merupakan badan utama pembuat keputusan dalam GMP; manakala jawatankuasa pelaksana bertindak menggerakkannnya di peringkat bawah.
Hasni yang juga pengerusi Kesatuan Pekerja DBP berkata, jumlah ahli jawatankuasa induk mungkin ditambah daripada masa ke semasa, mengikut keperluannya.
Beliau sebagai pengarah jawatankuasa pelaksana, secara automatik bertindak sebagai setiausaha GMP.
Selain itu, jawatankuasa pelaksana GMP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan gerak kerja lanjut bagi menjayakan perhimpuna besar yang dijadual Mac depan.
Selain perhimpunan ala-Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ) Mac depan, kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu "perarakan keranda" Februari ini berhubung isu PPSMI oleh sebuah lagi badan bahasa, Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi tindakan, selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.
Selain NGO Melayu, persatuan pendidikan Cina turut membantah pelaksanaan dasar itu.
Lapan NGO itu, yang diketuai Dong Jiou Zong hari ini memberikan tarikh akhir kepada kerajaan sehingga Mac ini untuk membuat keputusan atau turut menghadapi siri-siri bantahan mereka.
PPSMI: K'jaan tidak tunduk ugutan Gapena-Malaysiakini
PPSMI: K'jaan tidak tunduk ugutan Gapena Jan 8, 09 9:24pm
Kementerian Pelajaran tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan berhubung pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata menterinya.
Mengulas mengenai desakan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) untuk mengambil tindakan saman terhadap kementerian dan "mengusung keranda" membantah PPSMI, beliau berkata:
"Kalau nak buat apa jua tindakan teruskanlah, tetapi pihak kementerian tetap berpegang dengan agenda bahawa keputusan adalah bergantung kepada pandangan semua pihak bukan hanya pandangan kumpulan tertentu sahaja."
Menurut Bernama, Hishammuddin berkata kementeriannya setakat ini sudah meneliti 22 kertas kajian mengenai dasar tersebut - diperkenalkan sejak 2004 - yang kini sudah berada di peringkat akhir.
"Keputusan kajian ini akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.
Selain ugutan Gapena, sekumpulan aktivis bahasa Melayu turut mengancam menganjurkan demonstrasi besar-besaran - dijangka Mac depan - bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu.
Wednesday, January 07, 2009
Bangsa syaitan dari spesis manusia.

Makhluk binatang tidak sekejam ini. Perangai ini jelas perangai syaitan yang sebenar-benarnya. Perangai iblis laknatullah. Bangsa yang kurang ajar, biadap dan berperangai syaitan ini tidak harus dihadapi dengan rundingan demi rundingan. Bangsa ini wajar dihadap dengan senjata yang boleh membunuh mereka. Bangsa ini wajib dihadapi dengan memohon Allah melaknati seluruh rejim laknat ini bersama penyokongnya.
Syaitan manusia rejim zionis ini begitu bongkak dan angkuh bukan kerana kekuatan yang dimiliki tetapi kerana umat Islam sendiri yang lemah dan berpecah-belah. Seluruh pemimpin-pemimpin negara-negara Arab adalah negara yang paling bangsat dan bacul. Palestin dimamah Yahudi , pemimpin-pemimpin negara Arab dengan penuh hipokrit dan tidak bermaruah mengutuk macam pondan di bilik berhawa dingin. Mesir lagi jahat apabila menjadi kuncu bacul Israel dengan menutup sempadan di Gaza. Apa punya negarakah begini yang kononnya diperintah oleh orang Islam.
Pertubuhan negara-negara Islam perlu dibubarkan sahaja. Tidak berguna langsung kerana tidak beriltizam membantu negara umat Islam jika di serang puak-puak kafir.
Kepimpimpinan Malaysia juga lembap dan lemah dalam soal Palestin . Mereka lebih kuat dan ceria dalam menentang umat Melayu sendiri yang bencikan PPSMI. Malah mereka lebih bersemangat bergalak di malam detik 12 malam. Suara Malaysia terus tidak berwibawa kerana tiada keikhlasan dalam usaha menggerakkan massa menentang kezaliman Yahudi.
Seluruh rakyat perlu bangkit untuk menentang bangsa syaitan ini. Lakukan secara ikhlas apa sahaja yang mampu sebagai jihad kita dijalan Allah.
1. Beri bantuan kepada mangsa kekejaman Yahudi Israel melalui sedekah dan kerja-kerja sukarela,
2. Setiap malam berdoa dan bermunajat kepada Allah dilindungi Islam dan penganutnya, dan turunkan bala sebesar-besarnya kepada rejim laknat Yahudi Israel yang berperangai syaitan itu bersama pendokong-pendokongnya.
3. Boikot barangan yang dibuat oleh Amerika dan Israel dengan tegas.
4. Buatlah apa sahaja dengan yakin kepada Allah, agar rejim syaitan Yahudi ini dapat dikuburkan.
5. Umat Islam perlu bersatu dalam soal agama Islam.
Semoga dalam keadaan kelemahan ini akan menyedarkan seluruh ummah untuk kembali menghayati Islam kerana tanpa menjadi Islam sebagai satu cara hidup, umat Islam akan terus dihina dan ditindas secara kejam dan tidak berhati perut ! JAHANAM REJIM LAKNAT SYAITAN YAHUDI ISRAEL !!
Tuesday, January 06, 2009
Apakah lagi isu UMNO dan jika ada hantu-hantu pilihanraya dari manakah agaknya hantu-hantu itu akan keluar ?
Apakah lagi isu yang UMNO/BN akan gunakan untuk menghadapi Pakatan Rakyat?
Jika UMNO/BN mahu menggunakan isu babi di Selangor dan Kedah dengan memutar- belitkan fakta yang sebenar. Bagaimana pula isu babi di Melaka dan Negeri Sembilan ?
Jika UMNO/BN mahu menggunakan isu perpecahan Pakatan Rakyat, kerajaan-kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat terus menjalankan pentadbiran masing-masing dengan tenang. Sekarang media menggunakan isu pertelagahan antara Speaker DUN Selangor dengan YB Santiago dan YB Mike (Kapar). Namun belum nampak kesan perpecahan antara Pakatan. Pakatan Rakyat jelas kelihatan semakin matang.
Ada juga usaha UMNO/BN mahu menggunakan isu apa yang dikatakan penutupan Tadika Kemas di Perak sebagai tindakan yang zalim, namun isu itu pun tidak ke mana. Rakyat semakin faham menilai sesuatu isu. Dan UMNO semakin hilang kredibiliti !
Sedangkan bagi PAS terlalu banyak isu yang boleh dihenyak di atas kepala UMNO.
-Isu pemulangan Royalti minyak yang penuh dengan pembohongan.
-Isu PPSMI yang telah menggelisahkan seluruh kakitangan awam dan guru termasuk GAPENA
-Isu jika IJN di serah kepada swasta.
-Isu kes altantuya yang pelik dan menghairankan.
-Isu harga barang naik tak pernah reti nak turun-turun.
-Isu rasuah. Siapa lagi percayakan UMNO dalam hal. rasuah?
-Isu Wan Farid seburuk-buruk calon kata Dr Mahathir.
-Isu menembak orang dengan peluru hidup di batu buruk yang hendak pergi dengar ceramah.
-Dan seribu satu isu lagi yang akan memeningkan kepala UMNO.
Nampaknya UMNO akan semakin berpinar semakin hampir dengan tarikh pembuangan undi. Dalam keadaan begitu Pakatan Rakyat perlu berhati-hati kerana akan pasti ada 'hantu hantu' pilihan raya bukan hantu raya, yang akan keluar mengundi !
Paling mengherankan ialah kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Trengganu. Kata sumber-sumber rasmi 6000 orang polis akan berada di Kuala trengganu. Namun mengikut sumber lain yang tidak rasmi katanya jumlah polis yang berada di Kuala Trenggau bukan lagi 6000 orang malah telah mencecah 20,000 orang ? Untuk apakah mereka ini terlalu ramai berada di Parlimen Kuala Trengganu.
Apakah tidak mungkin hantu-hantu pilihanraya kali ini boleh jadi, akan keluar dari celah-celah pagar balai-balai polis itu sendiri
Monday, January 05, 2009
Pembangunan untuk rakyat lebih lebat jika......
Persoalannya sekarang ialah kenapa di saat-saat pilihanraya kecil ini projek yang turun begitu mencurah-curah ? Inilah yang pembangkang maksudkan. Bukan pembangkang tidak bersetuju dengan pembangunan untuk rakyat. Dalam begitu banyak daerah dalam Semenanjung, kenapa di Kuala Trengganu projeknya mencurah-curah ? Mencurah-mencurah pada waktu terdekat ini. Seolah-olah tidak ada apa pojek yang tidak dilakukan sama ada berskala besar mahupun berskala kecil.
Sangat dikhuatir ialah kualiti projek-projek segera ini. Apakah jika kualiti yang rendah akhirnya nanti akan membazir wang rakyat juga ?
Bagi rakyat setiap projek pembangunan yang memudahkan kehidupan mereka sudah tentu sangat mereka sukai terutama di kawasan-kawasan yang begitu sunyi dengan projek-projek kerajaan. Mungkin telah bertahun-tahun mereka mengidam atau perjuangkan dan selama itu juga pihak kerajaan yang memerintah pada waktu ini buat tak tahu sahaja. Namun apabila ada wakil rakat meninggal dunia, kawasan mereka akan mula kelihatan dengan pembangunan dan kampung mereka akan mula dapat projek.
Apakah projek dan pembangunan untuk rakyat akan lebih mencurah-curah apabila ada wakil rakyat menginggal dunia ? Jika begitulah pendidikannya, sudah pasti rakyat akan menunggu-nunggu, bilakah wakil rakyat tempat aku akan meninggal dunia ?