Followers

Wednesday, August 12, 2009

Forumkan isu "Pengkhianat Melayu"

Timbalan Presiden UMNO telah melaungkan Anwar Pengkhianat Melayu. Rentetan dari itu banyak UMNO-UMNO bahagian di Johor juga mengiringi laungan Muhyiddin. Media massa pengampu UMNO/BN saban hari menokok tambah isu pengkhianat Melayu itu.

Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO khususnya Muhyiddin dengan mengobarkan isu pengkhianat Melayu ini. Apa yang dapat ditelah dengan prasangka baik, dari laungan ini hasrat mereka mungkin untuk memberi tahu orang Melayu siapakah Pengkhianat bangsa Melayu yang sebenar.

Kalau itulah hasrat yang mahu dipolimikkan ianya sangat baik. Tetapi apakah cukup memutuskan seseorang itu sebagai pengkhianat Melayu dengan hanya laungan Muhyiddin ? Kemudian UMNO lain pun turut melaung.

Pihak pakatan rakyat harus menyambut kehendak UMNO ini dengan menganjurkan forum "Siapa Pengkhianat Bangsa Melayu" di serata daerah berdasarkan fakta sejarah. Jika isu ini berjaya dikupas dengan baik dan cukup ilmiah maka orang Melayu akan tahu siapa sebenarnya Pengkhianat Bangsa Melayu! Anwar atau Muhyiddin, Pakatan Rakyat atau UMNO/BN !

Pemuda Keadilan dan Pakatan Rakyat harus segera bertindak mengajurkan forum ini. Mulakan forum "Siapa Pengkhianat" di Permatang Pasir.

No comments: