Followers

Thursday, September 03, 2009

Zambry Kadiq, bubar DUN Perak untuk rakyat membuat penilaian !

Dalam Buletin Awani petang tadi MB mahkamah Perak, Zambry Kadir mengulas tentang apa yang berlaku pada hari Rabu yang lalu iaitu persidangan DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker yang masih sah DUN Perak, YB Sivakumar.

Kata Zambry, apa yang berlaku pada hari Rabu semalam, biarkan rakyat sendiri melihat dan menilai siapa YB-YB Pakatan Rakyat yang sebenarnya.

Zambry juga yakin peristiwa itu menambah lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan mahkamah Perak.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya ia itu dari ulasan Zambry tadi, telah menambah keyakinan rakyat Perak bahawa Zambry sebenarnya hanyalah hero yang berdegar-degar di dalam sidang akhbar beliau sahaja. Lebih teruk lagi Zambry dengan gerombolan UMNO/BNnya adalah golongan ahli politik yang tidak yakin kepada kemampuan sendiri dan sering bercakap seolah-olah tidak sedar apa yang dia cakapkan.

Macam mana Zambry suruh rakyat Perak menilai, jika tanpa pembubaran DUN Perak ? Jika Zambry yakin beliau dan gerombolan UMNO/BNnya semakin diyakini rakyat Perak, bubar DUN Perak segera untuk mendapat kuasa yang lebih meyakinkan bagi memudahkan beliau mentadbir Perak tanpa gangguan. Kenapa Zambry kelihatan kecut perut untuk membubarkan DUN ?

Zambry sebenar merapu dalam keadaan seolah-olah tidak sedar apa yang dia cakapkan. Kalau dia sedar apa yang dia cakapkan, dia sudah tentu berani memohon bubar DUN Perak segera !

1 comment:

Anonymous said...

krajaan mahkamah mmang cam tu..kena plak MBnya mmang pakar bab politik,,lulusan sains politik katakan tentu cekap bab nak menipu rakyat perak..yg pasti rakyat perak bukan sebodoh yg disangka oleh MB mahkamah ni..datuk aku boleh la krajaan mahkamah ni tipu..