Followers

Tuesday, October 13, 2009

Banyak lagi kerja yang PAS mesti lakukan kerana 'Bagan Pinang' masih banyak !

Percaya atau tidak, realitinya banyak lagi kawasan yang seperti Bagan Pinang. Penduduk dari jenis tidak bercara (tidak ambil kisah) soal politik. Golongan ini tidak kisah apa yang berlaku dari sudut politik dan jika pun mereka memikirkan soal politik, pemikiran mereka begitu mudah, kekal status quo. Pangkah BN !

( Hhhooouuuuu....mujur ada UMNO...!!!!)

Golongan ini juga adalah golongan yang tidak suka politik dan tidak suka orang berpolitik, lantaran itu golongan ini amat jahil akan erti dan pentingnya berpolitik. Jika ternampak orang berpolitik secara bersemangat, orang ini akan menyampah lalu mereka akan memekakkan telinga kepada sebarang isu politik.

Mereka ini sangat seronok jika orang penting-penting mendekatinya, berborak dengannya, bermesra dengannya, tepuk-tepuk bahunya. Kalau orang penting-penting buat begitu kepadanya, mereka akan puji, "bagusnya, baiknya, rendah diri dia!" Politik Melayu kampung!!

Satu golongan lagi, golongan UMNO totok, kentut Isa Samad pun dikatakan mampu mengaurakan Isa Samad atau pemimpin UMNO 1Malaysia!

Hal ini seharusnya menyedarkan PAS bahawa banyak lagi kerja yang PAS mesti lakukan untuk memenangi kawasan seperti Bagan Pinang.

Sesungguhnya banyak lagi kawasan yang seperti Bagan Pinang yang tidak kisah anak-anak mereka yang masuk IPT, keluar nanti jadi penghutang! PPSMI masih belum dimansuhkan! Dan macam-macam lagi isu yang membelit moral dan akhlaq remaja Islam. Mereka tak kisahpun kerana bagi mereka "mujur ada UMNO/BN, kalau tidak kebulur kita!"

1 comment:

mazlanyasin said...

Orang Bagan Pinang @ yang "sekufu " denfgannya nampak sangat ramai yang jahil Agama.

Surau banyak yang kosong.

Ada petugas PAS dimarahi kerana tazkirah maghirib disurau.

Paling memeranjatkan ada yang kena marah kerana tak ucap terima kasih kepada orang tempat selepas guna surau untuk solat jamaah.

Kawan tak pernah jumpa lagi manusia sejahil dalam Malaysia.