Followers

Sunday, August 23, 2009

Tok Guru berkata...

Inilah kata-kata Tok Guru Nik Aziz yang diputarbelitkan oleh wartawan media arus perdana sehingga ramai orang termasuk Mufti Perak dan Majlis Fatwa terbelit:

Setelah didesak, media pro-BN menyiarkan transkripsi kenyataan Tok Guru dan terbukti kenyataan beliau tidak dilaporkan dengan betul.

Dalam transkripsi kenyataannya, Tok Guru berkata:

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.

"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Aku yang sekolah atap pun reti maksud Tok Guru tu....orang U boleh tak faham ? Koman !!!

3 comments:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Kami berdoa siang malam agar kenyataan Tok Guru diputar belitkan oleh Utusan, Berita Harian dan semua media milik Umno.

Kenapa kami berbuat demikian? Ya, pada peringkat awal selepas kenyataan Tok Guru diputar belit, memang timbul pelbagai kesan negatif kepada Tok Guru dan PAS sendiri.

Tetapi, rakyat Malaysia sekarang ini bukan jenis buta mata hati. Mereka akan terus mencari kebenaran. Mereka akan korek kembali kata-kata asal Tok Guru. Hasilnya, nama Tok Guru dan PAS kembali jernih dan nama pencacai Umno BN seperti Utusan dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya akan jadi kotor dan tidak dipercayai lagi.

Makin banyak mereka putar belit kenyataan Tok Guru, makin ramai rakyat yang akan sokong Islam, PAS dan Tok Guru.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Umno pun sebenarnya reti dan sangat faham apa yang diungkapkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu.

Tetapi disebabkan kebebalan yang semakin menebal, dan diselaputi ego yang menggunung, Umno buat2 tak faham. Sengaja putar belit cerita.

Kerja menyesatkan Umat Islam ni memang kerja Umno, dulu kini dan selamanya...

www.pemudakemehe1.blogspot.com