Followers

Sunday, August 09, 2009

Inilah padahnya PPSMI

Inilah padahnya dasar PPSMI Mahathir UMNO, yang dulunya disokong amat oleh semua ahli UMNO bandar mahupun kampung dan hulu...Mahathir bagus....Mahathir cerdik....Mahathir berwawasan....! Itulah orang UMNO dulu sampai sekarang. Fikir dulu sebelum nak sokong tu. Kan dah besar masalahnya!

Siapa peduli lagi bahasa Melayu ? Bahasa Melayu tidak standard untuk ajar anak kami Sains dan Matematik! Kami tak mahu Bahasa Melayu, nanti anak kami gagal menjadi bijak Sains dan Matematik.

Dasar Bahasa Melayu dalam pendidikan dah elok dah tak ada orang pun pertikai sebelum PPSMI Mahathir UMNO dulu.

Tapi bila setiap pemimpin UMNO naik jadi PM, haru dasar-dasar negara. Buat dasar sendiri ikut pemikiran sendiri yang entah terilham di manapun tak tahu. Mungkin dalam tandas atau sambil bersembang dengan isteri depan pintu rumah. Akhirnya keluarlah PPSMI, Islam Hadhari, dan sekarang ni sibuk pulak 1Malaysia.

1Malaysia hari ini juga semua ahli-ahli UMNO sokong baik di bandar, di kampung mahupun di hulu-hulu negeri dan kampung. Sana sini riuh 1Malaysia tidak sama dengan Malaysian Malaysia. Eso- esok tiba-tiba 1Malaysia menjadi macam sama Malaysian Malaysia, riuh pulak...punah pulak....makin ramai pulak rakyat menjadi keliru!

Yang peliknya di Jepun dan Korea yang jaauuuhh lebih maju dari Malaysia siapapun jadi Presiden atau Perdana Menteri tiada pulak dasar pemimpin secara individu dipaksa menjadi dasar negara. Malaysia sahaja yang peliknya. Sudahnya rakyat haru dan keliru macam dalam berita di bawah ni.

Bantah tukar bahasa, PIBG dilarang adakan EGM

Ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dijadual diadakan di sekolah itu pagi tadi, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Presiden PIBG, Salmah Abu Bakar berkata keputusan undian itu akan diserahkan kepada perdana menteri dan menteri pelajaran bersama dengan rayuan.

"Kami mahu memberitahu mereka bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah baik untuk sekolah ini. Kami mahu dikecualikan," katanya.

Menurut Salmah, ramai ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan kerana standard pengajaran bahasa Inggeris yang tinggi dan oleh itu PIBG mahu ia dikekalkan.

Manakala timbalan presiden PIBG, Azimah Abd Rahim berkata urusan untuk mengadakan EGM itu dibuat mengikut peraturan dan oleh itu tiada sebab bagi pihak berkuasa untuk melarang ia diadakan.

"Kami faham bahawa banyak PIBG di seluruh negara mahu mengadakan EGM yang sama dan mereka juga berdepan dengan masalah yang sama. Kami harap mereka dibenarkan berbuat demikian," katanya.

Mengikut Azimah lagi, tiada arahan bertulis dikeluarkan untuk menghalang mereka daripada mengadakan mesyuarat tersebut.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG, Mazidah Mohd Zin berkata beliau bimbang anaknya yang telah belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, terpaksa bertukar mengguna bahasa Malaysia hanya dua tahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Beliau bimbang anaknya akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat dan berharap kerajaan akan menimbang rayuan PIBG sekolah tersebut.

Seorang lagi ibubapa, Yee Li Li berkata dua orang anaknya belajar di sekolah tersebut dan yang paling kecil, kini dalam Tingkatan 1, telah mendesaknya supaya bertindak kerana dia sudah enam tahun belajar dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

"Saya mewakli anak-anak saya yang membantah pertukaran bahasa itu," katanya. Berita asal

No comments: