Followers

Sunday, December 13, 2009

Hayat UMNO bergantung kepada Teori RAHMAN ?

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah bapa kemerdekaan Malaysia. Tunku merupakan presiden UMNO yang pertama menjadi Perdana Menteri Malaysia. Selepas Tunku, naik pula Tun Abdul Razak menjadi PM, bapa kepada PM Malaysia sekarang. Dengan kematian Tun Razak, Tun Hussein Onn pula memegang jawatan PM.

Selepas itu Malaysia terkenal dengan Perdana Menterinya yang terkenal dan digelar Bapa Pemodenan Malaysia, tapi baru-baru ini ditambah gelaran sebagai 'Bapa Segala Perkauman' oleh seorang Menteri UMNO sendiri. Sama ada gelaran yang diberi oleh Menteri itu boleh dimasukkan dalam fakta sejarah sebagaimana gelaran Bapa Pemodenan Malaysia, tidak dapat dipastikan ! Arkib boleh buat kajian !

Selepas PM yang terkenal itu, naik pula Tun Abdullah Badawi yang sering menyeru rakyat "jangan berkerja untuk saya tetapi marilah bekerja bersama saya". Kerana agaknya kata-kata keramat Abdullah Badawi itu maka beliau juga mendapat gelaran, tetapi bukan bapa apa-apa tetapi gelaran 'Pak Lah'. Entah siapa yang mula bagi kepadanya, tak dapat dipastikan !

Kerana menyampah agaknya dengan orang yang pernah melantiknya di situ dan menyibuk pula dalam urusan kerjanya sebagai PM, maka Pak Lah dengan tenang dan agaknya dengan rasa 'menyampah' berundur diri. Naiklah pula Najib Razak dengan gagasan 1Malaysia. Agaknya Najib juga mahu mendapat gelaran, mungkin 'Bapa 1Malaysia' ?

Sesampai sahaja kepada Najib Razak maka katanya lengkaplah apa yang dipanggil teori RAHMAN.

Menjadi isu besar selepas Najib. Najib yang menutup teori RAHMAN. Apakah masih ada teori selepas ini ? Kalau ada, apakah teori itu ? Hendak dimulakan dengan nama siapa atau huru apa?

Biasanya PM diganti oleh TPM. Kalau begitu, teori kedua sudah tentu teori MUHYIDIN. Persoalannya benarkah selepas Najib ialah Muhyidin berasaskan kepada huruf M ? Apakah M itu untuk Muhyidin ? Bagaimana kalau M itu Mohd Nazri Aziz (?)... huhuhu...atau M itu mungkin Mati ! UMNO mungkin akan MATI selepas ini ....selepas kemimpinan Najib ,kerana tulis Dr Mahathir seorang yang berkelulusan perubatan, 'UMNO busuk hingga ke usus' ?

Kalau itulah yang berlaku maka teori MUHYIDIN tidak akan relevan lagi ! Dan teori RAHMAN sebenar membawa 'sial' ?

No comments: