Followers

Monday, October 19, 2009

UMNO kian lelah dan semput untuk berubah

Orang tua-tua ada mengatakan kalau hendak berubah menjadi baik hendaklah sebelum berumur 40 tahun. Jika sudah melebihi usia tersebut maka payah berubah. UMNO! Bolehkah UMNO berubah?

Realitinya selepas usia 40 tahun UMNO tidak pernah berubah, mudahkah UMNO berubah selepas menghampiri usia 60 tahun? Usia UMNO yang telah mencapai usia emas mampukah untuk memungkinkan berlakuya sebarang transfomasi di dalam dan dasar UMNO yang usang itu?

UMNO kelihatan begitu tua dan mengikut hukum akal UMNO telah mencapai usia 'rumah kata pergi, kubur kata mari' ! Sempatkah UMNO berubah sebelum ianya menemui kematian? 3 tahun lagi UMNO akan menghadi pilihanraya. Apakah pilihanraya ke 13 nanti akan menjadi kubur besar buat UMNO?

Sesiapapun boleh buat perubahan atau transfomasi tetapi perubahan di usia tua memerlukan pemimpin yang berintegriti untuk mencapai apa yang diuar-uarkan. Apakah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini masih berintegriti untuk membuat sebarang perubahan?

Sekilas pandang kepada pemimpin UMNO, memang rasa hendak ketawa dan loya tekak bila mendengar mereka bercakap mahu berubah untuk menjadi semakin berintegriti dalam menguruskan parti mereka apatah lagi negara ini. Pilihanraya Bagan Pinang peristiwa yang terhampir membuktikan betapa tidak berintegriti kerajaan UMNO/BN.

Memang pemimpin UMNO akan berubah, bukan berubah menjadi semakin berintegriti tetapi terus berubah menjadi pemimpin pakar untuk berubah menjadi semakin beretorik dengan slogan-slogan baru. Slogan bersih, cekap dan amanah telah dibakul sampahkan. Slogan Islam Hadhari lenyap entah ke mana. Kini slogan 1Malaysia masih tak tahu hujung pangkal.

Itulah perubahan, transfomasi gaya dan cara UMNO yang dilaung-laungkan dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. UMNO kini lelah, semput dan penat !

No comments: