Followers

Wednesday, December 02, 2009

Terima kasih Muhyiddin

Dengan nada putus asa, Muhyiddin Yassin akhirnya 'mengalah' dengan berkata " biarlah Nik Aziz lama dalam PAS ia berguna juga".

Tidak tahulah berguna kepada siapa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin itu. Mungkin berguna kepada UMNO/BN. Yang pasti kepada PAS memanglah berguna.Tok Guru menyumbang kepada kemantapan dan kestabilan PAS.

Muhyiddin merungut lagi kalau pemimpin mereka timbulkan kucar-kacir rakyat khususnya orang Islam, tentu rasa tdak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama."


Betulkah rakyat tidak selesa apabila Tok Guru mahu mendoakan orang yang menganiayai hak rakyat di bawah pimpinannya? Kot-kot rakyat Kelantan makin suka dan makin bersemangat. Kalau tidak masakan Ku Li pun bersemangat.

Tok Guru buat pelbagai fatwa songsang yang bercanggah dengan agama ? Yang mana satu fatwa songsang Tok Guru tu. Bukankah dalam mempertahankan tujuan doanya, Tok Guru tempoh hari menyatakan sanggup berdepan (berbahas/ berbincang) dengan mana-mana ulamak UMNO termasuk Datuk Harussani Perak ?

Kalau sudah Tok Guru menyatakan kesanggupannya berbincang tentang tujuan doanya itu kenapa pihak UMNO tidak menganjurkan perbincangan itu atau mungkin jemput Tok Guru dan Tok Perak menjadi Panel Forum Perdana Ehwal Islam di TV. Tak kanlah orang yang sesat sanggup berdebat dengan mana-mana sahaja ulamak UMNO. Maka dia yakin bukan ajaran sonsanglah tu yang menyebabkan dia berani berhujah.

Masalahnya orang yang dakwa dia songsang, tak dakwa dia macam dakwa 'Rasul Melayu'? Itu menunjukkan tidak akan ada keberanian mendakwa kerana tujuan doa Tok Guru itu tidak songsang dan tidak sesat pun.

Begitulah Tok Guru Nik Abdul Aziz, tak perlu menggunakan C4, hanya menggunakan doa, kelam-kabut UMNO dan mati akal Muhyiddin!

No comments: