Followers

Wednesday, July 15, 2009

Projek beretorik ...!

Satu lagi projek seumpama projek Islam Hadhari dan PLKN ! Projek bercakap banyak dan beretorik dan kemudiannya entah apa-apa....tengokla nanti kalau tak percaya....

Berita dari utusan online:

Yayasan 1Malaysia telah dilancarkan semalam. Ianya katanya bertujuan bagi membangun, menyokong dan mengetuai kegiatan-kegiatan serta program yang melbatkan semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr. Chandra Muzaffar berkata, yayasan berkenaan dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Idris Jala, bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Dr. Ismail Ibrahim, Presiden Mercy Malaysia, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak, Prof. Emeritus Datuk Dr. K.J. Ratnam. Ahli lain ialah Pengerusi Institut Kebangsaan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, Ketua Pengarah Institut Pengajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Tony Fernandes.

"Setiap anggota lembaga telah pun melibatkan diri dalam masyarakat sivil dan tekun dengan tugas dan peranan masing-masing," kata Dr Chandra.

Kata beliau, Yayasan 1Malaysia adalah satu badan bebas yang tidak berasaskan keuntungan bagi menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan dan sektor swasta dalam membangun serta menyokong perpaduan nasional.

"Kita tidak terikat dengan mana-mana parti politik," katanya.

No comments: