Followers

Sunday, October 11, 2009

Semangat terus membara - perjuangan semakin bersemarak !

Nampaknya orang-orang Bagan Pinang lebih memilih calon yang pernah tercemar rasuah politik wang berbanding calon bersih dan berintegriti. Gaya mesra calon itu telah menutup segala kekotoran politiknya. Perkiraan politik tradisi bangsa Melayu lebih senang dengan orang yang pandai menyapa mesra berbanding dengan persoalan prinsip Islam dan integriti calon.

Jika beginilah corak pemikiran politik bangsa ini, bermakna jalan kemusnahan tamadun bangsa sedang diteroka. Jika terus berfikiran politik seperti ini, bangsa Melayu akan hilang daya saing dan menuju kepada keruntuhan kualiti.

Apakah corak pengundian Bagan Pinang mewakili pemikiran politik tradisi orang-orang Melayu yang menganggap UMNO adalah segala-galanya walaupun parti itu bukan lagi alat yang mampu menjadikan bangsa ini hebat dan berkualiti? Pilihanraya ke 13 nanti akan memberi jawapan.

Keputusan PRK Bagan Pinang ini akan terus menyemarakkan perjuangan kita untuk meletakkan Islam sebagai pentadbir segalanya di negara tercinta ini. Kita akan tetap teruskan perjuangan yang tidak mudah ini. Allahu Akbar !!

No comments: