Followers

Saturday, November 28, 2009

BTN berniat baik...tak punyai niat jahat !!!

Mengikut laporan BERNAMA, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik.......tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

Begitulah hebatnya BTN. Siapa yang pernah mengikuti kursus itu tahu betapa 'hebatnya' BTN. Hebat menghasut peserta dengan doktrin politik sempit UMNO.

Betullah kata Muhyiddin BTN tidak berniat jahat....tidak berniat jahat kepada UMNO tetapi kepada yang bukan UMNO tiada yang baik, tiada semangat kenegaraan dan tiada perpaduan.

Padan begitulah..... orang Melayu terus mahu ditipu dan ramai yang masih tertipu selagi berada di bawah 'ketiak busuk' UMNO ! Proses menipu Melayu terus beroperasi.

1 comment:

warga IPTA said...

Kursus BTN jadi syarat wajib untuk sah jawatan dan juga untuk pensyarah mlanjutkan pengajian. Kalau tak ikut kursus BTN tak boleh further study. Tak boleh naik pangkat. Walau pun pegawai dah muak dengan kursus BTN yang tak ada perubahan, tetap kena telan juga.

BTN perlu ubah pengurusan. Letaklah orang yang profesional mengetuainya supaya BTN disegani semua pihak.

Kesilapan kerajaan adalah melihat organisasi BTN sebagai agen politik dan bukan sebagai agen pembina bangsa.

Bekas pemimpin pelajar yang tak ada kerja diserapkan dalam BTN. Apalah ada pada bekas pelajar nak memBTN bekas pensyarahnya dan pegawai senior mereka?

Menang aneh bila kedengaran ada kalangan pegawai BTN pun hentak kerajaan BN juga dibelakang-belakang sedangkan mereka makan gaji dengan BTN.

Memang bagi PKR, dAP dan PAS, BTN tak sesuai. tapi bagi kami golongan profesional pun juga BTN pun tak sesuai juga.

Mohon kerajaan jauhkan unsur politik dari BTN. Golongan kami memang menyokong government of the day. Tapi cara keterlaluan menyogok oleh BTN membuatkan ramai mengelak dari mengikuti program BTN kecualilah dalam keadaan terpaksa kerana perjawatan mereka. Kalau diberi pilihan tentunya mereka memilih untuk mengelak mengikuti program BTN.