Followers

Thursday, November 26, 2009

Tok Pa meracau !

Ketua UMNO Kelantan, Datuk Mustafa Muahamad dengan prihatinnya berkata, kemelut PAS Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat Kelantan.

Apakah agaknya kemelut PAS Kelantan ?

Husam sokong Datuk Ahmad jadi MB Kelantan ganti Tok Guru. Nik Amar pun sokong Datuk Ahmad ganti Tok Guru. Tok Guru arah Ariffahmi letak jawatan. Ariffahmi akur letak jawatan dengan tenang dan terbuka. Siasatan SPRM dapat kerjasama.

Apa kemelutnya?

Sebenarnya Tok Pa pekakkan telinga, butakan mata, bekukan otak bahawa kemelut yang menjejaskan kepentingan rakyat Kelantan ialah rakyat Kelantan sepatutnya dapat royalti minyak sebaliknya, dapat wang ihsan. Tok Pa dan gerombolannya buat rakyat Kelantan macam peminta sedekah. Tidakkah itu menjejaskan rakyat Kelantan malah juga menghina !

Jadi bila Tok Pa kata kemelut PAS menjejaskan rakyat Kelantan sebenarnya dia sedang meracau !

2 comments:

redsoil said...

TOK PA TAK PAYAH SIBUK HAL PAS. TAK PAYAH SIBUK NIK AZIZ KENA BERHENTI. TAK PAYAH SIBUK HAL ANAK MENANTU SEDARA NIK AZIZ.

NAK TANYA GAK TOK PA. BILA TOK PA PULAK NAK BERHENTI. DAH LA DUDUK KAWASAN ORANG LAIN DI JELI, PROJEK BAGI SEDARA MARA DI BACHOK LEPAS SATU SATU DIA BAGI, KERJA PUN SEDARA MARA DAPAT. JELI TAK MAJU JUGA. BERAPA DAH PROJEK JELI YANG LARI KE BACHOK DAN KAWASAN LAIN, ORG JELI TERUS DITINGGALKAN. YG CERDIK SIKIT AKAN DIHALANG BALIK JELI. TOK PA TAK AKAN ADAKAN PENGGANTI.
KAMI JANJI PADA RAKYAT JELI UNTUK URUSKAN TOK PA INI PADA PRU13. ANAK JELI AKAN MENERAJUI JELI KALI INI SAMADA UMNO, PAS ATAU PKR.

tok wan din said...

Jeli mempunyai beberapa orang hebat di sektor korporat, pendidikan dan profesional. tapi tak cukup kuat nak mengalau orang Bachok ni balik kampung dia. Di Batu Gajah ada anak tempatan yang merupakan Pengarah Pos sebuah Negeri, ada 2 orang adik beradik peguam terkenal di kelantan. Hebat dalam politik UMNO. Itupun tak cukup kuat nak mengeluarkan seorang orang luar ni.

Saya setuju kita ramai-ramai sokong anak tempatan kali ini. Apa guna orang luar kalau bantuan air liur pun tak laku. belumpun kita minta projek yang memang payah nak bagi pada anak Jeli.