Followers

Wednesday, October 07, 2009

PPSMI juga merugikan anak-anak tentera

PPSMI; Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Golongan tentera, baik pengundi biasa mahupun pengundi Pos di DUN Bagan Pinang harus memikirkan implikasi buruk PPSMI terhadap masa depan anak-anak mereka. Janji pihak kerajaan mahu memansuhkan PPSMI tidak begitu meyakinkan. Tempoh pemansuhan PPSMI yang terlalu perlahan ini bagaikan mengandungi muslihat yang sukar diduga.

Golongan tentera harus memikirkan bahawa golongan rakyat marhain yang ramai telah tidak sanggup lagi melihat anak-anak mereka termasuk anak-anak golongan tentera sendiri menjadi mangsa PPSMI. Pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran sentiasa berdolak-dalih untuk memansuhkan PPSMI serta merta seperti mana dituntut oleh rakyat khususnya orang-orang Melayu.

Oleh yang demikian, rakyat terutama golongan tentera seharusnya turun mendengar hujah oleh Pak Samad Said yang sedang berada di Bagan Pinang untuk menjelaskan isu yang merugikan anak-anak Melayu ini.

Golongan tentera yang sedar akan ancaman PPSMI yang tidak dimansuhkan segera, terhadap masa depan anak-anak mereka, harus turut bersama dengan masyarakat awam untuk memberi pengajaran kepada kerajaan UMNO/BN melalui peti undi dengan mengundi calon Pakatan Rakyat dari PAS di Bagan Pinang.

PPSMI banyak memberi masalah kepada para pelajar Melayu termasuk anak-anak para tentera sendiri. Jom kita protes sikap berlengah dan tidak serius kerajaan UMNO/BN dalam memansuhkan PPSMI segera, dengan tidak memberi undi kepada calon Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang ini.

No comments: