Followers

Monday, October 12, 2009

Isa Samad pujaan tentera dan orang-orang Bagan Pinang !

Tahniah Tan Sri Isa kerana menjadi wakil rakyat semula. Alangkah bertuahnya Tan Sri kerana hanya dihukum UMNO bukan oleh mahkamah!

Pada pengamatan saya, kemenangan BN di Bagan Pinang dengan majoriti yang begitu besar bukanlah kemenangan UMNO/BN tetapi kemenangan Tan Sri Isa Samad sebenarnya.

Nampaknya terbukti walau bagaimanapun Isa Samad, dia memang seorang tokoh popular di Bagan Pinang yang terdiri dari pengundi-pengundi yang realitinya bukan mempunyai pemikiran politik atau pengundi yang tidak kisah hal politik. Gaya mesra Isa yang santai menjadikan pengundi-pengundi Melayu lebih berminat walaupun maruah tercalar.

Itulah cara sebahagian besar orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Tak kira bagaimana calon itu hitam atau putih, asalkan calon itu sanggup belanja minum di gerai, boleh bergelak ketawa, bertempuk tampar dan bergurau senda, calon itu akan menang. Orang Melayu suka sangat kalau orang macam Isa Samad datang tepuk bahu dia! Satu kampung dia akan bercerita!

Jadi jelaslah kemenangan di Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi Isa Samad sebagai pujaan orang-orang Bagan Pinang bukan kemenangan UMNO/BN. Jadi tak payahlah Perdana Menteri mendakwa kemenangan itu sebagai tanda penerimaan rakyat kepada UMNO dan terhadap kononnya perubahan dasar dan gaya kepimpinannya selagi Perdana Menteri tidak berani 'mengarahkan' pembubaran DUN Perak !!

No comments: