Followers

Saturday, December 26, 2009

Dr Hassan Ali join UMNO ?

Katanya esok akan berlaku satu perhimpunan untuk menghantar memorandum kepada PAS Selangor bagi mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat demi kepentingan bangsa Melayu. Dan katanya juga orang yang akan menerima memorandum tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Datuk Dr Hassan Ali. Betul atau tidak hal ini akan berlaku hanya dapat dipasti esok. Kalau betul, betullah dan kalau tidak, tidaklah.

Yang menariknya, katanya penggerak penghantaran memorandum itu ialah UMNO. Betul atau tidak, tak pasti. Tapi berdasarkan pengalaman lalu di mana-mana pun kerja-kerja menghasut, melaga, menculik, menghilang dan memprovok ini, memang kerja UMNO!

Kalau penghantaran memo itu digerakkan oleh PAS Selangor, memang tak logik. Tak logik mengikut peraturan jemaah. PAS Pusat dalam Pakatan Rakyat, PAS Selangor pulak di luar Pakatan. Tak munasabah langsung walaupun tidak mustahil berlaku. Tapi dalam PAS benda-benda begitu tidak biasa berlaku.

Kalau penghantaran memo itu digerakkan oleh penyokong-penyokong Dr Hassan Ali, munasabah, tapi ramai ke penyokong Dr Hassan Ali secara peribadi ? Kot-kot ada sebelah tangan je !

Katalah mereka ini buat juga, dua kemungkinan akan berlaku. Satu kemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti, maka akan berputih biji mata. Kalau terkeluar parti ke mana mereka hendak pergi, nak masuk UMNO ? Orang semakin ramai keluar UMNO, kita pulak nak masuk UMNO ! Sudahnya jadilah macam Ezam senyap di bawah tempurung !

Kemungkinan yang kedua penyokong-penyokong Dr Hassan Ali semuanya YB PAS (Ye ke?) . Mereka ini pun tidak akan terlepas dari tindakan disiplin. Katakan mereka keluar ramai-ramai dari PAS, maka mereka hanya dapat UMNO sahajalah. Pakatan Rakyat tak dapat, perjuangan Islam pun melepas kerana UMNO bukan parti Islam tapi parti Rosmah. Masalahnya tergamakkah YB-YB PAS Selangor keluar PAS sedangkan PAS disebut oleh Dr Yusof Qardhawi sebagai sebuah jemaah yang meneruskan perjuangan Islam Rasulullah SAW ? Senario kedua ini macam tak akan berlaku je !

Katakan pula Dr Hassan Ali seorang diri gagah-gagah keluar menerima memorandum, sudah pasti akan kena tindakan disiplin oleh parti kerana memorandum itu mendesak PAS Selangor keluar Pakatan! Berapa kali Dr Hassan Ali hendak kena tindakan disiplin? Katakanlah eleh ... Dr Hassan Ali tidak gentar langsung diambil tindakan kerana kalau diambil tindakan UMNOkan ada.... masuk UMNO. Dengan senang hati anytime Khir Toyo sudi menerima tetapi bagaimana pula dengan lafaz sumpah setia sewaktu menerima menjadi calon PAS dulu ? Tak tercerai ke isteri ? Talak berapa ?

Tergamak sampai ke situkah Dr Hassan Ali ?

Entahlah kerana dalam politik macam-macam boleh berlaku!! Dalam politik (jemaah) PAS pun macam-macam boleh berlaku? Macam UMNO je!

Apa-apapun tengoklah esok pukul 11.oo pagi diperkarangan Pejabat Perhubungan PAS Selangor.


No comments: