Followers

Thursday, August 27, 2009

Sebat aje lah !!

Isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno adalah hukuman biasa mengikut urusan mahkamah syariah.

Mufti Perak kata sebat sajalah mengikut yang dihukum. Presiden PAS kata sebatan dalam hukum Islam bukan sebatan yang mendera dan mencederakan. Kata Presiden PAS lagi, penyebat tidak boleh nampak ketiak sewaktu menyebat. Kiasnya. rasa-rasanya macam suami dibenarkan pukul isterilah...bukan penampar, pelempang, penerajang...ambil sapu tangan pukul...alahai !!

Kartika pula sedar dan redha dengan hukuman yang diterima dan sehingga kini Kartika tidak mahu merayu walau digesa oleh PM Najib sekali pun. Jadi apa masalahnya dalam keadaan pesalah itu sendiri telah redha dengan hukuman tersebut? Sepatutnya hukuman tersebut dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Tak semena-mena Peguam Negara katanya masuk campur (atas arahanlah gamaknya tu) hingga hukuman tertangguh. Hishamuddin pula kata tiada penyebat terlatih. Inilah kartunnya pengurusan syariah Islam di bawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN. Undang-undang syariah ada, tukang sebat terlatih tak ada!! Buat malu je! Esuk cakap rotan tak ada ruas pulak tak ada! Ada juga pihak pula mendakwa hukuman mahkamah syariah itu melanggar hak asasi manusia !!

Nampaknya kekecuhan hukuman syariah terhadap Kartika yang sepatutnya tidak kecuh itu benar-benar menggambarkan kecelaruan pemikiran Islam lantas menyerlahkan, itulah tarafnya pengurusan Islam oleh pentadbiran kerajaan pimpinan UMNO/BN ! Kelam-kabut..... dek kerana ramai sangat hendak tunjuk pandai 'Islam' dan 'pejuang hak asasi'.

Betullah tulis Dr Mohd Nur Manutty dari PKR: Isu ini....bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri. Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita..

Kita bukan suka sangat hendak menyebat Kartika ataupun orang lain. Tetapi hakim mahkamah syariah telah membuat keputusan penghakiman berdasar hukuman mahkamah syariah Pahang yang tidak berlebihan pun daripada apa yang diperuntukkan. Dan kebetulannya Kartika menerima hukuman dan tak mahu merayu. Sebat aje lah....kan sebat banyak caranya, sebat bagi sakit, sebat tak bagi sakit...sebat aje lah ! 6 kali aje bukan 40 atau 80 pun! Apa kecuh-kecuh !!?

No comments: