Followers

Saturday, October 24, 2009

Saat kehancuran PAS kian hampir !

Sebagai insan kecil yang tidak banyak berjasa kepada parti namun sangat menyanjungi dan mendokong perjuangan parti yang mahu menegakkan agama Allah yang mulia saya sesak dan kadang-kadang terasa malu dengan apa yang berlaku di atas.

Mengapa sekecuh itu jadinya dengan hanya sebutir kekalahan di Bagan Pinang. Dengan satu kekalahan yang memang telah diduga, ramai orang menjadi gedebe terhadap Presiden PAS. Saya sedih dengan pandangan yang tidak seronok yang ditalakan kepada kepimpinan Presiden yang memang saya tahu tidak maksum tapi apalah salahnya beliau jika hendak dibandingkan dengan Presiden UMNO.

Nampaknya orang-orang PAS perlu belajar dengan orang-orang UMNO yang pandai menghurmati presidennya walaupun siapalah Presiden UMNO itu berbanding Presiden PAS. Menunjukkan sikap mahu Presiden PAS diganti disaat ini adalah satu perbuatan yang melampau. Sekali lagi saya katakan Presiden dan Mursyidul Am PAS tidak maksum. Tapi kalau hendak guling Presiden PAS pun buatlah cara beradab. Lebih baik tunggu pemilihan parti bukan sampai 10 tahun pun.

Tak kiralah cadangan siapapun....apa tujuan melaksanakan EGM? Untuk membuat pemilihan baru? Untuk undi tidak percaya kepada presiden? Untuk undi tidak percaya kepada kepimpinan Presiden? Sakit hati kerana Presiden bersikap mendiam diri dalam banyak isu? Betulkah? Kalaupun betul tidak bolehkah yang dikatakan Jemaah Islam bersabar. Konon kata orang Islam ni kesabarannya tinggi? Tak kanlah kerana hanya hendak menang pilihanraya ke 13 semua telah hilang sabar dan menjadi gedebe.

Nak kejar pilihanraya ke 13 apa....apakah pasti jika hasrat agar Presiden PAS dan kepimpinannya diguling, PAS dan Pakatan akan pasti menang ? Bolehkah orang-orang PAS berfikir begini? Kalau orang di luar PAS lantaklah.

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan namun saya sebagai ahli kecil di bawah sana, saya juga tidak suka cara penyelesaian yang hendak dilaksanakan seolah-olah mahu mengguling Presiden PAS yang ada. Semua pemimpin di atas alim-alim belaka, profesional belaka tapi masih lagi bertengkar, menekan dan medesak sesama sendiri. Apa ni!

Nampaknya kita asyik berprasangka bahawa dikeliling Presiden PAS ada virus yang merosakkan parti. Apakah virus seumpama itu tidak ada disekeliling Mursyidul Am PAS ? Jika prasangkalah cara bekerja PAS maka PAS akan hancur tidak lama lagi. Untuk mengelak PAS hancur bukan virus sekeliling presiden sahaja yang perlu dibuang tetapi virus disekeliling Mursyidul Am juga harus dibuang.


2 comments:

usra said...

saya sokong TGNA tetapi tidaklah membenci TGHH. Tidak adillah jika keputusan muktamar yang lepas menyokong PR dilanggar sesuka hati walaupun ditegur berulang kali. Bila dilanggar nampak sangatlah macam golongan ini menggunakan TGHH utk menguasai PAS walaupun pada pendapat saya tidaklah sampai masuk UMNO. kalau tiada TGNA memang dah lama PAS hancur kerana tiada orang 'senior' yang lebih dihormati berbanding beliau.

usra said...

http://g-82.blogspot.com/2009/10/menafsir-tindakan-tuan-guru-nik-abdul.html