Followers

Sunday, August 02, 2009

Setelah rasa macam menang di MU, UMNO mahu rasa macam menang pula PP

Nampaknya UMNO begitu bersemangat mahu menghadapi PAS di DUN Permatang Pasir. Para pemimpin UMNO telah berbuih-buih mengulas bahawa mereka akan tetap meletak calon untuk menentang PAS. Kata pemimpin-pemimpin UMNO dalam TV 3 dan Awani tadi mereka yakin mereka akan berjaya seperti di Manik Urai.

Entahlah melihatkan gelagat pemimpin UMNO, terasa juga hendak ketawa. Mereka sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. Diulasnya keputusan PRK Manik Urai seolah-olah UMNO yang menang. Begitulah para pemimpin UMNO terlalu perasan, kalah pun dirasakan menang.

Kata Ketua Penerangan UMNO, UMNO akan menggunakan antara kaedah kempen di PRK Manik Urai. Kata pengulas politik yang entah datang dari mana itu, jika UMNO guna kaedah di Manik Urai, UMNO boleh menang !

Kalau itulah kaedah yang UMNO akan gunakan, sudah pasti wang akan 'mencurah-curah turun dari langit' ! Dan sudah tentu juga jambatan akan dijanjikan dibina di Permatang Pasir! Di Manik Urai, UMNO yakin janji membina jambatan Manik Urai oleh TPM menyebabkan mereka kalah tipis. Soalnya adakah jambatan yang perlu dibina diPermatang Pasir.

Satu kaedah lagi ialah DUN Permatang Pasir akan ditawarkan sebagai 'anak emas' kerajaan pusat sebagaimana Manik Urai ditawarkan dulu. Bertuahlah orang-orang Permatang Pasir kerana Permatang Pasir bakal menjadi anak emas kalau UMNO menang.

Akan mungkin ada nanti surau yang akan dirobohkan untuk dibina baru ? Di Manik Urai katanya ada surau yang d roboh untuk dibina baru tetapi ditolak oleh penduduk kampung.

Kaedah Manik Urai seterusnya yang akan digunakan di Permatang Pasir ialah menjemput Ibrahim Ali datang berkempen dan juga bagi melaksanakan satu strategi khas. Berahim Ali kan pakar strategi !

Seterusnya ialah Pondok Panas. Pondok Panas akan jadi macam iklan biskut, sekejap ada sekejap tak ada. Di Permatang Pasir ni rasa-rasa macam akan ditiadakan.

Dan UMNO juga akan menayangkan serta menjemput tokoh-tokoh dan prof-prof yang entah apa-apa, mengulas dalam rancangan khas medianya setiap hari kononnya Husam masih 'bergaduh' dengan Ustaz Nasa. Tok Guru Nik Aziz 'menguasai' PAS bukan Tok Guru Haji Hadi. PAS 'dikuasai' DAP. Dan langkah pertama media hari ini mengatakan PKR mahu bertanding di DUN Permatang Pasir. Perkara ini akan menjadi tajuk utama media perdana esok.

Akhirnya, siapakah yang akan diletak sebagai calon bebas ? Berapa ramai ?

No comments: