Followers

Wednesday, August 12, 2009

Isu arak di Selangor: Saya sokong Datuk Dr Hassan Ali.

Saya berpendirian menyokong penuh Datuk Dr Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor dalam isu arak di Selangor. Bagi saya itulah pendirian yang sepatutnya bagi PAS di Selangor. Tahniah PAS Selangor.

Saya sangat yakin Datuk Dr Hassan Ali sangat mendokong perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mahu Pakatan Rakyat roboh. Tetapi dalam usaha mempertahankan Pakatan Rakyat tidak boleh sekali-kali membiarkan pihak lain dalam pakatan rakyat bertindak menidakkan tindakan yang dibuat oleh MBSA itu.

PAS tidak menghalang arak untuk bukan Islam minumlah berapa tong pun yang mereka mahu tetapi para pemimpin lain dari pakatan rakyat dan bukan Islam bukan sahaja di Selangor malah di mana-mana harus memahami persoalan arak dengan orang Islam dan harus bertindak tidak melukakan hati orang Islam dan PAS Selangor yang saya rasa memang telah banyak bersabar dengan kerenah-kerenah seperti di Selangor ini.

Cadangan agar pemimpin Pakatan Rakyat mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr Hassan Ali merupakan satu lagi tindakan melampau yang menganggap diri sendiri sahaja yang betul. Apakah tindakan seumpama ini wajar buat Pakatan Rakyat dalam menjaga sensitiviti rakyat yang ramai menyokong PAS Selangor.

Sepatutnya pihak DAP menjadikan isu ini sebagai pengajaran yang baik dalam malayani hati dan perasaan umat Islam dan begitu juga bagi PAS Selangor yang mungkin boleh memikirkan pendekatan yang lebih sesuai dalam mengatasi masalah arak di kawasan majoriti Melayu.

No comments: