Followers

Friday, December 18, 2009

Mampukah Bajet 3 undi menguruskan negara ?

Petanda rakyat kelas sederhana dan rakyat miskin akan terus ditekan oleh keadaan ekonomi yang lebih menyiksakan, semakin jelas kelihatan. Bagi rakyat yang memahami keadaan ini, kelihatannya semakin membimbangkan.

Namun bagi segelintir rakyat yang selama ini menjadi pengikut UMNO totok, mereka menganggap ini perkara biasa yang perlu ditempuhi oleh rakyat demi negara tercinta! Bagi mereka, ini perkara biasa yang harus dilalui.

Mereka tidak bimbang langsung akibat sekian lama 'dibela' oleh UMNO dengan sedikit 'hampas nasi' yang ditabur kepada mereka di waktu pagi dan petang. Mereka sebenarnya tiada apa-apa untuk kesinambungan hidup generasi mereka cuma cukup perut mereka mendapat rezeki yang bagaikan 'hampas nasi' itu. Nasi dibaham oleh pemimpin mereka !

Perkara yang membimbangkan bahawa semakin tiada wang untuk mengurus negara semakin jelas diketahui oleh rakyat umum.

1. Kakitangan kerajaan tidak mendapat bonus cuma hanya mendapat bantuan hari raya RM500. Mungkin mampu untuk mengurus perbelanjaan sekolah 2 orang anak sahaja. Kalau wang itu masih tersimpan !

2. Bayaran tambahan persekolahan kini semakin membebankan ibubapa. Dulu zaman Pak Lah, katanya yuran sekolah percuma tapi kini zaman Najib, sekolah-sekolah telah menjadi sekolah-sekolah swasta. Semua mesti berbayar. Jika tidak mendapat wang dari ibubapa, pengurusan sekolah tidak akan ada wang untuk menjalanakan operasi pendidikan mereka. Bantuan sudah berkurangan dengan banyaknya dari kerajaan atau mungkin tiada lagi !

3. Subsidi gula akan ditarik balik ini bermakn harga gula akan naik. Konon dengan alasan untuk menjaga kesihatan rakyat ! Untuk menjaga kesihatan rakyat bukan dengan menaikkan harga gula tetapi dengan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan penuh kecaknaan.

4. Membazirkan peruntukan kewangan yang besar untuk program permata pintar yang sebenarnya memang tidak perlu itu. Soalnya ialah anak-anak siapakah yang akan berada di situ? Dan anak-anak siapa pula yang akan berada di Tadika dan Pra Sekolah? Apakah peranan sekolah-sekolah klsuter yang diwujudkan ? Oleh kerana ini adalah projek kesayangan' wanita pertama negara ?' apakah tidak mungkin pertuntukan tambahan akan turun bila-bila masa ?

5. Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang bakal dikenakan kepada seluruh rakyat di negara ini juga didakwa oleh banyak pihak berpunca dari kehabisan sumber pendapatan negara akibat berleluasanya alaman rasuah dan salah guna kuasa.

6. Paling membimbangkan apakah mampu Bajet 3 undi itu menjadi pemangkin kepada kestabilan pengurusan ekonomi negara pada tahun 2010 nanti. Kelihatannya cara Bajet 2010 itu diluluskan di Parlimen tempoh hari memang menjadikannya sebuah Bajet Negara yang tidak meyakinkan dan sungguh membimbangkan. Sepatutnya Bajet ini ditarik balik untuk dirancang semula agar ianya lebih mantap dan baik. Tetapi kerajaan UMNO/BN mana yang tidak bersikap ego dan degil ?

Itulah antara petanda yang membimbangkan yang akan memberi kesan yang tidak sedikit kepada rakyat, terutama rakyat yang berpendapatan sederhana dan miskin dalam me yambut dan mengharungi kehidupan di tahun 2010 nanti.

No comments: