Followers

Wednesday, September 30, 2009

BN tandus pemimpin berintegriti: Mahfuz


SHAH ALAM - Pemilihan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang membuktikan Barisan Nasional (BN) ketandusan calon yang mempunyai kredibiliti dan integriti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemilihan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga menunjukkan BN tidak konsisten dalam usaha membanteras amalan politik wang dan rasuah.

“Tahniah kepada BN yang berjaya mengumumkan Isa sebagai calon. Bagi mereka inilah calon yang bersih, berkredibiti dan berintegriti.

“Inilah calon yang terbaik di mana pernah dihukum oleh parti kerana terlibat dalam amalan rasuah. Dalam hal ini kita bangkitkan isu integriti bukanlah soal peribadi,” katanya kepada :Sinar Harian:, di sini semalam.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Isa Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober ini.

Mahfuz berkata, pemilihan Isa membuktikan UMNO ‘hanya hangat-hangat tahi ayam’ dalam usaha memilih pemimpin yang benar-benar berintegriti, begitu juga dengan mengekalkan Datuk Seri Ali Rustam sebagai Menteri Besar Melaka.

“UMNO tidak perlu mengadakan perhimpunan agung pada Oktober ini untuk membincangkan pindaan perlembagaan UMNO jika masih kekalkan calon tidak bersih sebagai pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan Isa sebagai calon pemimpin merupakan satu penghinaan kepada pengundi di Bagan Pinang terutama ahli-ahli UMNO.

“Harap rakyat tidak membiarkan diri mereka dihina oleh UMNO dengan memilih calon pemimpin yang memalukan. Jangan biarkan diri dihina oleh UMNO dan terjebak ke kancah hina,” katanya. Sinarharian.

No comments: