Followers

Friday, August 28, 2009

Berbohong dan paksa langgar prosedur lagi ?

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berkata tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah. PGSM berkata hukuman seumpama itu pernah dilaksanakan di Kelantan.

Kalau benarlah dakwaan PGSM itu, maknanya Menteri yang menguruskan KDN berbohong! Takkanlah tidak mahu melihat hukuman yang mendekati syariah dilaksanakan sampai sanggup berbohong. Atau perangai membohongi fakta menteri berkenaan terbawak-bawak ke KDN?

Sepatutnya pihak kerajaan pusat sentiasa berusaha membantu memperbaiki enakmen syariah di negeri-negeri secara serius bukan mengambil jalan 'ambush' enakmen syariah apabila sesuatu keputusan penghakiman telah dibuat.

Itu baru hukuman 6 kali sebatan secara syarie, jauh dari hukuman hudud yang dinaskan kepada mereka yang minum arak iatu 40 atau 80 sebatan.

Sepatutnya sudah sampai masanya pihak pemimpin kerajaan pusat itu berfikiran secara islamik bukan berasaskan kepada pemikiran hak asasi manusia barat semata-mata. Kita sedar bahawa enakmen syariah negeri-negeri masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki terutama misalnya dalam urusan perceraian tetapi usaha memperbaiki kelemahan tersebut perlu berjalan segera dalam kerangka yang besar agar dapat dilihat seperti cmahu melaksanakannya bersungguh-sungguh.

Persoalannya kini kenapa pemimpin kerajaan pusat yang tertentu yang merasakan diri itu terlalu pandai dan terlalu berperikemanusiaan, terlalu panik dan gubra dengan penghakiman mahkamah syariah sehingga setiap keputusan yang seumpama ini sering menjadi kontroversi yang tidak perlu dan kemudian akan di'ambush' dari segenap penjuru sehingga heruk-pekuk dan punah-ranah segala prosedur yang telah ditetapkan.

Perangai berbohong, suka ambush enakmen syariah dan suka melanggar prosedur ini nampaknya telah menjadi budaya pemimpin-pemimpin tertentu kerajaan pusat.

Apakah ini dasar dari konsep 1Malaysia ?

No comments: