Followers

Tuesday, December 01, 2009

Mari kita 1Malaysia ameen-kan doa Tok Guru Nik Aziz

Memang jahat. Nampak jelas jahatnya. Habis kalau tak boleh kata jahat, hendak kata apa? Itu belum cakap soal pembicaraan tidak adil, buat zalim , aktiviti yang menyesatkan, cakap tak serupa bikin, hari-hari menipu dan memperbodohkan rakyat....macam-macam !

Berniat jahat atau tidak ? Ku Li kata perjanjian bab royalti jelas, menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mudah. Ku Li orang yang terlibat dalam mendrafkan perjanjian mengakui, budak sekolah pun boleh faham dengan mudah ! Alih-alih PM dan kabinet tak boleh faham ?

Ku Li orang yang faham benar tentang perjanjian royalti minyak ini kata, Kelantan berhak dapat royalti bukan wang ihsan...alih-alih PM kata tak kiralah nama apapun, akan tetap diberi ihsan kepada rakyat Kelantan.....melalui siapa? UMNO dan JPP UMNO? Boleh percaya ke bende yang bernama UMNO sekarang ni ? Kenapa tak mahu bagi royalti yang berhak dimiliki oleh Kerajaan Kelantan? Jelas kerana PAS perintah Kelantan ! Jahat atau tidak ni ? JAHAT !!!

Niat jahat atau tidak ? Masa BN perintah Trengganu selamanya dulu, bagi royalti. Bila PAS menang dan perintah Trengganu, jadi wang ihsan. Dan bila BN perintah Trengganu semula, jadi wang royalti pulak dah! Amende ni kalau tak perangai busuk dan niat jahat !

Tapi yang peliknya semasa Sabah diperintah oleh PBS Pairin Kitingan, tidak pulak royalti jadi wang ihsan ? Rupa-rupanya lebih bertuah hidup di dunia ni menjadi Pairin daripada menjadi Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz. Apa nak dikata tu....baiiiiikkkkk sangat !!

Kalau itulah antaranya, memang perangai itu perangai busuk dan niat jahat.

Marilah kita 1Malaysia ameen-kan doa Tok Guru Nik Aziz.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum ukhwah,pada pendapat saya lebih baik kalau kita aminkan doa seseorang itu kalau dia mendoakan supaya pengganas seperti israel mendapat bala disebabkan oleh kezalimannya terhadap palestin yang tidak berdosa lagi tidak bermaya untuk melawan.Mengapa tidak ajak orang supaya mendoakan kesejahteraan penduduk palestin daripada di himpit ,dilanyak,dibunuh oleh keganasan israel.Saya rasa,doa seperti ini mungkin dimakbulkan oleh tuhan.Kalau kita lihat,Dato Najib tidaklah zalim jadi mengapa hendak mendoakan supaya turunkan bala.Dia tidak mengarahkan tentera supaya menyerang orang miskin dan pentingnya Dato Najib tidak zalim.Buat apa kita sesama islam hendak bergaduh,mendoakan supaya jatuh kepada pemimpin nombor satu buat apa itu semua.Yang penting kita semua 1malaysia perlu memberi sokongan kepada Najib supaya dia dapat membuat kerja dengan lebih baik lagi dan bukan sahaje untuk dia malah untuk kebaikan seluruh rakyat malaysia.Assalamualaikum.