Followers

Saturday, September 26, 2009

Kerajaan UMNO/BN Pahang

Menurut laporan Suara Keadilan 1-8 September 2009, Kerajaan Pahang hadapi saman berjumlah RM5 billion.

Kerajaan Pahang yang diperintah UMNO/BN hasil dari amanah yang diberikan oleh rakyat melalui setiap pilihanraya, yang terpaksa menanggung dua saman berjumlah hampir RM300 juta sebelum ini, kini dibebankan dengan tiga lagi saman daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama.

Ini bermakna dalam tempoh antara April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob yang diberi sokongan berterusan oleh rakyat Pahang disaman lebih RM600 juta oleh empat buah syarikat.

Menurut Suara Keadilan berkenaan, yang lebih menggemparkan, keseluruhan saman yang dihadapi kerajaan negeri UMNO/BN kini dalam lingkungan RM5 bilion, termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Tan Seri Khalil Yaakob.

Ketika mendedahkan perkara ini kepada Suara Keadilan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata kerajaan BN telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab sama sekali dengan menggadai masa depan Pahang dan rakyatnya.

"Kesemua kes saman terhadap kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang adalah disebabkan amalan rasuah, kronisma, penyelewengan dana dan salah urus tadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh UMNO/BN.

"Hak dan nasib rakyat Pahang diketepikan tetapi yang lebih penting bagi UMNO/N|BN ialah kekayaan yang dikaut melalui kontrak-kontrak yang diagih-agihkan sesama mereka. Apabila berlaku masalah, rakyat Pahang yang terpaksa menanggungnya," jelas Azan.

Menurut Suara Keadilan lagi, sekiranya jumlah saman RM5 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduk Pahang yang seramai 1,483,600 orang setiap rakyat Pahang termasuk bayi yang baru lahir termasuk yang masih di dalam buaian terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370.

No comments: