Followers

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang, siapakah pilihan orang Melayu ?

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang nampaknya begitu penting kerana ia akan benar-benar menguji pemikiran dan tindakan politik orang Melayu. Walaupun terdapat lebih kurang 4ooo undi Pos yang memberi kelebihan kepada UMNO, namun undi orang Melayu yang bukan dari undi Pos akan menjadi begitu penting. DUN seperti Bagan Pinang inilah yang akan benar-benar mampu memberi bacaan sahih pemikiran politik orang Melayu; berubah atau masih pemikiran politik takuk lama, UMNO adalah segala-galanya ?

Apakah orang-orang Melayu yang menjadi pengundi di Bagan Pinang akan mengambil kira persoalan integriti, amanah, tidak rasuah, bersih dan lebih islamik seseorang calon ? Atau orang-orang Melayu kawasan yang dikatakan kubu kuat UMNO masih berfikiran politik lapuk; kalau UMNO kalah, makan ubi kayulah kita ?

Isa Samad yang UMNO dapati pernah terlibat rasuah politik wang atau Saudara Zulkifli Muhamad Hj Omar dari PAS Pakatan Rakyat, seorang yang tiada sebarang kes kecalaran integriti ?

Apakah pengundi-pengundi Melayu Bagan Pinang memilih integriti atau memilih menjadi mangsa UMNO yang akan terus berpecah dengan politiking nanti, kerana kemenangan Isa Samad tentu menjadi ancaman kepada kem MB negeri itu!

Bagan Pinang akan memberi jawapan !

No comments: