Followers

Tuesday, September 08, 2009

Kali ini Najib yang mulakan bukan Muhyiddin lagi !

Untuk Permatang Pasir, Muhyiddin mulakan di Johor dengan isu 'Anwar Pengkhianat Bangsa'. Akhirnya isu yang dilaungkan Muhyiddin makan diri.

Nampaknya untuk PRK Bagan Pinang, Najib memulakannya sendiri di Kelantan tanpa lagi mengharapkan Timbalannya, dengan membawa isu yang sebenarnya sudah tidak relevan kepada PAS, "UMNO sedia berunding dengan PAS demi kepentingan Islam". Macam isu Kerajaan Perpaduanlah tu!

Mulai hari ini media massa akan mula menyiarkan komen-komen pengampu lapuk dari pelbagai bidang. Dan ramailah juga para 'cendik pandai' UMNO/BN akan diminta mengulas dan konon menganalisis dalam rancangan analisis politik untuk berusaha membentuk public opinion kononnya 'PASlah yang sebenarnya tidak mahu perpaduan bukan UMNO.' Tak percaya tunggu dan lihat !

UMNO kian panik di Bagan Pinang setelah mampu mengelak di Kota Seputih. Nampaknya UMNO merancang tetapi perancangan Tuhan lebih tepat. Ke mana UMNO nak lari lagi ?

1 comment:

kelambuharimau said...

insyaallah umno akan menang majoriti yang besar di bagan pinang nanti..atas dugaan tuhan bagi kemenangan kepada pakatan jahanam di kebanyakan tempat..rupanya lagilah teruknya pakatan jahanam ni..