Followers

Friday, September 25, 2009

Sultan sukar mendapat jodoh

LONDON - Seorang lelaki Turki, Sultan Kosen disahkan manusia tertinggi di dunia selepas seorang lelaki Ukraine, Leonid Stadnyk enggan membenarkan ketinggiannya diperiksa.

Guinness World Records mengesahkan Sultan, yang memiliki ketinggian 2.47 meter, kini manusia tertinggi di dunia.

Stadnyk, 39, yang menjadi penyandang gelaran sebelum ini dilaporkan mempunyai ketinggian 2.57 meter.

Sultan, 27, memberitahu wartawan di London bahawa beliau mahu menggunakan status barunya untuk mencari jodoh.

“Sehingga kini sangat sukar bagi saya untuk mencari teman wanita,” kata Sultan.

“Saya tidak pernah mempunyai teman wanita. Saya harap dapat menemui ramai gadis dan mencari pasangan untuk berkahwin selepas menjadi terkenal,” katanya.

Menurutnya, memiliki ketinggian bukan satu kelebihan kerana ia menyukarkannya memasuki kereta biasa atau memilih pakaian sesuai.

Antara kelebihan berbadan tinggi ialah boleh melihat orang dari jauh, katanya.

No comments: