Followers

Monday, December 14, 2009

Makanan segera bakal menjadi makanan RMT ?

Kerajaan UMNO/BN yang telah memerintah Malaysia selama 52 tahun benar-benar telah menjadi sebuah kerajaan yang degil dan tidak senstif kepada nasib rakyat. Nasib rakyat terbanyak tidak menjadi penting lagi dalam misi dan visi mereka. Yang penting UMNO/bn perlu terus memerintah untuk mengeyangkan perut-perut anak beranak dan kroni !

Bayangkan begitu banyak pembaziran kerajaan UMNO/BN yang telah didedahkan oleh pelbagai pihak, namun UMNO/BN bersikap menyalahkan orang yang mendedahkan pembaziran melampau mereka, bukan mereka bersikap muhasabah diri mereka.

Kadang-kadang terfikir apakah itu KPI, jika rakyat terus melihat pelbagai kepincangan, pembaziran, kedegilan, tekanan, penipuan, kezaliman dan ketidakadilan yang masih berlaku. KPI gagal menarik sokongan rakyat kerana rakyat semakin mampu menilai dan menganalisis kebobrokan kerajaan UMNO/BN.

Besar mana peratus rakyat marhaen akan merasai Projek Permata Pintar yang menelan belanja RM100 juta dalam keadaan kelas-kelas Tadika dan Pra Sekolah tidak langsung mahu diperkasakan ?

Setakat mana kepedulian kerajaan UMNO/BN terhadap nasib hampir 80,000 graduan yang telah 2 hingga 3 tahun keluar Universiti tetapi masih menganggur dalam keadaan PTPTN harus terus dibayar. Ke mana perginya RM10 bilion untuk pakej rangsangan ekonomi tahu lalu?

Dalam keadaan terpekik terlolong rakyat didahulukan , GST iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Apakah boleh diyakini tidak akan ada ketirisan dalam perlaksanaan GST ini yang akhirnya nanti memberi kesan yang besar kepada para pengguna itu sendiri kerana dalam sistem kapitalis setiap kos akan kembali kepada para pengguna juga akhirnya ?

Lebih mengarut, Kerajaan UMNO/BN melalui Kementerian Pelajaran akan mengubah suai pemakanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah-sekolah dengan menyediakan makanan segera berperisa dalam kantung. Pakar-pakar kesihatan melarang kanak-kanak makan makanan segera, Kerajaan UMNO/BN memberi makanan segera!

Walaupun kadeah ini dikatakan masih dalam percubaan tetapi siapa percaya kaedah yang menguntungkan kroni ini tidak akan diteruskan?

Di manakah sikap kerajaan untuk membantu pengusaha kantin sekolah yang selama ini mampu mengharapkan wang RMT untuk perniagaan mereka? Kini pengusaha kantin yang terpaksa menguruskan banyak perkara dalam penyediaan makanan kantung, hanya mendapat 20 sen ? Nampaknya keuntungan RMT yang patut dinikmati oleh pengusaha kecil kantin sekolah akan dialih kepada kroni-kroni pemerintah !

Inilah antara kerja pelik dan degil yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN. Melakukan perancangan tanpa memikirkan nasib rakyat bukan urusan kerajaan ini. Yang penting terus memerintah dan terus 'membelasah' apa sahaja yang menguntungkan diri sendiri dan kroni ! UMNO/BN memalukan !

No comments: