Followers

Sunday, December 27, 2009

Isu calon luar di Kelantan

Telahpun terdengar gesaan dari pemimpin-pemimpin PAS peringkat negeri Kelantan agar PAS Kelantan meletak calon-calon tempatan untuk bertanding di negeri tersebut dalam pilihanraya akan datang. Sebab-musabab mengapa tiba-tiba cadangan ini dikemukakan tidak difahami dengan jelas. Namun demikian Tuan Guru Mursyidul Am katanya memberi perhatian untuk meneliti dan mengkaji cadangan tersebut.

Biasanya, tokoh-tokoh kanan PAS yang diletak untuk bertanding di Kelantan bukan sembarangan tokoh. Mereka merupakan tokoh-tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada PAS di peringkat pusat dan mempunyai buah fikiran yang berkesan dalam percaturan politik peringkat kebangsaan.

Persoalan yang berbangkit, jika bertanding di negeri lain apakah tokoh-tokoh berkaliber PAS masih mampu untuk muncul di Parlimen? Jika dilihat dalam situasi yang ada, di bawah pemerintahan UMNO/BN yang menguasai segala agensi, pengundi-pengundi di negeri-negeri lain rasanya masih belum boleh diharap untuk menghantar tokoh-tokoh kanan PAS ke Parlimen. Pemikiran politik mereka masih tertinggal jauh kebelakang dan kejumudan kuat mengongkong mereka berbanding dengan pengundi-pengundi Kelantan yang boleh dikatakan rata-rata mempunyai sikap mengundi yang drastik dan realitik.

Oleh yang demikian meletak calon-calon tokoh kanan PAS di luar Kelantan terutama di negeri-negeri Selatan (Johor, Negeri Sembilan dan Melaka) dan Pahang, di kawasan-kawasan yang tiada potensi kuat untuk menang memberi risiko yang tinggi terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya.

Persoalannya tokoh-tokoh kanan PAS diperlukan atau tidak dalam Parlimen adalah ditentukan oleh strategi PAS sendiri. Jika dirasakan tidak semesti tokoh-tokoh kanan perlu berada di Parlimen, maka bolehlah letakkan mereka bertanding mengikut negeri asal tokoh tersebut. Ustaz Nashruddin Tantawi di Parlimen Rompin, Tuan Ibrahim Tuan Man di Maran, Salehuddin Ayub kembali ke Johor, Dr Hatta kembali ke Selangor (?). Nasaruddin Mat Isa ke Negeri Sembilan. Semoga mereka boleh menang !

Pengundi hanya menunggu dan membuat pilihan apabila sampai masanya tetapi pengundi yang macam mana dan dari negeri mana yang boleh diharap untuk menjayakan strategi politik itu.

Akhirnya, apa juga permintaan, kehendak dan percubaan boleh dilakukan oleh PAS termasuk PAS Kelantan. Namun apa sahaja percaturan PAS yang mantap ke arah menguasai Putrajaya adalah langkah yang paling bijak dalam Piliharaya ke 13 nanti. Sesungguhnya segala usaha yang mampu mengurangkan halangan ke Putrajaya harus di kurangkan.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau Sabah menjadi fixed deposit bagi BN, maka Kelantan menjadi fixed deposit bagi PR dan PAS.
Selaku fixed deposit BN, wakil Sabah yang juga anak tempatan mendapat tempat sewajarnya dalam pimpinan parti dan pentadbiran kerajaan.

Tapi berapa orangkah wakil PAS kelantan terutama anak jati Kelantan berada dalam pimpinan Pas PUSAT. Kalau nanti PR dapat memerintah Kerajaan, berapa sangatkah penyumbang fixed deposit PR ini akan diberi peranan. Kalau dapat pun adalah wakil yang bukannya anak Kelantan tetapi memegang kerusi Parlimen di Kelantan. Anak Kelantan melopong sajalah.

PAS Kelantan perlu sedar bahawa ramai anak Kelantan yang berkelayakan. Janganlah sampai anak tempatan meninggalkan PAS Kelantan kerana sentiasa diketepikan akibat memberi laluan kepada calon impot. Adakah anak Kelantan akan diberi peluang di Terengganu atau Perak atau Pulau Pinang? Memang tepatlah saranan agar anak Kelantan diberi kembali semua kerusi di Kelantan. Janganlah mengikut cara UMNO. Walaupun anak Kelantan diletak, tapi dia bukanlah anak tempatan seperti Dato Pa anak Bachok yang mengaku anak Jeli. Ini satu penghinaan kepada anak Jeli. Ada dua peguam anak tempatan Batu Gajah seperti Zahari dan Adhan Kecik pun masih diketepikan dari mengetuai Jeli.Percayalah sampai bila pun Tok Pa tak akan serahkan kerusi kepada anak tempatan. Kalau PKR dikatakan dikuasai oleh oleh 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin, UMNO Kelantan pula dikuasai oleh MAA - Mustapa , Anuar, Awang (Adek)dimana jawatan UMNO Kelantan bergilir kepada 3 bersaudara ini. Adakah orang daerah lain bodoh sangatkah. Harapkan pimpinan PAS Kelantan memberi keutamaan kepada anak tempatan samada mewakili PAS atau PKR. Saya percaya PRU kali ini, PR mampu memberi pukulan KO pada BN Kelantan tanpa apa-apa kerusi dimenangi BN. Saya bersedia mendedahkan kaedah penipuan dan penyelewengan UMNO Kelantan setiap kali PRU diadakan.