Followers

Monday, October 26, 2009

Pasukan Tok Guru Nik Aziz 'bertempur' dengan Pasukan Tok Guru Haji Hadi ? - Malaysiakini

Walaupun hati ini tersentuh dengan 'amukan' Tok Guru Nik Aziz kepada jemaah ini, "nak pecah...pecah gi lah!", saya sebagai ahli kecil cawangan yang nun jauh di pedalaman, yang tak banyak jasa kepada parti, benar-benar berharap Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada hari Rabu ini, benar-benar digunakan untuk menyelesaikan segala kemelut yang berbangkit sehari dua ini. Gunakanlah platform mesyuarat itu sebagai mekanisma untuk menyatukan pemimpin-pemimpin PAS di atas sana.

Pemimpin-pemimpin yang akan bermesyuarat pada hari Rabu ini adalah para pemimpin yang telah mengajar saya untuk berusrah, bertamrin dan sebagainya serta wala' kepada perjuangan parti. Macam-macam mereka ajarkan saya untuk menjadi ahli jemaah yang baik, berkesan dan rasional dalam berpolitik. Apakah guru-guru saya di atas sana hanya tahu mengajar saya tetapi tidak mempraktikkan apa yang diajar apabila bertembung sesama sendiri?

Mesyuarat pada hari Rabu ini wajar memberi kata putus kepada segala jenis virus jika ada, disekeliling Presiden parti serta yang mungkin juga ada disekeliling Mursyidul Am dan ambil tindakan juga kepada mereka. Saya sudah muak melihat keputusannya hanya sekadar peluk-peluk, bersalam-salam, cium-cium selepas itu berantakan semula. Keputusan muktamat kepada permasalahan yang berbangkit perlu dicapai.

Jika keputusan yang jelas dan tegas tidak diambil maka sahlah PAS kini terdiri dari pasukan Tok Guru Nik Aziz dan Pasukan Tok Guru Haji Hadi Awang. Kedua-dua pasukan ulama dan Tuan Guru PAS ini sedang 'bertempur' kini. Itukah rupa PAS kini ?

Siapakah yang kami hendak pilih kerana kedua-duanya pemimpin dan Tok Guru kami. Dan kami juga sayang jemaah ini kerana perjuangan Islamnya.

Bermesyuaratlah dengan cermat dan jangan main-main.



No comments: