Followers

Sunday, August 02, 2009

Himpunan yang sepatutnya aman menjadi kecoh dan kacau: Siapakah pencetusnya ?

Apa yang berlaku kepada Himpunan ISA di Kuala Lumpur semalam benar-benar memperlihatkan PDRM diperalatkan oleh pihak lain. Kalau PDRM tidak diperalatkan pun, tindakan PDRM semalam menggambarkan satu tindakan yang tidak bijak. Menghalang, mengejar, menyerang dan menyembur demonstran bukan satu tindakan bijak dan betul.

Para demonstran itu bukan kumpulan komunis, bukan kumpulan gangsters , bukan kumpulan yang sedang meraikan detik 12 malam, sebaliknya mereka terdiri dari rakyat akar umbi yang berbilang kaum bersama para ulama, ustaz, pemimpin agama dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenali seluruh dunia. Kata-kata bahawa para demonstran ini sebagai pengacau dan pengganggu yang mahu membuat huru-hara adalah kata-kata pihak polis dan tuannya yang tidak masuk akal langsung. Mereka memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin mereka mengkucar-kacirkan kehidupan rakyat ?

Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang ulamak dunia Islam tidak mungkin turun berdemonstrasi untuk menyusahkan rakyat sebaliknya Tuan Guru itu turun padang untuk membela nasib rakyat yang dizalimi oleh akta kejam ini. Tuan Guru tidak mampu untuk mempengaruhi mana-mana pegawai keselamatan menggunakan C4 untuk letupkan sesiapa kerana Tuan Guru Presiden PAS sentiasa bersama dengan denyut nadi rakyat bawahan. Apakah Tuan Guru yang seperti ini pencetus huru-hara? Demonstrasi tidak sekali-kali akan menjadi huru-hara jika tidak dihuru-harakan oleh PDRM !

Oleh kerana hasutan dari pihak yang berjiwa kecil dan lemah maka semalam PDRM sekali menjadi pencetus huru-hara di Kuala Lumpur bukan para demonstran. Pihak PDRM sepatutnya benarkan mereka berarak mengikut jalan yang telah ditentukan. Jika mereka rosakkan kemudahan awam dan membuat kacau barulah boleh ditangkap dan bicarakan. Tetapi apa yang berlaku semalam pihak GMI menawarkan satu perhimpunan yang bersih di Kuala Lumpur, ditolak oleh PDRM dengan memulakan tangkapan dan kekecohan yang tidak perlu.

Sekali lagi semalam, PDRM terus menjadi alat dan perkakas kepada kerajaan yang di perintah oleh parti yang lemah dan berjiwa kerdil yang tidak Islamik. ISA akta haram ! Sudah-sudahlah berada dipihak haram

No comments: