Followers

Friday, October 02, 2009

Senyuman manis Isa Samad

Apabila ditanya mengenai apa yang dikatakan penerimaan mantan Perdana Menteri terhadap dirinya sebagai calon UMNO/BN bagi DUN Bagan Pinang, Isa Samad hanya berkata:

"Apa lagi saya nak cakap? Saya hanya mampu tersenyum... dengan komen beliau sebelum ini pun saya senyum, komen terbaru beliau juga saya hanya akan tersenyum."

Senyum yang mengandungi pelbagai makna, bukan senyum kambing tetapi senyum Isa Samad :

1. Dulu kenallah siapa Mahathir. Sekarang siapa Mahathir ha?

2. Ha...ha...ha....Mahathir...Mahathir....dengkilah tu !?

3. Eleh sibuk, macamlah dia tu berkuasa. Tak sedar diri sungguhlah!?

4. Kini kata-kata mu sudah tiada erti lagi !?

5. Pilih 'aku' rusak UMNO konon, UMNOkan dah mula rusak zaman 'kau' lagi !?

6. Padan muka...jangan hendak permudahkan penyokong-penyokong aku. Aku masih ada penyokong tau !

7. Ha...ha...ha...Najib tak ikut kata Mahathir lagi. !?

8. Biarlah dia kata apapun, dia tu kan dah.......!?

".......saya hanya mampu tersenyum dan akan terus tersenyum !!".

Bertuah Isa Samad, akan terus tersenyum dia berbanding yang mengundi Isa Samad, sampai bila agaknya akan terus tersenyum ?

No comments: