Followers

Monday, December 07, 2009

Mohd Asri kata begini, Mohd Tamyes kata begitu !?

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang mengatur program ulama turun padang bertujuan menyampaikan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam yang menjadi tumpuan golongan muda Melayu termasuk kalangan artis tempatan. Katanya buat pemulaan program yang diatur bermula di Selangor kerana Selangor mempunyai majoriti penduduk Islam. Katanya lagi, sepatutnya dakwah perlu merata seperti yang dilakukan tokoh ilmuan Muslimin, Hasan al-Bana dan jemaah tabligh. Baca sini .

Respon terhadap apa yang hendak dilakukan oleh Dr Mohd Asri oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan pendirian dan perancangan bekas Mufti Perlis itu tidak bersesuaian dengan matlamat berdakwah. Katanya pendekatan yang hendak dilakukan oleh Dr Mohd Asri itu tidak betul...akan mencemarkan imej dan pandangan
masyarakat terhadap pendakwah. Baca sini.

Mohd Asri dan Mohd Tamyes sudah 'berlaga'. Dua-dua alim dan dua-dua pandai. Kalau nanti Mohd Asri buat juga apa pula tindakan Mohd Tamyes. Berbalah lagi. Mu kata ke aku, aku kata ke mu. Mu berhujah,aku berhujah. Orang lain tengok, hodohnya !

Bagi aku pulak tertanya-tanya, tak bolehkah kalau orang macam Mohd Asri hendak pergi berdakwah ke pusat-pusat hiburan ? Orang macam Asri bukan calang-calang orang, hadith penuh dalam kepala, harus tak jatuh kopiah ! Kalau orang macam aku, fahamlah juga !

Dalam hal ini, aku tidak bersetuju dengan pandangan Mufti Selangor tu. Bolehkah begitu ? Boleh kot! Jangan kata aku wahabi pulak ! Aku pengikut parti pimpinan 2 Tok Guru.

Apa salahnya Mohd Asri hendak pergi berdakwah ke situ, dapat juga pengunjung-pengunjung di situ bersoal jawab dan berborak bersembang dengan ulama. Tak kan Mohd Asri hendak bagi tahu atau fatwakan, duit kerja pelacur boleh digunakan sebagai mata pencarian waktu darhurat! Kalau Mashitah, baik tak payah ! Bimbang makin ramai membuat hukum darurat sendiri-sendiri ! Asri bukan Mashitah kan ?

Maka ada peluang jugalah nampaknya pengunjung pusat hiburan berkenalan dan bersahabat dengan ulama, ustaz dan pendakwah. Bukankah itu bagus !

Pemuda PAS pernah melakukannya terutama sewaktu detik 12 malam 31 Ogos dan sewaktu penganjuran konsert-konsert bercanggah dengan syariat Islam walapun tak sampai masuk ke kelab-kelab malam. Kalau tak percaya tanya Salehuddin Ayub dan Nasruddin Tantawi. Kira-kiranya Mohd Asri ikut contoh Pemuda PAS lah tu! Tak apa...sekurang-kurangnya usaha pemuda PAS sudah ada yang sanggup meneruskannya, sehingga ke kelab malam dan pusat kareoke yang banyak kelihatan 'pusat-pusat' itu !

Semoga pertentangan pendapat antara Dr Mohd Asri dengan Datuk Seri Mohd Tamyes tidak 'menghodohkan' usaha dakwah Islamiah di Selangor !

No comments: