Followers

Tuesday, August 04, 2009

Hah...penceramah tiada nama dalam permit pula dah !

Inilah kreatifnya polis 1Malaysia.

Sudah habis dah agaknya kerja-kerja menangkap penjenayah, perogol, penyamun, sekarang tangkap pula penceramah yang tiada nama dalam permit masa PRK Penanti. Aku bimbang nanti orang bercakap dengan sekumpulan kawan-kawan di tepi jalan akan tangkap kerana tiada nama dalam permit. Bercakap dengan kawan-kawan tak kan nak mohon permit juga!

Dah lah kelmarin kanak-kanak bawah umur yang ikut mak bapak pergi membeli belah di tangkap (konon dalam jagaan mak bapak tak selamat!). Dalam jagaan polis ............!?

Hah...1Malaysia kena tangkap !

Kes tangkapan Che Amat Hashim: Tindakan polis luar biasa

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 3 Ogos (Hrkh) - Unit Ehsan Pulau Pinang kesal terhadap tindakan polis menangkap dan melokap Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis Perrbandaran Seberang Perai (MPSP), Che Amat Hashim kerana tujuh kesalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Unit Ahsan Pulau Pinang, Amizudin Ahmat dalam kenyataan akhbarnya berkata, selama ini tangkapan dibuat kerana berceramah tanpa permit tetapi kali ini ditahan kerana kononnya penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya Kecil Penanti.

"Tindakan polis dilihat luar biasa kali ini kerana menahan dan melokap kerana penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya kecil Penanti," jelasnya.

Che Amat katanya, terpaka membayar wang ikat jamin maksima RM14 ribu dan bermakna setiap kesalahan di bawah Akta Polis 1967 beliau dikenakan RM2 ribu.

Baru-baru ini beliau dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam dan mengaku tidak bersalah pada setiap kesalahan.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2 ribu sehingga RM10 ribu atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

"Unit Ehsan Pulau Pinang menyeru semua pendokong Pakatan Rakyat beramai-ramai ke Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik pada 27 Ogos ini untuk memberi sokongan moral terhadapnya serta berharap semua pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat menghulurkan bantuan termampu untuk menanggung kos yang dikenakan," tambah beliau selanjutnya. - mns_

No comments: