Followers

Monday, October 05, 2009

Apakah orang Negeri masih sanjung Isa Samad ?

Dengan menggayakan diri popular, apakah Isa sedar bahawa zamannya telah berlalu ? Apakah Isa masih fikir bahawa orang Negeri masih menyanjungi beliau?

ISA nampaknya masih tidak sedar bahawa orang Negeri sembilan termasuk orang di Bagan Pinang tahu bahawa:

1. Zaman Isa-lah munculnya kes babi sehingga Negeri Sembilan hampir digelar Negeri Sembilan Darul Khinzir. Apakah Isa ingat orang negeri suka dan gemar dengan peristiwa ini ? Orang negeri Sembilan tahu bahawa Isa sangat lemah dan tidak telus dalam menguruskan permasalahan ternakan babi di negeri yang dia menjadi Menteri Besar waktu itu.

2. Zaman Isa menjadi Menteri Besarlah beliau katanya 'mengarahkan' pihak berkuasa agama Islam Negeri Sembilan menutup kes khawat seorang ahli politik berpengaruh dengan seorang artis.

3. Sewaktu Isa menjadi Menteri Besar, Isa diketahui seluruh dunia bahawa dia telah terlibat dalam rasuah politik wang yang menyebabkan UMNO sendiri menghukumnya selama 3 tahun. Najib kata Isa telah dihukum berat oleh UMNO. Lagipun kata Najib, Isa hanya bersalah dari segi tekniksal sahaja dan bukan salah dari segi undang-undang. Nampaknya UMNO memang memunahkan tamadun bangsa kerana memberi wang kepada perwakilan UMNO agar menyokongnya hanyalah satu kesalahan teknikal bayangkan kalau salah dari segi undang-undang, banyak manakah wang yang digunakan ?

4. ISA Samad seorang yang perasan popular sedangkan orang Bagan Pinang tidak mendapati Isa seorang yang popular.

Kalau tidak ada undi POS, Isa berkemungkinan besar akan kalah teruk. Jadi 'nyawa' politik ISA sekarang hanya bergantung kepada undi POS.

Soalnya sekarang apakah askar-askar yang mengundi POS akan berperanan besar meletakkan seorang yang pernah dihukum rasuah menang?

Kita saksi kan nanti, apakah orang nogori masih menyanjungi perasuah ?

No comments: